Showing posts with label PP Greenhill. Show all posts
Showing posts with label PP Greenhill. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Lawatan Tan Sri Presiden OUM ke PP Greenhill

YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM bersama Prof. Dr. Mansor (Naib Presiden Kanan OUM) serta Prof. Dr. Rosli (Naib Presiden OUM) telah membuat satu lawatan ke bangunan baru PP Greenhill pada 27 Sept 2010.

YBhg Tan Sri sedang menandatangani buku pelawat

YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali sedang menyatakan sesuatu kepada Pengarah OUM Perak, Richard Ng

Lawatan ini merupakan lawatan YBhg Tan Sri untuk melihat dengan lebih dekat bangunan yang dipilihnya sendiri untuk dijadikan Pusat Pembelajaran Greenhill semasa beliau melawat OUM Perak pada 28 Feb 2009. Ini adalah janji beliau kepada pelajar PP Greentown pada masa itu bahawa OUM akan menyediakan kemudahan terbaik kepada semua pelajarnya.



Justeru lawatan ini sudah tentu cukup bermakna sekali bukan sahaja buat YBhg Tan Sri malahan juga seluruh warga OUM Perak yang begitu kagum bahawa inilah satu-satunya negeri di mana terdapat dua buah bangunan kepunyaan OUM sendiri.

Turut sama menyambut VIP kita, dari kiri, Puan Ilah, Puan Ros, Puan Murni dan Puan Erna

Rombongan VIP ini tiba tepat jam 10.47 pagi dengan mengambil keratapi terbaru ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh. YBhg Tan Sri menyatakan rasa amat puas hati dengan kemudahan keretapi baru ini yang cukup selesa dan tepat pada waktunya.

Pengarah, Richard Ng, sedang memberikan taklimat kepada YBhg Tan Sri akan perkembangan yang berlaku di PP Greenhill

Pengarah OUM Perak, Richard Ng bersama semua staf OUM Perak telah menyambut kedatangan VIP kita setibanya di Pusat Pembelajaran Greenhill. Pengarah juga telah menunjukkan slaid bergambar lawatan Tan Sri pada tahun lepas bagi mengimbas kembali sejarah penubuhan PP Greenhill. Kata Pengarah, bangunan baru ini juga telah menerima kunjungan dari Zimbabwe, Indonesia dan Thailand pada bulan Jun dan Julai lepas.

YBhg Tan Sri bersama Prof. Mansor dan Prof. Rosli setibanya mereka di stesen keretapi Ipoh

Dalam ucapannya, YBhg Tan Sri menegaskan betapa pentingnya staf OUM dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar-pelajar OUM. Beliau juga mengucapkan syabas pada semua staf OUM Perak kerana telah menjalankan kerja masing-masing dengan baik. Beliau juga menasihatkan agar bangunan ini dipelihara dengan baik.

Melawat salah satu tingkat bangunan PP Greenhill

Beliau beserta dengan Prof. Mansor dan Prof. Rosli telah menjelajah seluruh bangunan bagi melihat kemudahan yang telah disediakan. Secara keseluruhannya, beliau menyatakan rasa amat puas hatinya terhadap penyelengaraan bangunan ini.

Gambar kenangan bersama YBhg Tan Sri, Prof. Mansor dan Prof. Rosli

Selepas sesi lawatan ini, beliau serta rombongan telah diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Restoran Simpang Tiga sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur untuk tugasnya yang seterusnya.

Makan tengahari bersama tetamu VIP di Restoran Simpang Tiga

Bagi pihak warga OUM Perak, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada YBhg Tan Sri, Prof. Mansor dan Prof. Rosli kerana telah membuat satu keputusan terpenting dan tepat untuk pelajar PP Greenhill.

Monday, January 25, 2010

Tutorial Pertama di Pusat Pembelajaran Greenhill Berjalan Lancar

Pusat Pembelajaran Greenhill yang terletak berhampiran dengan Hotel Syuen dan Hotel Excelsior Ipoh

Tutorial pertama pada 23 dan 24 Januari bagi semester Januari 2010 di Pusat Pembelajaran OUM Greenhill berjalan dengan lancar.

Kaunter perkhidmatan yang begitu selesa

Pusat pembelajaran yang baru siap ini dengan harga melebihi RM5 juta, mengadakan kelas tutorial pertamanya pada julung kalinya. Bangunan ini dilengkapi dengan 18 bilik kuliah, 2 bilik komputer, kemudahan Internet WIFI, surau untuk lelaki dan perempuan serta suasana pembelajaran yang selesa. Bangunan 5 tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan lif serta mesra OKU.

Bilik kuliah yang selesa dan dilengkapi dengan projektor LCD serta WIFI

Rata-rata pelajar serta tutor yang ditemui amat puas hati dengan kemudahan yang disediakan. Pelajar yang kali pertama datang ke pusat pembelajaran ini menghadapi sedikit kesulitan mencari tempat letak kereta kerana belum menyesuaikan diri dengan kawasan persekitaran.

Sebuah lagi bilik kuliah yang serba lengkap

Pihak OUM PP Greenhill telahpun mewar-warkan dalam LMS akan tempat letak kereta yang begitu banyak berhampiran dengan pusat pembelajaran ini namun seperti kebiasaannya ada pelajar yang tidak membaca pengumuman yang telah dibuat 2 minggu sebelum bermulanya kelas tutorial.

Para pelajar membuat semakan jadual waktu di kaunter perkhidmatan

Berhampiran dengan pusat pembelajaran ini juga terdapat banyak restoran dan kedai kopi dan ini memudahkan pelajar untuk makan dan rihat sementara menunggu kelas tutorial seterusnya.

Sebahagian dari pelajar yang sedang mengikuti kuliah mereka



Beginilah wajah ceria dari pelajar semasa rihat makan tengahari

Dengan kemudahan yang disediakan ini pihak OUM berharap pelajar-pelajar OUM akan dapat belajar dengan selesa dan mencapai kejayaan cemerlang.

Saturday, January 9, 2010

Majlis Doa Selamat Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

9 Januari 2010

Duduk dari kiri: Richard Ng (Pengarah OUM Perak), Tn. Hj. Idris Talu (Tutor Kanan OUM Perak), Sdra Wan Kamaruddin (staf OUM Perak), Dr. Tan Toh Wah (Pengarah OUM Penang) dan Sdra Makhtar (staf OUM Penang)

Petang tadi telah berlangsung Majlis Doa Selamat buat Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill. Bangunan yang baru dibeli oleh OUM pada harga RM3.5 juta dan diubahsuai pada harga RM1.5 juta telah siap pada 7 Januari 2010 dan akan mula beroperasi pada 10 Januari 2010.

Bacaan doa oleh Tn. Haji Idris Talu

Sebahagian dari staf dan tutor OUM Perak yang hadir

Seramai 30 orang staf, pelajar dan tutor OUM Perak telah hadir. Turut hadir Pengarah OUM Penang Dr. Tan serta staf OUM Penang, Sdra Maktar dan Sdri Norela.

Turut hadir Puan Siti Norjalilah (Pentadbir PP Greenhill, baju biru kiri), Sdri Norlela, dan Puan Erna (Pen. Eksekutif PP Greenhill).

Majlis doa selamat yang telah diadakan secara kecil-kecilan tapi meriah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Idris Talu iaitu salah seorang Tutor Kanan OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Richard Ng dalam ucapan aluan-aluannya merakamkan ucapan terima kasih pada pihak pengurusan tertinggi OUM terutamanya YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM kerana telah memenuhi hasrat pelajar OUM Perak dari Pusat Pembelajaran Greentown.



Dengan bangunan baru yang dilengkapi dengan kemudahan yang canggih, YBhg Tan Sri amat berharap pelajar PP Greenhill akan belajar dengan lebih bersemangat lagi selepas ini dan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Turut hadir, Puan Murni (kiri) dan Puan Zura serta anak-anak mereka



Pelajar OUM dari PP Greentown akan memulakan tutorial pertama mereka di bangunan ini yang kini dikenali sebagai PP Greenhill pada 23 Januari 2010.

Friday, January 8, 2010

Pusat Pembelajaran Greenhill mula beroperasi mulai Ahad 10 Januari 2010




Berita gembira untuk semua warga OUM Perak terutama pelajar dan tutor dari Pusat Pembelajaran Greentown sebelum ini. Pusat Pembelajaran Greenhill yang akan menggantikan PP Greentown akan beroperasi mulai 10 Januari 2010.





Para pelajar ambilan semeter Januari 2010 akan hadir pada jam 8.30 pagi untuk membuat pendaftaran mereka di pusat ini. Pelajar akan diberi taklimat mengenai peraturan dan kaedah pembelajaran di OUM. Selepas selesai taklimat, pelajar akan membuat pendaftaran secara resmi dan menjelaskan segala yuran pembelajaran.



Kelas tutorial pertama untuk pelajar senior akan bermula pada 23 Januari 2010. Pelajar baru pula akan mula tutorial pertama pada 31 Januari 2010. Bangunan ini juga akan digunakan sebagai pusat peperiksaan kelak.



Bangunan 5 tingkat PP Greenhill ini mempunyai 18 bilik kuliah dan 2 makmal komputer. Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan wifi. Pelajar digalakkan membawa laptop masing-masing dan menggunakan kemudahan wifi ini yang disediakan secara percuma. Bangunan ini juga mempunyai lif dan kemudahan untuk warga OKU.

Peta lokasi bangunan ini adalah seperti di bawah:



Alamat lengkap Pusat Pembelajaran Greenhill:

Open University Malaysia
(Pusat Pembelajaran Greenhill)
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak
Tel: 05-2490920 atau 05-2490922
Fax: 05-2490921

Pengarah: Richard Ng (012-5256252)
Pentadbir: Puan Siti Norjalilah
Penolong: Puan Irnawati