Showing posts with label Sarmini Muhyadi Orang Gaji. Show all posts
Showing posts with label Sarmini Muhyadi Orang Gaji. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Couple who sponsored maid’s studies awarded - The Star

KUALA LUMPUR: A Malaysian couple who fully sponsored the tuition fees of their Indonesian maid’s diploma was recognised at the F&N Outdo Yourself Award (OYA).



Tan Choo Tang, 56, and wife Wee Phooi Kuan, 47, said they decided to help their maid, Sarmini Muhyadi, 28, to further her studies in management at the Open University Malaysia in the hope it would help improve her standard of living.

All the hard work paid off when Sarmini received her diploma last June and she is now holding a top post in a private company in Indonesia. Sarmini’s education cost RM5,000.

They were among the seven recipients who received the award presented by OYA’s patron Datuk Shahrir Abdul Samad at a ceremony yesterday.

Fraser and Neave Holdings Bhd chairman Tengku Syed Badarudin Jamalullail was also present.

The recipients each received RM5,000, a certificate, plaque and F&N products.

“We could tell that Sarmini had a lot of potential to succeed as she is a hardworking person.

“We supported her for four years so that she would not give up,” said Tan.

Another recipient, Jonathan Jobal, 14, saved his cousin who was trapped inside a burning house.

“This makes me more willing to help anyone in trouble,” he said.

For senior citizen Tey Chong Suan, 74, the award is the greatest gift she has ever received.

“It was my duty,” said Tey who bravely saved a boy from drowning in Muar, Johor.

F&N chief executive officer Datuk Ng Jui Sia described the recipients as exemplary role models.

Friday, July 8, 2011

Amah Pemegang Diploma Terima Tawaran Kerja Sebaik Pulang Ke Indonesia - Utusan

Oleh IZRA ABD RAHMAN


PETALING JAYA: Pembantu rumah Indonesia, Sarmini wahyudi, 28, yang lulus cemerlang dalam bidang Diploma Pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu ditawarkan pekerjaan sebaik sahaja pulang ke negaranya.

Tawaran kerja tersebut diperoleh Sarmini pada Rabu, tiga hari selepas dia pulang ke kampung halamannya di Jawa Tengah, Indonesia pada 3 Julai baru-baru ini.

Bekas majikan Sarmini, Tan Choo Kang, 56, berkata Sarmini telah menghubunginya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan memaklumkan berita gembira itu kepadanya.

"Saya terima SMS daripada Sarmini semalam (Rabu). Dia gembira kerana telah ditawarkan pekerjaan yang baik walau baru beberapa hari pulang bertemu keluarganya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Choo Kang berkata Sarmini mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan di salah sebuah jabatan berhampiran dengan tempat tinggalnya yang terletak di Kampung Banyumas.

"Sarmini bagaimanapun tidak memaklumkan kepada saya sama ada dia bersetuju menerima tawaran tersebut atau sebaliknya," katanya.

Sarmini yang berkhidmat sebagai pembantu rumah di Malaysia selama tujuh tahun telah mencipta sejarah apabila menjadi pembantu rumah Indonesia pertama di negara ini membawa pulang diploma.

Dia telah diberi pelepasan dan sokongan untuk mengikuti pengajian separuh masa oleh majikannya.

Anak seorang tukang kayu dan mempunyai seorang adik ini lulus cemerlang apabila memperolehi mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 sepanjang empat tahun mengikuti pengajian separuh masa di OUM.

Sejak Sarmini pulang ke Indonesia, Choo Kang berkata dia belum terfikir untuk mencari pengganti Sarmini.

Menurut Tan, sebelum Sarmini menamatkan perkhidmatannya, dia dan isterinya Wee Phooi Kuan, 47 pernah berpesan kepada pembantu rumahnya itu bahawa keluarganya sanggup menerimanya bekerja kembali jika dia tidak mendapat pekerjaan di negaranya kelak.

"Memang kami sekeluarga sedih selepas Sarmini berhenti tetapi dalam masa yang kami gembira kerana dapat membantu melaksanakan impiannya untuk sambung belajar.

"Apabila saya mendapat khabar itu, saya dan keluarga cukup gembira dan berbangga.

"Kami berharap agar dia terus maju pada masa akan datang," katanya yang turut menghubungi pihak OUM memaklumkan berita gembira ini.

Tuesday, June 21, 2011

Joy all over as maid receives diploma - NST

Pembantu rumah, Sarmini Muhyadi, 28 tersenyum setelah menerima Diploma in Management di majlis Konvokesyen Open University ke-10

KUALA LUMPUR: Jubilation was written all over Sarmini Muhyadi's face when she accepted her scroll at Open University Malaysia's (OUM) 10th convocation yesterday.
Indonesian maid Sarmini studied part-time and completed a four-year diploma course in management at OUM. She had an admirable cumulative grade point average of 3.39 at the end of last year.

Sharmini with her Diploma. Pix courtesy of Bernama

OUM president and vice-chancellor Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali presented the scroll to the 28-year-old Sarmini during the sixth session of the ceremony.

Beaming with pride, Sarmini's employer, Wee Phooi Khuan, and her sister, Wee Chooi Khuan, were at the ceremony to show support.

Phooi Khuan's husband, industrial design lecturer Tan Choo Tang, however, could not attend the convocation as he had to attend a business meeting.

"I am happy that she has obtained her diploma. I feel I have fulfilled my responsibility to help achieve her dream of getting a tertiary education," he said in a telephone interview yesterday.

Tan said Sarmini was overjoyed when she received a call from her parents in Indonesia congratulating her on her success.

"Even the media in Indonesia had interviewed her parents on her accomplishment," he said.

Asked what Sarmini intended to do, Tan said she wanted to gain some working experience when she returned home to Kampung Banyumas in Jawa Tengah, Indonesia.

In an article that was featured in the New Straits Times four years ago, Tan was quoted as saying that Sarmini had wanted to return to Indonesia to further her studies after working here for three years.

Knowing well that her savings were insufficient for a tertiary education in Jakarta, Tan had then offered to cover half the cost of her studies in Malaysia.

Monday, June 20, 2011

Sarmini Muhyadi, kisah orang gaji dari Indonesia yang berjaya mendapat Diploma Pengurusan dari OUM



Hari ini terlakar satu sejarah baru dalam Majlis Konvokesyen OUM ke 10 bilamana seorang yang bekerja sebagai oranga gaji dari Indonesia kepada keluarga Tan dari Damansara, Sarmini Muhyadi, berjaya mendapat Diploma Pengurusan dengan CGPA 3.39.

Sarmini sejurus selepas konvo bersama dengan majikannya

Sarmini yang telah bekerja di Malaysia selama mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan programnya. Walaupun meghadapai berbagai cabaran kerja, beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dengan berkat sokong dari majikannya.

Semoga kejayaan Sarmini dapat memberi dorongan kepada semua pelajar OUM.

Berita selanjutnya di NST dan Berita Harian:

Pembantu rumah lulus diploma OUM
Oleh R Sittamparam

Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.

“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.