Showing posts with label Bengkel BKB. Show all posts
Showing posts with label Bengkel BKB. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Laporan Sesi Taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar Pelajar Baru OUM Perak Ambilan Sept 2012

Nyanyian Lagu NegaraKu


Ucapan Aluan YBhg Tan Sri Presiden, YBhg Tan Sri Anuwar Ali

Pada Sabtu lepas telah diadakan sesi taklimat untuk pelajar baru OUM Perak bagi ambilan Semester September 2012.

Sesi Taklimat Oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng


Pelajar memberi tumpuan pada taklimat

Lebih dari 100 orang pelajar baru yang telah ditawarkan untuk belajar di OUM Perak telah hadir sejak jam 8pg untuk mendengar taklimat mengenai peraturan belajar di Open University Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarahnya Dr. Richard Ng.

Pengarah OUM Perak mengajar pelajar cara mengakses MyVLE

Seperti biasa sebelum sesi taklimat dijalankan Presiden dan Naib Canselor OUM, YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali melalui rakaman video mengucapkan syabas kepada para pelajar kerana mereka sekarang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Beliau berharap segala impian pelajar tercapai melalui OUM.

Sebahagian dari pelajar baru yang hadir



Bacaan Ikrar Pelajar Baru

Bacaan Ikrar Pelajar Baru

Bacaan Ikrar Pelajar Baru

Sesi taklimat kemudiannya disambung dengan Bengkel Kemahiran Belajar. Dalam bengkel ini pelajar telah ditunjukkan cara menggunakan sistem Learning Management System atau MyVLE iaitu portal pendidikan OUM yang dapat membantu pelajar mengharungi pembelajaran mereka sepanjang pembelajaran mereka di OUM. Sesi MyVLE ini telah dikendalikan sendiri oleh Pengarah OUM Perak yang juga merupakan salah seorang tutor yang akan mengajar pelajar-pelajar baru ini.

Matron Foong, graduan OUM Perak sedang mengongsi pengalaman belajar di OUM

Puan Jamuna, graduan OUM Perak turut dijemput mengongsi pengalaman belajar di OUM

Dua orang graduan OUM Perak iaitu Matron Foong dan Puan Jamuna telah dijemput untuk mengongsikan pengelaman belajar mereka di OUM Perak sehingga menjadi graduan berjaya.

Bengkel kemudian diteruskan dengan Kaedah Pembelajaran di OUM serta penyediaan diri dalam suasana pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka. Pelajar juga telah diajar cara mengurus masa serta segala cabaran yang bakal diharungi dalam keadaan kekangan kerja dan keluarga. Bengkel ini juga mengajar pelajar cara untuk memotivasikan diri serta menjinakkan diri dengan kaedah pembelajaran berbentuk adunan atau 'blended learning' yang digunapakai di OUM.


Dalam sesi terakhir, pelajar juga telah diajar cara mengakses perpustakaan digital bagi membantu mereka menyediakan tugasan mereka.

Sesi taklimat dan bengkel ini yang bermula jam 8.30pg tamat pada jam 4.00ptg. Sebelum sesi ini tamat pelajar telah diungatkan akan perkara berikut:

1. Tarikh tutorial pertama: 6 Oktober 2012 bertempat di PP Perak, Jln Lim Bo Seng, Ipoh, Perak mulai jam 12.30tgh hingga 7.00ptg.

2. Jadual waktu masing-masing boleh dilihat melalui MyVLE pelajar.

3. Tarikh Bengkel Penyediaan Tugasan: 13 Oktober 2012 bertempata di PP Greenhill bermula jam 8.30pg hingga 1.30tgh

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi Pentadbirnya En. Nizam Tel: 05-2546006 atau Puan Murni Tel: 05-2490920

Friday, May 25, 2012

Hari Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baru OUM Perak Ambilan Mei 2012

Posted by: Dr Richard Ng (Pengarah OUM Perak)



Bagi pihak Open University Malaysia (OUM), saya ucapkan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM cawangan Perak di Ipoh.

Bagi menyempurnakan pendaftaran anda sekalian, anda dikehendaki hadir ke Majlis Taklimat dan Pendaftaran seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Mei 2012
Tempat: Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak (Tel: 05-2490920 atau 05-2490922)
Masa: 8.30pg

Lokasi tempat ini adalah seperti di bawah:


Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Sila bawa bersama anda perkara berikut:

a. Salinan dan Sijil Asal kelayakan anda
b. Surat Pengesahan Majikan
c. Kad Pengenalan serta Salinan Kad Pengenalan
d. Surat Tawaran (jika ada)
e. Yuran minimum RM700

