Saturday, August 23, 2008

Majlis Konvokesyen ke 6 - Hari Pertama

23 Ogos 2008 oleh Richard Ng

Majlis konvo ke 6 OUM telah bermula pada tepat jam 8.00pg dengan perarakan pelajar ke dalam dewan Merdeka di PWTC. Ianya kemudian diikuti oleh perarakan oleh ahli akedemik OUM dan perarakan besar canselor.

Suasana sebelum perarakan akademik bermula. Dari kiri, Mr. Cheah (Fakulti Pengurusan dan Perniagaan), Sdra Yon Rosli (Pengarah PP Lembah Kelang), Dato' Nik Najib (Pengarah PP Kelantan) dan Richard Ng (Pengarah PP Perak).

Majlis konvo kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah OUM di mana seramai 4506 orang pelajar akan bergraduat dalam berbagai bidang.

Beginilah suasana di dalam dewan sebelum bermulanya majlis konvokesyen

Canselor OUM YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah telah mengisytiharkan pembukaan majlis ini. Turut hadir dalam majlis pembukaan ini ialah Pro-canselor, YBhg Tan Sri Azman dan tetamu dari luar negara iaitu dari Yemen, Saudi Arabia, Bahrain, dan Belanda.

Gambar bersama Tan Sri Azman (tengah) semasa raptai. Di sebelah kiri adalah Sdra Ahmad Izanee (Pengarah PP Pahang)

Pada sesi pertama yang diadakan pada pagi tadi seramai 500 pelajar yang mengambil program pada peringkat ijazah sarjana dan program pendidikan sains (matematik)telah menerima ijazah masing-masing.

Gambar bersama pelajar OUM Perak yang bergraduat pada sesi kedua

Di sebelah petangnya pula yang bermula pada jam 2.30ptg, seramai 500 orang pelajar lagi dari program ijazah sarjana pendidikan (matematik)telah dianugerahkan dengan sijil mereka.

Pelajar OUM Perak, Cikgu Wan Noraini yang tersenarai dalam Hadiah Buku Canselor sebaik sahaja selesai menerima ijazah beliau

Selepas selesai sahaja majlis konvo baok sesi pagi mahupun sesi petang, kelihatan ibu-bapa dan keluarga berkumpul di luar dewan untuk menangkap gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Suasana konvo seperti biasa hangat, rioh, gema dan penuh emosi.

Salah seorang pelajar OUM Perak yang telah menerima ijazahnya pada sesi pertama pagi tadi

Saya sempat berjumpa dan bergambar dengan beberapa orang pelajar dari OUM Perak. Saya juga sempat melihat buku program dan antara nama pelajar yang kenal yang tersenarai dalam hadiah buku termasuk Cikgu Wan Noraini dan Cikgu Norhanim kerana mendapat cemerlang dalam Ijazah Pendidikan (Matematik).

Dr. Mazlan dan saya sebelum perarakan akademik bermula

Syabas cikgu-cikgu, semoga pelajar-pelajar cikgu akan jadi cemerlang seperti cikgu-cikgu sekalian. Saya juga nampak nama seorang pelajar OUM Perak iaitu Leong Wai Ling yang mengambil program BBA tersenarai sebagai pelajar yang memenangi hadiah buku juga. Beliau akan bergraduat pada hari esok pada sesi keempat. Pelajar jurusan BIM yang saya jumpa pada hari ini adalah pelajar kesayangan saya termasuk Shima, Linda dan Lily. Syabas dan tahniah dari warga OUM Perak.

Friday, August 22, 2008

Sesi Pengambilan Jubah Konvo ke 6 di Kampus OUM KL

22 Ogos 2008 Oleh Richard Ng

Tan Sri Presiden dan Prof. Mansor, Senior VP, sedang memmbuat lawatan mengejut bagi memastikan proses pengambilan jubah dijalankan dengan lancar

Majlis Konvo ke-6 OUM akan diadakan pada 23 - 25 Ogos 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Konvo pada kali ini akan melibatkan lebih dari 4,500 graduan. Dengan bilangan yang besar ini, maka para graduan telah diminta untuk mengambil jubah masing-masing di Kampus OUM KL mengikut program mereka.

Dato' Saarani sedang mengambil jubahnya

Para graduan sedang menyemak status pembayaran mereka sebelum mengabil jubah mereka

Saya sempat bertemu dan berbual dengan beberapa graduan termasuk graduan dari Ipoh. Antaranya termasuk Dato' Saarani, Bekas ahli Exco Perak yang tela tamat program BIMnya dengan cemerlang.

Beginilah suasana graduan yang sedang mencuba jubah mereka supaya tidak kelam kabut semasa hari konvo nanti

2 orang graduan dari OUM Perak sedang senyum lebar menantikan giliran mereka

Saya juga sempat merakamkan senario pengambilan jubah untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini agar dapat dijadikan panduan dan dorongan terutama pelajar-pelajar OUM Perak.

Graduan dari OUM Perak yang sempat bergambar dengan saya

Secara keseluruhan, dari tinjauan saya selama 2 hari di tempat pengambilan jubah, saya dapati prosesnya adalah lancar walaupun ada kalanya sesak bilamana graduan datang serentak.

Tahniah buat graduan-graduan OUM. Semoga mereka akan mencapai cita-cita mereka dan menyumbang kepada masyarakat secara positif.

Wednesday, August 20, 2008

Director of OUM Perak Regional Learning Centre was bestowed Lion of the Year Award

Aug 19, 2008

The Director of OUM Perak Regional Learning Centre, Richard Ng, was bestowed the "Lion of The Year Award" for the year 2007/2008. The award was presented in conjunction with Lions Club of Perak Silver State's Installation of the President and its Board of Directors. The ceremony was held last Sunday August 17, 2008.

Richard Ng receiving the Lion of the Year 2007/2008 award from Lion Dr. Adib Vincent Tung (Immediate Past President).

The award was given in recognition of his excellent service for the club where he was the 1st Vice President. Besides the award, Richard Ng was also awarded Project Chairman award for several community projects which include Flower Drum Song Musical and SightFirst project. He played a vital role in the club's fund raising campaign to help the poor and senior citizen regain their sights again.

Richard Ng is seen here with (from left), Lion Dr. Adib (Immediate Past President), Lion Hudson Hah (Regional District Chairperson), Lion Khoo Koon Wah (Immediate Past District Governor) and Lion Kenneth Saw (present District 308-B2 Governor).

He has also assisted the club in other projects such as the Merdeka Walk, Raya celebration with the orphans from Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Higher Education and Lifelong learning and also the Internet Awareness talk.

Richard Ng together with other board members were officially installed as members of the new Board of Directors 2007/2008 of Lions Club of Perak Silver State

Richard Ng is actively involved in community projects since taking his new role at Open University Malaysia. According to him, "the community projects are important to OUM as we want to prove that OUM is a caring university."

Monday, August 18, 2008

Majlis Konvo OUM Ke-6 - Cara Pemakaian Pakaian Akademik Universiti

Bagi para graduan yang akan berkonvo pada Majlis Konvokesyen OUM Ke-6, video berikut adalah panduan untuk anda:

Cara Pemakaian Pakaian Akademik Universiti

Tatacara majlis konvo

Bagi pihak semua warga OUM Perak, saya ucapkan Selamat Berkonvo dan semoga berjaya dalam hidup kita

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Ambilan September 2008

Satu sesi taklimat untuk pelajar-pelajar baru ambilan September 2008 OUM telah diadakan di Pusat Pembelajaran OUM Perak (PP Perak) pada 16 Ogos 2008 bermula dari jam 8.30pg. Seramai 60 orang pelajar baru yang mengambil berbagai kursus pada peringkat diploma dan Sarjana Muda telah hadir dan berdaftar pada hari tersebut. Seramai 40 orang pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu masih boleh mendaftarkan diri sehingga 23 Ogos ini.

Sebahagian dari pelajar baru OUM Perak

Taklimat ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan diringi oleh bacaan doa seperti biasa. Ucapan aluan dan tahniah Tan Sri Presiden yang telah dirakamkan telah disampaikan melalui tayangan CD.

Pengarah PP Perak, Richard Ng sedang memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar baru OUM

Pengarah OUM Perak, Richard Ng memulakan taklimat dengan kaedah pembelajaran yang diamalkan di OUM serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sebagai pelajar "Open and Distance Leaning" (ODL). Beliau mengingatkan pelajar akan sistem sokongan dan talian hayat yang disediakan oleh PP Perak sekiranya pelajar menghadapi sebarang kemusykilan semasa belajar di OUM.

Pelajar-pelajar baru yang nampak serius ini sedang memberi tumpuan mereka pada sesi taklimat

Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya mematuhi peraturan universiti dan sentiasa merujuk kepada buku panduan pelajar yang boleh muat-turunkan melalui portal "Learning Management System OUM" (MyLMS).

Salah seorang pelajar baru yang dipilih untuk bacaan doa. Di sebelah kirinya ialah Puan Murni, Penolong Pengarah PP Perak.

Sesi taklimat tamat pada jam 11.30pg dan disambung dengan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh Puan Murni iaitu Penolong Pengarah PP Perak. Selepas selesai sesi pendaftaran pelajar-pelajar telah dibekalkan dengan modul untuk dibuat persediaan sebelum bermulanya tutorial 1 pada 14hb Sept 2008.

Sister Hamidah, salah seorang pelajar yang ditawarkan program Bachelor of Nursing Science, sedang menjamu selera sarapan pagi bersama pelajar-pelajar baru lain.

Bagi membolehkan pelajar berjinak dengan sistem pembelajaran di OUM, satu bengkel akan diadakan pada 23 Ogos dari jam 8.00pg hingga 12.30tgh. Disebelah tengaharinya pula akan disambung dengan majlis suaikenal pelajar yang akan bermula pada jam 2.00ptg hingga 4.30ptg. Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar baru.

Pihak OUM sentiasa perihatin dengan pelajar-pelajarnya dan diharap bengkel yang disediakan akan memanfaatkan pelajar-pelajar baru ini.

Wednesday, August 13, 2008

Hari Pendaftaran dan Pengambilan Modul Pelajar Senior OUM Perak

9 dan 10 Ogos merupakan hari Pendaftaran dan Pengambilan Modul bagi pelajar senior OUM Perak. Pelajar tajaan KPM telah ditetapkan untuk hadir pada 9 Ogos dan pelajar lain pada 10 Ogos bagi membolehkan pendaftaran dijalankan secara teratur. Akan tetapi 9 Ogos juga merupakan hari sekolah dan oleh kerana itu kaunter pendaftaran agak lengang di sebelah paginya.

Beginilah kaunter pendaftaran pelajar dengan sistem komputer yang disambungkan ke Internet bagi menyemak maklumat pelajar yang terkini.

Suasana kaunter pengambilan modul

Sdra Sharizal sedang melayan pelajar-pelajar di kaunter pengambilan modul

Pada sebelah petang dan keesokan harinya kaunter pendaftaran dan pengambilan penuh sesak. Akan tetapi sistem pendaftaran dan pengambilan modul telah dipertingkatkan dari semester ke semester. Justeru, setiap pelajar telah dilayan dalam masa tidak lebih dari 3 minit. Ini merupakan KPI OUM Perak dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Kami di OUM Perak akan sentiasa memantau perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkan pelajar merasa selesa belajar di OUM.

Menaikkan belon OUM Perak

Pada pagi 9 Ogos, vendor OUM Perak telah datang untuk mengepam gas hidrogen ke dalam belon OUM Perak supaya ianya dapat dinaikkan ke aras 100 kaki tinggi. Dengan adanya belon ini memudahkan pelajar-pelajar baru serta mereka-mereka yang berminat untuk hadir ke prebiu mencari lokasi kami.

Pekerja vendor sedang mengepam gas ke dalam belon

Belon di atas telah sedia untuk dinaikkan ke paras 100 kaki di atas bangunan OUM Perak di Jalan Lim Bo Seng

Beginilah rupa belon selepas dinaikkan. Ianya dapat dilihat dari jarak 3 km dari persekitaran bandaraya Ipoh