Showing posts with label Festivals. Show all posts
Showing posts with label Festivals. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Perayaan Menuai Masyakarat Cina, "Dong Zhi" atau "Winter Solstice"

Tang Yuan: Bebola beras pulut berwarna-warni

Pada tanggal 22 Disember 2010, masyarakat Cina di seluruh dunia akan merayakan perayaan Musim Menuai atau "Dong Zhi" atau Winter Solstice.

Perayaan ini merupakan perayaan terbesar dalam kalendar orang Cina sebelum tahun baru. Suatu masa dahulu di negara Cina, perayaan ini adalah perayaan tahun baru. Oleh kerana iannya jatuh pada musim sejuk dan sukar untuk dirayakan maka ianya menjadi satu perayaan bagi meraikan kejayaan mereka selepas musim menuai.

Dengan ide kreaktif, Tang Yuan telah berubah corak dan kandungan

Lazimnya masyarakat Cina akan merayakan Perayaan Dong Zhi ini dengan menghidangkan "Tang Yuan" iaitu bebola yang dibuat dari pulut berwarna warni dan dimasakkan dengan air gula. Di kalangan masyarakat Cina, Tang Yuan adalah suatu simbolik kekeluargaan dan kejayaan.

Masyarakat Cina akan membuat Tang Yuan untuk dimakan seluruh keluarga dengan harapan ianya akan menambahkan saiz dan kejayaan keluarga. Bagi setengah masyarakat Cina terutamanya di luar bandar ianya disambut secara besar-besaran.

Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Menyambut Hari Dong Zhi" kepada semua pelajar dan tutor OUM Perak.

Tuesday, June 15, 2010

Perayaan Bot Naga atau Bak Chang

Esok 16 Jun 2010 bersamaan dengan hari ke 5 bulan ke 5 dalam kalendar masyarakat Cina di mana masyarakat Cina di Malaysia akan merayakan Perayaan Duanwu atau juga dikenali sebagai Perayaan Bot Naga atau Perayaan Bak Chang atau Zongzi.

Beginilah rupanya Bak Chang yang dibuat dari pulut dan dibalut dengan daun buluh

Bak Chang merupakan sejenis makanan yang dibuat dari pulut berintikan kacang, telur, cendawan, daging, rempah serta lain-lain bahan mengikut selera masing-masing. Ianya dibalut dengan daun buluh dan biasa kelihatan di pasar walaupun pada hari biasa.

Salah sebuah gerai yang menjual Bak Chang

Akan tetapi pada 16 Jun ini, Bak Chang menjadi satu kemestian sebagai buah tangan apabila mengunjungi sanak saudara. Mengikut cerita mitosnya, pada tahun 278 tahun masihi, seorang ahli sasterwan negara bernama Qu Yuan telah dituduh sebagai seorang pengkhianat negara dan dibuang negeri. Qu Yuan yang begitu sedih sekali telah terjun ke dalam sungai Miluo bila kampungnya telah diserang askar Qin. Sebelum beliau membunuh diri, beliau sempat menulis sebuah sajak mengenai gejala rasuah di negerinya.

Imej ahli sasterawan negara Qu Yuan

Apabila penduduk kampung mendapat mengenai perkara ini, mereka telah berlumba-lumba dengan menggunakan bot naga bagi mencari mayatnya. Namun mayatnya masih belum dapat dicari. Kerana bimbang mayatnya akan dimakan ikan dan haiwan dalam sungai tersebut, mereka mencampakkan Bak Chang ini ke dalam sungai.

Maka sehingga ke hari ini masyarakat Cina berpegang kepada kepercayaan ini dengan harapan mayat ahli sasterawan tidak dimakan haiwan sungai. Setiap tahun Bak Chang dimakan pada tarikh tersebut (Double 5) dan juga ada yang mengambil bahagian dalam pertandingan Bot Naga sebagai memperingati jasa Qu Yuan.

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Sambutan Deeparaya @ OUM Perak

Pada tanggal 18 Okt 2009 telah diadakan satu Majlis Sambutan Deeparaya di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng) antara jam 12tgh hingga 2ptg. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar, tutor serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain Simpang Pulai serta anak-anak dari Mother Teresa's Reading Shelter Buntong.

Penyerahan sumbangan dari OUM kepada Pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain


Penyampaian sumbangan kepada pengurus Mother Teresa's Reading Shelter

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain sedang menjamu selera

Dalam ucapan Deeparayanya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, tutor serta anak-anak yatim yang dijemput sama. Kata beliau, sambutan Deeparaya cukup bermakna bagi OUM Perak kerana bukan sahaja ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak malah ianya dapat meraikan orang-orang yang kurang bernasib seperti anak-anak yatim yang hadir.



Para pelajar sedang mengambil makanan masing-masing



Beginilah suasana Majlis Sambutan Deparaya di OUM Perak

Sebaik sahaja selesai ucapannya, Pengarah OUM Perak menyerahkan sumbangan dari OUM kepada pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain dan juga pengurus Mother Teresa's Reading Shelter. Anak-anak yatim yang hadir turut dihulurkan duit raya.







Para hadirin kemudian dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan beraneka jenis. Antaranya termasuk lemang serta rendang ayam, nasi himpit, sate, capati, bee hoon goreng, lontong, serta kuih muih.

Wednesday, October 14, 2009

DeepaRaya Open House @ OUM Perak

Oct 14, 2009

On behalf of OUM, May I wish all our Hindu students and Tutors, a very blessed and joyous Deepavali.



OUM Perak will be holding an Open House to celebrate Hari Raya and Deepavali. All Students, Tutors and Staff are invited to attend as follows:



Date: 18 Oct 2009

Time: 12pm - 2pm

Place: OUM Perak, Jln Lim Bo Seng

OUM will be giving out donations to selected orphanage on that day.

=====================================================================

Seperti biasa pada tahun-tahun lepas, saya sempat singgah ke rumah beberapa orang pelajar OUM yang menyambut Deepavali. Salah seorang pelajar OUM yang saya lawati hari ini ialah Mr. Tangarajie, iaitu pelajar jurusan perniagaan. Beliau tinggal di Taman Rima Gamelan.

Isteri saya dan saya telah dijamu dengan berbagai kuih muih serta tosai dan idli. Kami juga dihidangkan dengan kari kambing dan kari ayam cukup enak sekali.

Thursday, August 20, 2009

Umat Islam berpuasa mulai Sabtu ini

Ogos 20, 09 8:26pm


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu 22 Ogos 2009 ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini.

Pihak Pengurusan OUM Perak mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak and selamat menjalankan ibadah puasa" kepada semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak.