Langkah Pertama: Login ke myLMS.
Anda akan dapat melihat muka pertama berikut:
Langkah Kedua: Klik pada Subjek Anda.
Anda akan dapat melihat imej berikut. Anda dapat membaca nota bila anda klik pada mana-mana sub-tajuk yang dikehendaki.
Untuk memuat-turun soalan tugasan, klik pada Assignment. Untuk mengambil bahagian dalam forum, klik pada Forum.
Langkah Ketiga: Klik pada Forum untuk mengambil bahagian dalam forum.
Perhatikan bahawa forum baru ini dikendalikan seorang E-Tutor yang bukan tutor kelas anda. E-Tutor adalah tutor yang didapati sangat aktif dalam forum dan juga mempunyai kepakaran dalam subjek tersebut. Diskusi dalam forum juga telah berubah mengikut tajuk dan ini memudahkan pelajar mencari tajuk yang dirasakan susah.
Langkah Keempat: Klik pada tajuk untuk mengambil bahagian dalam diskusi forum
Perhatikan bahawa laman forum yang baru ini adalah sama seperti forum yang lama
Langkah kelima: Klik pada sub-tajuk forum untuk menjawab atau bertanyakan soalan
Langkah Keenam: Baca Announcement subjek
Klik pada Announcement di sebelah kiri dan baca pengumuman mengenai subjek ini dari semasa ke semasa.
Untuk masuk ke forum subjek lain, anda boleh klik "Home" atau "Quick Link" seperti dalam gambar di bawah:
Setelah habis menggunakan LMS, jangan lupa untuk klik butang Logout. Sebarang kemusykilan yang dihadapi semasa menggunakan LMS ini sila klik butang e-CRM untuk membuat aduan anda.
Selamat berforum.