Showing posts with label Module Collection. Show all posts
Showing posts with label Module Collection. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Pengambilan Modul Untuk Semester Januari 2012



Pelajar-pelajar OUM bagi semester Januari 2012 boleh mengambil modul masing-masing mulai 7 Jan 2012 bagi mereka yang telah berdaftar untuk Module Collection Pertama sahaja.

Bagi melicinkan proses pengambilan modul, OUM Perak telah menetapkan tarikh berikut:

7 Januari 2012 dari pukul 8.30pg hingga 3.30ptg - Pelajar Program SMP sahaja

8 Januari 2012 dari pukul 8.30pg hingga 3.30ptg - Pelajar Lain dari program SMP

Modul boleh diambil di OUM Perak, Jln Lim Bo Seng sahaja.



Berikut adalah prosedur yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti untuk pengambilan modul:

a) Para pelajar yang menyempurnakan pendaftaran online dan mengesahkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (Module Collection Pertama) akan menerima modul semasa hari pengambilan modul.

b) Slip pendaftaran kursus (UKR03) yang dicetak oleh pelajar selepas menyempurnakan pendaftaran modul akan digunakan sebagai rujukan samada pelajar telah mendaftar online dalam tempoh yang diberikan atau sebaliknya. Ia akan disemak semasa pelajar datang ke lokasi pengambilan modul

c) Pelajar yang membuat pendaftaran online untuk Module Collection Kedua akan mendapat modul selepas tarikh Tutorial pertama pusat pembelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun modul berbentuk softcopy boleh diakses dalam MyVLE.

d) Pelajar yang membuat pendaftaran online selepas tarikh yang ditetapkan, modul tidak akan disediakan dan diberikan, pelajar diminta merujuk kepada MyVLE sahaja.

e) Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam MyVLE.

Pastikan anda telah membuat bayaran minimum yang dikehendaki sebelum mengambil modul. Bayaran boleh dibuat melalui Bank Islam, CIMB Clicks, Kad Kredit ataupun Tunai (7 dan 8 Jan 2012 di Kaunter Bank Islam, di OUM Perak).

Wednesday, September 7, 2011

Pengambilan Modul Untuk Semester Sept 2011

Kepada semua pelajar senior OUM Perak:

Modul untuk semester Sept 2011 boleh diambil mulai 8 Sept 2011 di PP Perak, Jln Lim Bo Seng. Sila bawa bersama anda resit bayaran serta slip mengambil modul. Pihak OUM Perak tidak menyediakan perkhidmatan mencetak slip lagi.



Walaupun pelajar boleh mengambil modul seperti yang dinyatakan di atas, pihak kami amat memerlukan kerjasama semua pelajar supaya dapat mengambil modul seperti berikut:

Pelajar SMP - 10 Sept 2011 (Sabtu)- 8.30pg hingga 4.30ptg

Pelajar Lain - 11 Sept 2011 (Ahad) - 8.30pg hingga 4.30ptg.

Hanya pelajar yang telah mendaftar sebelum 9 Ogos 2011 (iaitu Pengambilan Pertama) sahaja yang boleh mengambil modul. Sila semak slip masing-masing.

Pelajar juga boleh datang mengambil modul selepas dari tarikh tersebut di atas dari hari Selasa hingga Jumaat jam 8.30pg hingga 5.30ptg.

Monday, August 31, 2009

Tarikh Pengambilan Modul Untuk Pelajar Senior OUM Perak

Posted by Zuraini Abdul Rahman

Pelajar senior OUM Perak bagi semester September 2009 boleh mengambil modul mereka bermula dari 12 September 2009. Bagi melicinkan proses pengambilan modul, pelajar diingatkan perkara berikut:


Adalah dimaklumkan bahawa mulai semester September 2009, prosedur pendaftaran online dan pengambilan modul bagi para pelajar senior akan dipinda bagi tujuan memperkemaskan lagi urusan percetakan dan pengedaran modul.

Berikut adalah prosedur yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti:

a) Para pelajar yang menyempurnakan pendaftaran online dan mengesahkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (7 Julai – 27 Julai 2009) akan menerima modul semasa hari pengambilan modul.

b) Slip pendaftaran kursus (UKR03) yang dicetak oleh pelajar selepas menyempurnakan pendaftaran modul akan digunakan sebagai rujukan samada pelajar telah mendaftar online dalam tempoh yang diberikan atau sebaliknya. Ia akan disemak semasa pelajar datang ke lokasi pengambilan modul

c) Pelajar yang membuat pendaftaran online pada 5 – 13 September 2009 akan mendapat modul selepas tarikh Tutorial pertama pusat pembelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun modul berbentuk softcopy boleh diakses dalam myLMS.

d) Pelajar yang membuat pendaftaran online selepas 13 September 09, modul tidak akan disediakan dan diberikan, pelajar diminta merujuk kepada LMS sahaja.

e) Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam myLMS.

Dipaparkan di sini lokasi pengambilan modul:
Sila klik pada gambar untuk membesarkannya
Nota:

* Selepas daripada tarikh-tarikh diatas, pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil modul pada hari Selasa – Jumaat sahaja (Isnin tutup).

* Pelajar tidak dibenarkan mengambil modul pada hari Sabtu & Ahad.

* Pelajar juga diingatkan agar mencetak dan membawa slip pendaftaran ketika pengambilan modul bagi mengelakkan dikenakan denda RM2.

* Bagi pelajar yang telah membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila pastikan salinan photocopy telah dibuat sebagai simpanan sendiri. Resit asal perlu diserahkan kepada staf OUM semasa pengambilan modul.