Showing posts with label Program SMP. Show all posts
Showing posts with label Program SMP. Show all posts

Monday, February 27, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru Program SMP Ambilan Khas Januari 2012 @ OUM Perak

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan taklimat pada mahasiswa dan mahasiswi baru OUM

Pada 26 Feb 2012, lebih dari 400 orang guru yang telah berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di bawah program PPG Kementerian Pelajaran Malaysia telah hadir di Hotel Heritage Ipoh sejak jam 8pg lagi.





Mereka adalah dikalangan 5,200 guru sekolah rendah diseluruh Malaysia yang telah ditawarkan untuk belajar di bawah program ini di Open University Malaysia.

Sebahagian dari para guru yang hadir untuk mendengar taklimat dan pendaftaran

Taklimat mengenai program ini telah dijalankan oleh Pengarah Open University Malaysia cawangan Perak iaitu Dr. Richard Ng. Beliau menjelaskan kaedah belajar di OUM serta peraturan yang digunapakai di OUM.

En. Faizal dari BPG sedang menyampaikan taklimat



Turut hadir Encik Faizal Mohd Noh, Penolong Pengarah BPG dan Encik Shamsahashimi Harun, Pengarah Unit Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Program SMP-PPG ini adalah di bawah tajaan Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke 10 bagi mengsiswazahkan lebih dari 50% guru sekolah rendah.

Encik Faizal Mohd Noh telah memberi taklimat mengenai tawaran program ini serta syarat tajaan dan Perjanjian Penajaan pada semua guru-guru yang hadir. Beliau menasihatkan guru-guru supaya bersyukur kepada kerajaan atas tajaan ini dan mengingatkan mereka bahawa wang tajaan datang dari cukai yang dibayar rakyat. Beliau mengingatkan agar mengorbankan sedikit masa untuk 4 tahun sehingga berjaya mendapat segulung ijazah.

Encik Shamsahashimi Harun turut menyampaikan nasihat pada guru-guru sekalian

Selepas itu Encik Shamsahashimi Harun berucap ringkas dengan menasihatkan guru sekalian supaya menggunakan peluang keemasan ini bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Di samping itu beliab juga menasihatkan agar guru-guru sentiasa kekalkan disiplin semasa belajar di OUM.

Ikrar pelajar

Ikrar pelajar

Pendaftaran Pelajar dan Pengambilam Modul

Pendaftaran Pelajar dan Pengambilam Modul

Taklimat tamat jam 12.30ptg dan disusuli dengan pendaftaran pelajar. Semua pelajar yang berjaya didaftarkan diberi modul pembelajaran yang disediakan OUM. Kelas tutorial pertama akan bermula pada 3 Mac 2012.

Friday, April 1, 2011

Bengkel Penyediaan Tugasan untuk Pelajar Program SMP @ OUM Perak



Bagi membantu pelajar OUM Perak bagi program SMP menyediakan tugasan mereka, satu bengkel penyediaan tugasan telah disediakan seperti berikut:

Tarikh: 2 April 2011

Tempat: PP Perak, Jln Lim Bo Seng

Masa: 8.30pg hingga 1.30tgh

Pemudahcara: Dr Richard Ng (Pengarah OUM Perak)

Tugasan merupakan satu komponen yang penting dalam penilaian seseorang pelajar di OUM kerana ia membantu pelajar belajar secara berterusan dan menggunakan kemahiran dan pemikiran kritikal. Markah yang disediakan ialah antara 30 hingga 40% daripada jumlah markah peperiksaan.

Dalam bengkel ini pelajar akan didedahkan dengan ciri-ciri tugasan yang baik. Pelajar akan diajar kaedah mencari bahan digital serta menulis tugasan mengikut sistem rujukan APA yang digunapakai di OUM. 5 modul telah disediakan seperti berikut:

Modul 1:



Modul 2:



Modul 3:



Modul 4:



Modul 5:



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Zura, Puan Ros atau Puan Murni di talian: 05-2546006

Wednesday, March 16, 2011

30,000 guru ikuti program pengsiswazahan - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 13 Mac - Seramai 30,000 guru mendaftar di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh negara bermula hari ini bagi mengikuti program khas Sarjana Muda Pengajaran iaitu program pengsiswazahan guru yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, program tersebut diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.

Katanya, ia merupakan pelan jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan perbelanjaan mencecah RM1.4 bilion.

"Ini adalah program untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sektor perguruan di mana guru-guru ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun di institusi masing-masing dalam bidang sarjana.

"Buat masa ini, seramai 89 peratus guru sekolah menengah sudah mempunyai ijazah, manakala 28 peratus di sekolah rendah, tetapi menjelang 2015, kita mahu jumlah itu meningkat kepada masing-masing 90 dan 60 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pendaftaran Sarjana Muda Pengajaran Ambilan 2011, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Maktab Sultan Ismail di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan OUM, Profesor Dr. Mansor Fadzil.

Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM

Mohd. Ghazali berkata, seramai kira-kira 30,000 guru lagi akan menyertai program tersebut pada tahun depan dengan kos termasuk yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Katanya, sistem pembelajaran akan dibuat secara pendidikan jarak jauh (PJJ) untuk memastikan guru terlibat dapat memberi tumpuan seratus peratus kepada tugas hakiki mereka di sekolah.

"Langkah ini adalah platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan, kerana hanya guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

"Selain itu, kebajikan guru-guru juga diambil kira di mana selepas memiliki ijazah, gaji mereka akan dinaikkan secara automatik mengikut tahap pendidikan masing-masing," jelasnya.

Sementara itu, OUM mengambil seramai 5,685 guru ke program tersebut di 20 cawangannya di seluruh negara.

Guru-guru berkenaan akan mengikuti program tersebut selama empat tahun membabitkan 12 semester yang akan berakhir pada Disember 2014.

Universiti itu menawarkan sebanyak 11 bidang pengajian iaitu pra sekolah, pendidikan Islam, bahasa Melayu, bahasa Cina, kemahiran hidup, matematik, muzik, pendidikan jasmani, pendidikan khas, pendidikan seni visual dan sains.

Tuesday, March 15, 2011

Laporan Pendaftaran Program SMP Ambilan Mac 2011

Pelajar menyemak senarai nama sebelum pendaftaran

Seramai 170 orang guru-guru yang berjaya ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian telah hadir di OUM Perak sejak jam 8.00pg bagi pada 15 Mac 2011.

Borang perjanjian pembiayaan diberikan pada para guru yang telah menerima tawaran untuk belajar di OUM.

Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang guru yang hadir

Sebahagian dari guru yang hadir untuk mendaftarkan diri

Sebahagian lagi pelajar yang hadir

Mereka merupakan sebahagian daripada 5,000 orang guru-guru diseluruh Malaysia yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di OUM yang mana yuran pengajian mereka dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak RM1.5 billion dibelanjakan kerajaan di bawah RMK10 bagi tujuan mengsiswazahkan 30,000 orang guru-guru yang masih belum memiliki Ijazah pada tahun 2011.

En. Hasmidi Jusoh, pegawai BPG (kiri) bersama Dr. Richard Ng (Pengarah OUM Perak) dan Puan Shawira, Pensyarah OUM yang turut hadir

En. Hasmidi sedang memberikan taklimat bagi pihak BPG

Beginilah keadaan pelajar yang begitu seronok mendengar taklimat dari En. Hasmidi

Turut memberi ucapan kepada pelajar ialah Tn. Hj. Ahmad Jaafar, Pengurus, Unit Latihan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Sebelum sesi pendaftaran bermula, pelajar-pelajar baru ini telah diberi taklimat oleh Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng mengenai peraturan Open University Malaysia serta kaedah pembelajaran yang digunapakai.

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan taklimat kepada para pelajar

Mereka juga ditunjukkan cara menggunakan sistem pembelajaran atas talian MyVLE yang dibangunkan oleh OUM. Sistem ini membolehkan pelajar mengakses perpustakaan digital serta membuat perbincangan atas talian dengan pelajar lain serta tutor mereka.

Klip video ucapan En. Hasmidi Jusoh:



Kehadiran En. Hasmidi (pegawai BPG) dan Tn. Haji Ahmad Jaafar (Pengurus, Unit Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Perak) banyak membantu merungkaikan kerumitan pelajar.

En. Hasmidi sedang melayani pertanyaan dari para guru sebelum sesi pendaftaran

Berbagai persoalan dibangkitkan bagi mendapatkan penjelasan dari En. Hasmidi

Selepas itu, taklimat mengenai pembiayaan BPG telah dijalankan oleh En. Hasmidi Bin Jusoh, pegawai khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Turut hadir Tn. Hj. Ahmad Jaafar, Pengurus Unit Latihan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Pelajar sedang membaca ikrar selepas sesi taklimat

Para pelajar sedang mendengar dengan teliti taklimat prosidur pendaftaran oleh Puan Zura, Pentadbir OUM Perak

Pelajar sedang membuat pendataran disemak dengan teliti oleh staf OUM Perak, Puan Murni (kiri) dan Puan Ilah

Pendaftaran dijalankan pada jam 12.30tgh dan tamat pada jam 2.30ptg. Pendaftaran dijalankan dengan amat licin pada hari ini atas inisiatif dan kerjasama semua pelajar dan staf OUM Perak. Empat kaunter dibuka bagi tujuan ini dan sistem nombor diperkenalkan apda kali pertama.

Turut membantu melicinkan proses pendaftaran, Puan Ros and Sdra Ahmad Fahmi

Pelajar baru OUM ini akan memulakan sesi Tutorial Pertama mereka pada 27 Mac. Mereka telah dibekalkan dengan modul 3 subjek yang ditawarkan semester ini.

Wednesday, December 1, 2010

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran OUM diiktiraf JPA

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian (A6530) telah mendapat pengiktirafan JPA bagi pelajar yang bergraduat mulai 18.1.2010. Sila lihat paparan di bawah yang dipetik dari laman web JPA:

http://pengiktirafan.jpa.gov.my/Sijil/frmSijilIPTA.asp?Bidang=D0000&Negara=M01&Institusi=M0100011&strID=33587

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar:


Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Prasekolah) dengan Kepujian (A6476) telah mendapat pengiktirafan JPA bagi pelajar yang bergraduat mulai 8.12.2009. Sila lihat paparan di bawah yang dipetik dari laman web JPA:

http://pengiktirafan.jpa.gov.my/Sijil/frmSijilIPTA.asp?Bidang=D0000&Negara=M01&Institusi=M0100011&strID=33588

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar: