Monday, December 28, 2009

Permohonan Kemasukan Program OUM Semester Januari 2010


Open University Malaysia (OUM) merupakan IPTS pertama di Malaysia yang mengamalkan pembelajaran secara fleksibel iaitu melalui kaedah "open and distance learning". Ditubuhkan pada tahun 2001, OUM kini mempunyai lebih dari 90,000 pelajar di mana lebih dari 90% pelajarnya terdiri dari warga kerja.

OUM kini menawarkan lebih dari 70 program dari peringkat diploma hinggalah ke peringkat bachelors, masters dan kedoktoran. Jurusan yang ditawarkan termasuk jurusan perniagaan, pengurusan, pemasaran, IT, saikoloji, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, kejururawatan, kejuruteraan, serta pendidikan.

Semua program yang ditawarkan di OUM telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi serta Malaysian Qualifying Agency (MQA). Lebih dari 25 program di OUM telah mendapat pengiktirafan JPA dan akreditasi penuh MQA.

Syarat kemasukan ke peringkat Diploma ada minimum SPM 3 kredit. Manakala syarat kemasukan ke peringkat bachelors adalah minimum STPM dengan 2 prinsip atau diploma ataupun sijil matrikulasi serta mempunyai kredit dalam BM di peringkat SPM.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di OUM tetapi tidak memiliki syarat kelayakan di atas boleh juga dipertimbangkan dengan syarat memiliki kelayakan minimum PMR atau SPM dan mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun. Pemohon juga mesti berumur lebih dari 21 tahun pada 1 Januari tahun memohon. Untuk diterima masuk, pemohon mesti lulus ujian Kemasukan Fleksibel.

Mereka yang berminat boleh memohon secara online ataupun datang sendiri ke pejabat kami untuk mengisi borang permohonan. Pemohon mesti menghantar dokumen berikut ke pejabat kami untuk melengkapakan permohonan:

1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
2. Salinan sijil yang telah disahkan
3. Wang pos sebanyak RM15 (permohonan atas talian) atau RM25 (permohonan secara mengisi borang)yang dibayar atas nama UNITEM Sdn. Bhd.

Tarikh tutup permohonan atas talian ialah 28 Disember 2009. Permohonan secara "walk-in" akan diterima selewat-lewatnya 10 Januari 2010.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Open University Malaysia (Cawangan Perak)
No. 71, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak
Tel: 05-2546006
(U.P: En. Fahmi atau Puan Murni)

atau

Open University Malaysia
Pusat Pembelajaran Greenhill
No. 55 & 57, Persiaran Greenhill
30450 Ipoh, Perak
Tel: 05-2546006
(U.P: Puan Siti atau Puan Erna)

Peta lokasi OUM Jln Lim Bo Seng:



Peta lokasi OUM PP Greenhill:

No comments: