Showing posts with label Senamrobik. Show all posts
Showing posts with label Senamrobik. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Program Senamrobik di Taiping 15 April 2012 - lebih 150 peserta hadir





Cuaca di Taiping amat baik sekali ketika program Senamrobik OUM Jelajah Perak dijalankan di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012. Program ini telah dijalankan bersama oleh Open University Malaysia Kampus Perak bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping.



Orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan kemeja T percuma dari pihak OUM



Sebahagian dari peserta senamrobik

Sambutan amat menggalakkan bilamana lebih dari 150 orang penduduk Taiping telah hadir sejak jam 7.00 pagi lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kecerdasan dan kesihatan badan. 100 peserta pertama telah diberi kemeja T Open University Malaysia secara percuma. Mereka juga turut diberi sebungkus nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak.

Matron Cheah (kiri) dan Matron Foong, alumni OUM Perak, turut serta dalam program senamrobik










Sesi senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi tamat pada jam 8.30 pagi di bawah bimbingan jurulatihnya Sdra Shidee dari Majlis Perbandaran Taiping. Pengarah Open University Malaysia (Perak), Dr. Richard Ng, dalam ucapannya berkata objektif utama program senamrobik ini adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada masyarakat tempatan di Taiping. Kata beliau, program senamrobik di Taiping adalah siri ketiga pihak OUM anjurkan di Perak selepas ianya dijalankan di Bukit Kledang di Menglembu dan Padang Polo di Ipoh.



Salah seorang peserta bertuah sedang menerima hadiah cabutan bertuah dari Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran




Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Puan Tina Leong, isteri Pengarah OUM Perak

Cabutan bertuah seterusnya dijalankan untuk mencabut enam hadiah bertuah. Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak dan Taiping telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiad kepada peserta bertuah.



Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng sedang menyampaikan cenderahati kepada Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak sebagai tanda penghargaan menjayakan program senamrobik ini.

Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik, Sdra Shidee sambil disaksikan oleh Puan Erna (kiri) dan Puan Murni

Sebelum majlis bersurai, Pengarah OUM Perak memaklumkan bahawa pihak OUM akan cuba berusaha untuk mengadakan sesi seperti di masa akan datang supaya penduduk tempatan di Taiping menjadi serasi dengan program senamrobik sebagai aktiviti kesihatan badan.

Tuesday, April 10, 2012

Program Senamrobik @ Dataran Kedamaian Taiping pada hari Ahad 15 April 2012

Posted by M. Veeran




Pemuda MIC Taiping dan Pemuda MIC Perak serta Open University Malaysia (Kampus Perak) dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak akan menjalankan Program Senamrobik buat julung kalinya di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012 mulai jam 7 pagi.

Objektif program ini selain daripada mempromosikan hidup yang sihat dan cergas juga bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat di Taiping sejajar dengan wawasan YAB PM Dato' Seri Najib Bin Tun Razak ke arah masyarakat 1Malaysia.



Senamrobik di Padang Polo di Ipoh pada 7 Jan 2012

Dalam konteks ini, Pemuda MIC Perak dan Taiping amat bangga dan berterima kasih kepada Pengarah Open University Malaysia, Dr. Richard Ng, kerana telah sudi memilih Pemuda MIC Perak sebagai rakan kongsi dalam menjayakan program ini di Taiping.




Program ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. 100 orang peserta pertama yang mendaftar dan menyertai program ini akan diberi kemeja T OUM secara percuma. Manakala mereka juga akan menerima bungkusan nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak dan Taiping.

Kami amat berharap masyarakat berbilang kaum di Taiping akan datang berama-ramai bagi menjayakan program ini. Cabutan bertuah akan menanti 3 peserta yang bertuah.

Monday, January 9, 2012

OUM Perak anjurkan Program Senamrobik 2012 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Ipoh



OUM Perak mengambil langkah ke arah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan Program Senamrobik 2012 untuk warga Ipoh.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Jln Tambun, Ipoh pada 7 Jan 2012 dari pukul 7.30pg hingga 8.30pg.



Pengambilan Kemeja T percuma dari OUM



Sebahagian dari lebih 200 peserta di gelanggang senamrobik

Ini merupakan hari Sabtu pertama bagi tahun 2012 dan program ini diharap akan menjadi "Kick-Start" kepada semua warga Ipoh untuk mula menjalankan hidup yang sihat secara bersenam setiap minggu.

Klip video senamrobik:



Pihak pengurusan dan pemasaran OUM Induk telah bersetuju menaja kemeja 'T' untuk semua peserta senamrobik. Pihak OUM Perak menjangkakan seramai 150 orang peserta akan hadir. Akan tetapi pada hari tersebut lebih dari 200 orang telah hadir dan ada yang kecewa tidak mendapat kemeja tersebut. Apapun mereka turut menyertai senamrobik di bawah pimpinan jurulatih Puan Jamunarani yang juga graduan OUM Perak.

Klip Video Senamrobik:



Para peserta telah berkumpul di taman ini sejak 7pg lagi. Setiap peserta diberikan satu borang untuk diisi bagi menuntut kemeja 'T' serta melayakkan diri untuk 3 cabutan bertuah yang disediakan oleh OUM.



Di antara para peserta yang hadir termasuk pelajar dan staf OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, yang turut mengambil bahagian dalam senamrobik telah memberi ucapan ringkas semasa sesi senamrobik ini.

Klip video Ucapan Pengarah OUM Perak:



Beliau mengucapkan "Selamat Tahun Baru" pada semua warga Ipoh yang hadir dan menasihatkan semua supaya mengamalkan hidup sihat dengan menjadikan amalan ini azam tahun baru. Beliau juga memperkenalkan OUM kepada para peserta dan menjemput mereka yang berminat untuk belajar di OUM. Selepas itu, cabutan bertuah telah dibuat untuk 3 peserta yang bertuah.





Selepas tamat sesi senamrobik, satu sesi gambarfoto telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Pasukan Senamrobik dari Persatuan Kecergasan Perak serta pelajar dan staf OUM Perak telah berkumpul di Restoran Wanggey di Greentown Ipoh untuk sarapan pagi sebelum bersurai.



Acara senamrobik anjuran OUM Perak akan diteruskan di Taiping Lake Garden pada 5 Februari 2012 jam 7 pagi. Seminggu sebelum ini iaitu pada 31 Dis 2011, OUM Perak telah menganjurkan pendakian Bukit Bangkong di Tanah Hitam, Perak yang disertai lebih dari 80 orang.

Thursday, December 29, 2011

Aktiviti Riadah dan kecergasan Minda anjuran OUM Perak



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Sept 2011 akan tamat esok 30 Disember 2011. Maka selepasa ini pelajar akan berihat selama 3 atau 4 minggu sebelum semester Jan 2012 bermula.

Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu tutorial pertama, OUM Perak telah menganjurkan 3 aktiviti riadah dan kecergasan minda seperti berikut:

1. Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor, Perak 31 Dis 2011 mulai jam 7pg.









Semua pelajar serta sahabat handai dan keluarga dijemput untuk turut serta mendaki bukit ini setinggi 300m dari paras laut dan mengambil masa 30 hingga 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Udara bersih pemandangannya juga indah. Peserta akan mendapat T' Shirt OUM secara percuma. Semua peserta mesti berkumpul di kaki bukit seawal 6.30pg.

Pendakian bukit ini dijalankan dengan kerjasama Pemuda MIC Tambun di bawah pimpinan Sdra Jayaganesh yang juga pelajar OUM Perak. Ia akan dirasmikan oleh YB Dato Ganesan, speaker DUN Perak.

2. Senamrobik di Polo Ground, Jln Tambun, Ipoh, Perak 7 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

3. Senamrobik di Taiping Lake Garden, Taiping, Perak 15 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik ini juga akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

Aktiviti dianjurkan OUM Perak dengan kerjasama Pemuda MIC Taiping dan Persatuan Kebajikan Sosial dan Sukan Taiping di bawah pimpinan Sdra M. Veeran yang juga Ketua Pemuda MIC Perak dan pelajar OUM Perak.

Saturday, January 22, 2011

Senamrobik di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Jln Tambun, Ipoh

Jamuna, tiga dari kiri, bersama jurulatih dari Persatuan Kecergasan Perak

Hari ini adalah siri ke 4/2011 aktiviti senamrobik telah diadakan pada tahun 2011. Aktiviti ini anjuran Majlis Bandaraya Ipoh telah diadakan seperti biasa di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Jalan Tambun, Ipoh.

Berbagai kaum, keturunan dan lapisan masyarkata baik yang muda atau yang tua telah hadir dalam aktiviti senamrobik. Semangat 1Malaysia tampak ceria dalam taman ini.





Lebih dari 200 orang telah hadir untuk mengambil bahagian dalam senamrobik yang diadakan setiap hari Sabtu dari jam 7.30pg hingga 8.30pg. Pada pagi tadi senamrobik telah dipimpin oleh Jamuna Rani iaitu pelajar OUM Perak yang juga staf Majlis Bandaraya Ipoh yang bertanggungjawab terhadapa program ini khas buat penghuni Ipoh.



Antara pelajar OUM Perak yang tak pernah mis ialah Matron Zabidah yang telah datang sejak jam 7.30pg lagi. Saya harap pelajar OUM Perak yang lain akan turut serta pada Sabtu depan iaitu pada tarikh 29 Jan 2011.