Showing posts with label Jemputan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Jemputan Kahwin. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perkahwinan Puteri PM Dr. Maselan Bin Ali

Nov 21, 2009

Pasangan pengantin Helmi dan Masjuniwati

Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan puteri kesayangan PM Dr. Maselan Bin Ali dan Ara ZainonBinti Mohamed iaitu Masjuniwati dengan Helmi. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. PM Dr. Maselan adalah dari fakulti Sains dan Teknologi, Open University Malaysia.

Klip video upacara merenjis oleh Tan Sri Anuwar serta Puan Sri:


Upacara menrenjis dari kedua orang ibu bapa pengantin tersayang

Persembahan tarian tradisional

PM Dr. Maselan amat sibuk melayani tetamu

Sebagai rakan kerja di OUM, kami semua dari kalangan ahli akademik telah dijemput ke Majlis. Turut hadir, Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali iaitu Presiden dan Naib Canselor OUM serta Puan Sri. Juga tidak ketinggalan Prof. Dr. Rosli serta isteri, En. Repin, Che Omar, Prof. Ramli Baharoom serta lain-lain ahli akdemik OUM.

Turut hadir, Prof. Ghazali, Program Coordinator PhD (sebelah kanan)

Geng-geng OUM yang turut hadir

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 800 orang telah bermula pada jam 8.45 petang. Para tetamu telah dihiburkan dengan berbagai tarian tradisional.

Friday, November 13, 2009

Apa ke hehnya?

Kata orang Perak, "Apa ke hehnya kome buat tu?" Ceritanya sikit masa lagi. Baca yob jangan tak baca. ... panas


Gambar lain dan cerita selanjutnya akan diuploadkan sebaik sahaja gambar-gambar copyright ini telah diproses dan mendapat kelulusan Jabatan Penapis Gambar.

Ok, sebenarnya ini adalah gambar sempena Majlis Perkahwinan antara Erna ngan Alan pada 1 Nov 2009 di mana kita orang tak dapat hadir ketika bersanding siang hari sebabnya kita orang ada tutorial. Masing-masing sibuk. Jadi kita orang berpakat untuk ke rumah pengantin disebelah petang.

Sambil menanti pengantin untuk bersiap sedia untuk bergambar, maka 3 anak dara di atas dah tak sabor untuk mengambil gambar kenangan.

Yang kat bawah ni, gambar kami, staf-staf OUM Perak bersama dengan pengantin.

Dudok dari kiri: Ilah, Ros, Murni. Berdiri dari kiri: Shah, Din, Erna dan Alan, Richard

Sunday, October 25, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Erna & Alan

25 Okt 2009



Bagi pihak pengantin, kami warga OUM Perak dengan besar hati ingin menjemput seluruh warga OUM Perak sama ada pelajar, tutor mahupun sahabat handai ke Majlis Perkahwinan di antara staf kami Irnawati Binti Mahayudin (Erna) dengan Ahamad Mazlan Bin Shamshul Kadri,

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: Ahad 1 November 2009 bersamaan 13 Zulkaedah 1430 H

Tempat: Dewan Dato' Azman Mahlan, Kampung Pasir Kuala Dipang, 31850 Jeram, Kampar, Perak

Aturcara Majlis:

12.00tgh - 4.00ptg - Jamuan Makan
2.00ptg - Upacara Persandingan

Turut mengundang, seisi keluarga. Semoga dengan kehadiran anda akan bertambah serilah majlis ini.

Disertakan kad jemputan untuk tatapan anda.

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Dikesempatan ini, kami warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit.