Showing posts with label Strategic Marketing. Show all posts
Showing posts with label Strategic Marketing. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Product and Presentation Training @ OUM Perak

Pengarah OUM Perak, Richard Ng (kiri) sedang memberikan komen pada persembahan slaid Puan Murni

Sebagai langkah penambahbaikan kecekapan staf OUM Perak dalam memberikan maklumat kursus kepada pelanggan OUM, satu sidang latihan selama 9 jam telah dijalankan oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng.

Latihan tersebut telah dijalankan sebanyak 3 kali iaitu 3 jam seminggu pada 21 Julai, 28 Julai dan 3 Ogos 2011 di OUM Perak, Jalan Lim Bo Seng. Seramai 8 orang staf OUM Perak telah menjalani latihan tersebut. Antara staf OUM Perak yang terlibat dalam latihan ini ialah Puan Zura, Puan Ros, Puan Murni, Puan Erna, Sdra Fahmi, Sdra Shah, Sdra Wan Kamaruddin dan Sdra Yusri.

Puan Zura - program BOSHM

Dalam latihan ini, semua staf dikehendaki menyediakan slaid PowerPoint bagi satu produk pilihan iaitu program yang mempunyai permintaan ramai. Dalam slaid tersebut, staf dikehendaki menyentuh 3 perkara iaitu Features (Ciri-ciri), Advantages (Kelebihan) dan Benefits (kebaikan) bagi produk pilihan. Slaid mestilah disediakan dalam format yang diberikan supaya mengekalkan keseragaman dalam pembentangan kelak.

Puan Ros - program BBA

Puan Murni - program BNS

Pada akhir sidang latihan ini, semua staf telah boleh:

a. Mengetahui kaedah penyediaan slaid
b. Memahami pengetahuan tentang sesuatu produk
c. Mengetahui kebaikan dan kelebihan produk untuk pelanggan
d. Memahami cara untuk membentangkan kepada bakal pelanggan sama ada secara prebiu atau secara "walk-in".
e. Meningkatkan tahap penyampaian kepada pelanggan dan seterusnya memantapkan lagi pencapaian KPI mereka.

Puan Erna - program BIM

Sdra Fahmi - program MBA dan BIS

Selepas sesi latihan ini setiap staf telah menjadi pakar dalam sesuatu produk. Selain dari itu, mereka juga akan menjadi pakar rujuk produk di OUM Perak serta menjadi tuan punya pengetahuan pengetahuan tentang produk yang terlibat. Mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pencapaian sasaran bilangan pelajar berdaftar di OUM Perak.

Sdra Shah - program BPSY)

Sdra Wan Kamaruddin - program DHRM

Berikut adalah staf dan produk yang telah dipertanggungjawabkan:

a. Puan Zura - Bachelor of Safety and Health Management (Hons) - BOSHM
b. Puan Ros - Bachelor of Business Administration (Hons)- BBA
c. Puan Murni - Bachelor of Nursing Sciences (Hons) - BNS
d. Puan Erna - Bachelor of Management (Hons) - BIM
e. Sdra Fahmi - Master of Business Administration (MBA) dan Bachelor of Islamic studies (Hons) - (BIS)
f. Sdra Sharizal - Bachelor of Psychology (Hons) - BPSCY
g. Sdra Wan Kamaruddin - Diploma in Human Resources Management - DHRM
h. Sdra Yusri - Diploma in Management - DIM

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan bahawa sidang latihan ini dapat meningkatkan produktiviti staf dan menaikkan tahap motivasi mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Friday, July 8, 2011

Latihan "Strategic Marketing For Learning Centre" @ PP Greenhill Ipoh

Laporan dan gambar disediakan oleh Sharizal:

Sdra Yon Rosli sedang mengendalikan sesi latihan

Kursus Latihan "Startegic Marketing For Learning Centre" telah diadakan di PP Greenhill selama dua hari pada 6 dan 7 Julai 2011 dari jam 9pg hingga 5ptg. Kursus ini telah disertai seramai 22 org peserta dari empat buah pusat pembeljaran OUM iaitu dari PP Kedah/Perlis, PP Penang, PP Perak dan PP Sarawak.

Gambar kenangan. Duduk dari kiri: Puan Munaliz, En. Yon Rosli, PM Dr Frank Kiong, Dr Richard Ng, PM Dr Tan Toh Wah serta lain-lain peserta

Kursus ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Pembelajaran OUM masing-masing iaitu Puan Munaliz Bt Musa - Pengarah PP Kedah, Dr Richard Ng - Pengarah PP Perak, Assoc. Prof Dr Tan Toh Wah - Pengarah PP Penang, Assoc. Prof Dr Frank Anak Kiong - Pengarah PP Sarawak.

Dr Richard sedang mengendalikan bengkel pemasaran bagi menambahkan bilangan pelajar

Kursus ini mengandungi enam modul iaitu:

Pada Hari Pertama (06/07/2011)

a) Sharing of Marketing Strategy and Implementation 2010 – 2015
b) Marketing Mix and AIDA concept in OUM context
c) Local marketing and changing market demand

Pada Hari Kedua (07/07/2011)

d) Customer Engagement
e) Exploring Factors Influencing Learner Attrition : Retention Strategies
f) Managing Resource Centre (Library)

Para peserta sedang mendengar penjelasan dari salah seorang peserta mewakili kumpulannya untuk membentangkan hasil dapatan mereka

Pada hari pertama, latihan telah dikendalikan oleh En Yon Rosli B Daud - (Pengurus Kanan (Bahagian Pemasaran Kumpulan)) dan Dr Richard Ng - (Pengarah PP Perak).

Perbincangan dalam salah satu kumpulan dibimbing oleh AP Dr. Tan

Perbincangan dalam salah sebuah kumpulan yang terdiri dari kari Cyprian (Sibu), Murni (Perak), Auni (Kedah dan Wan Nizar (Penang)

Manakala pada hari kedua taklimat disampai oleh Pn Faizah Bt Mohamed - (Pengurus Kanan (Sumber Manusia)), En Muhamad Hafiz B Morad - (Pustakawan Kanan) dan Assoc Prof Dr Shanti A/P Raghavan (Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar)

Para peserta sedang giat membuat brain-storming kumpulan masing-masing

Sidang latihan yang pada julung kalinya dikendalikan sepenuhnya oleh staf dalaman OUM telah dijalankan dengan menggunakan data-data terkumpul dan dibentangkan melalui penjelasan serta bengkel.

Surpise ..... untuk birthday boy kita Sdra Ahmad Fahmi dari OUM Perak

Break time ... dari kiri: Sdra Yon Rosli, Cik Kalminder, dan Cik Ariana

Pada hari terakhir kursus iaitu 7 Julai merupakan hari lahir En Fahmi Osman , satu kejutan telah dibuat untuk beliau. Peserta kursus telah bersama-sama menyanyikan lagu harijadi untuk beliau.

Penyampaian cenderahati kepada Puan Munaliz dari AP Dr. Santhi

.... juga kepada AP Dr. Tan

... dan AP Dr. Frank Kiong

Sebelum pulang PP Perak sebagai tuan rumah telah menyediakan cenderahati kepada peserta, iaitu dalam bentuk labu sayong sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga semua peserta telah bermanfaat daripada sesi latihan 2 hari ini.

Para peserta pulang dengan cenderahati dari OUM Perak.

Semoga bertemu lagi ...