Sesi taklimat yang akan bermula pada tepat jam 8.30pg akan tamat pada jam 10.30pg. Selepas sarapan pagi yang disediakan pihak OUM, anda dikehendaki menghadirri Bengkel Kemahiran Belajar selama 1jam setengah. Selepas itu pendaftaran akan dijalankan dan selepas sempurna pendaftaran anda, anda akan diberi modul dan kit belajar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Siti atau Puan Erna di talian 05-2490920 atau 05-2490922. Anda juga boleh hubungi Puan Murni atau Puan Ros di talian 05-2546006

Monday, May 16, 2011

Sesi Taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar untuk Pelajar Baru OUM ambilan Mei 2011

Pelajar baru OUM telah hadir awal untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti Bengkel Kemahiran Belajar

Seramai 59 orang pelajar OUM yang berjaya ditawarkan untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah hadir di Pusat Pembelajaran Greenhill Ipoh untuk mengikuti sesi Taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar.

Suasana pendaftaran pelajar baru di PP Greenhill

Pengarahnya, Dr Richard Ng telah memberikan taklimat pada pelajar baru ini mengenai peraturan universiti serta persediaan yang diperlukan sebelum pelajar mengikuti kelas tutorial pertama mereka pada 5 Jun 2011.

En. Panut, salah seorang pelajar baru program BPsy, sedang membaca doa sebelum sesi taklimat bermula

Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng, sedang memberi taklimat pada pelajar baru OUM

Pelajar yang nampak begitu bersemangat sekali telah hadir sebelum jam 8.30pg. Selepas sesi taklimat yang mengambil masa lebih kurang sejam iaitu pada pukul 10.00pg pelajar kemudian meneruskan sesi Bengkel Kemahiran Belajar yang dikendalikan oleh dua orang pemudahcara iaitu Dr. Richard Ng dan En. Yusni, seorang tutor kanan OUM Perak.

Sdra Jaya Ganesh, pelajar baru program BBA diberikan tanggungjawab mengetuai bacaan ikrar

Sebahagian dari pelajar baru yang hadir

Dr Richard sedang mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar

Pelajar telah didedahkan dengan portal pembelajaran OUM iaitu MyVLE. Mereka ditunjuk cara mengakses MyVLE ini dan seterusnya kaedah menggunakan MyVLE ini untuk membantu dalam pembelajaran mereka kelak. Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr Richard Ng.

En. Yusni sedang mengendalikan Bengkel Kemahiran Belajar

Dari jam 11.00pg hingga 1.00tgh, En. Yusni meneruskan bengkel dengan mendedahkan pelajar dengan berbagai kemahiran yang diperlukan sebagai pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) serta persediaan diri yang diperlukan.

Pelajar sedang memberi tumpuan pada sesi bengkel

Seperti biasa sesi taklimat dan bengkel ini banyak membantu pelajar dari segi menyediakan mereka kembali sebagai pelajar universiti selepas sekian lama meninggalkan sekolah.

Monday, January 10, 2011

Bengkel Kemahiran Belajar Semester Januari 2011

Para pelajar sedang mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel

Adalah wajib bagi setiap semester pelajar baru OUM hadir ke Bengkel Kemahiran Belajar. Ini adalah kerana bengkel seperti ini dapat memberi manfaat pada pelajar sebelum tutorial bermula.

Pada 9 Januari 2011, lebih dari 75% pelajar baru OUM Perak telah hadir ke bengkel ini yang diadakan di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak bermula pada jam 8.30pg hingga 1.00tgh.

Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng sedang mengendalikan bengkel

Dalam bengkel ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai kemahiran belajar termasuk kemahiran menggunakan MyVLE iaitu portal sokongan pembelajaran yang dibangunkan oleh OUM. Pelajar juga dibimbing mengenai cara belajar secara kendiri, atas talian serta menghadiri kuliah.

Beginilah wajah pelajar yang begitu serious mengikuti bengkel





Sebagai warga kerja dan pelajar yang telah meninggalkan bangku sekolah dan kini kembali belajar di universiti sudah tentu akan menghadapi berbagai cabaran dan dugaan. Maka salah satu modul bengkel ini akan membimbing pelajar cara untuk mengharungi cabaran ini supaya cita-cita murni pelajar tercapai.

Mr. Koay juga turut terlibat menjayakan bengkel

Bengkel ini yang mengandungi 3 modul telah dikendalikan dengan baik oleh tiga orang pemudahcara iaitu Dr Richard Ng, selaku Pengarah OUM Perak serta En. Yusni dan Mr. Koay. Bengkel ini diadakan secara percuma dan pelajar juga disediakan dengan sarapan pagi oleh pihak OUM.

Pengarah OUM Perak Dr Richard Ng sedang menyampaikan hadiah misteri kepada Norin kerana berjaya menjawab soalan cepumas semasa bengkel

Dari pada wajah pelajar, jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai semangat yang tinggi dan kepinginkan ijazah masing-masing. Pihak OUM Perak akan melakukan yang terbaik bagi membantu pelajar-pelajarnya mencapai impian mereka.