Friday, January 8, 2010

Perjumpaan Pihak Pengurusan Tertinggi OUM dengan Semua Pengarah Pusat Pembelajaran OUM dari seluruh Malaysia

Seperti penggal-penggal lepas, semua Pengarah Pusat Pembelajaran OUM dari seluruh Malaysia telah dijemput hadir ke ibu pejabat OUM di Kuala Lumpur bagi merencanakan apa yang perlu dibuat untuk tahun 2010.

Prof. Dr. Rosli sedang mempengerusikan sesi perjumpaan dengan semua pengarah pusat pembelajaran

Sesi perjumpaan ini merupakan sesi pertama tahun 2010 dan telah diadakan dari 4 Januari hingga 7 Januari. Kesemua pengarah telah hadir dalam perjumpaan ini bagi mendengar taklimat dari berbagai jabatan bagi merungkai segala masalah yang timbul agar pentadbiran tahun 2010 dapat dijalankan dengan licin. Para pengarah juga diberi peluang untuk mencadangkan penambahbaikan proses kerja serta perkhidmatan kepada pelajar.

En. Repin sedang memberikan taklimat mengenai Performance Appraisal dan Performance Rating yang baru

Sesi pertama telah dipengerusikan oleh Naib Presiden OUM iaitu Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir. Beliau mengingatkan semua pengarah supaya sentiasa memberikan penekanan kepada perkhidmatan terbaik kepada pelajar serta meningkatkan aktiviti pemasaran bagi mendapatkan lebih ramai lagi pelajar supaya belajar di OUM. Beliau juga mengkehendakkan semua pusat pembelajaran mengamalkan sistem kerja 5S Jepun iaitu Seiri (sisih), Seiton (susun), Seiso (sapu), Seiketsu (seragam) dan Shitsuke (sentiasa amal).

Prof. Ramli sedang memberikan taklimat perancangan OUM tahun 2010

Sesi 4 empat hari itu juag telah diselitkan dengan taklimat dari Puan Kamariah (Pendaftar), En. Che Omar (Pengawal kewangan), Prof. Ramli (Pengurus Perancangan Korporat), E. Repin Ibrahim (Naib Presiden) serta pesanan dari YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali (Presiden OUM).

Monday, January 4, 2010

YB Dato Hasbullah dalam Majalah OUM Today

Kisah benar YB Dato' Hasbullah Osman, ADUN Temenggor, Gerik mengharungi pembelajaran di Open University Malaysia sehingga akhirnya bergelar graduan telah diberi penghormatan oleh OUM dalam Malajah OUM Today keluaran Januari 2010.

Kisah sepenuhnya dapat dibaca di sini.

Kami warga OUM Perak amat bangga dengan pencapaian YB. Tahniah sekali lagi.

Saturday, January 2, 2010

Hari Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru OUM ambilan Januari 2010

Bagi pihak Open University Malaysia (OUM) Cawangan Perak, saya ucapkan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan untuk belajar dalam berbagai program untuk ambilan semester Januari 2010.

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka di sini



Bagi mereka yang masih belum memohon, anda masih boleh berbuat demikian secara "Walk-in" sehingga 10 Januari 2010. Bagi penawaran serta merta, anda perlu membawa bersama anda semua sijil kelayakan serta surat pengesahan dari majikan.

Seperti pada kebiasaannya, semua pelajar yang telah diterima masuk ke OUM dikehendaki hadir untuk mendengar taklimat dan peraturan universiti. Selepas taklimat, pelajar baru akan membuat pendaftaran secara formal. Pusat taklimat dan pendaftaran adalah seperti berikut:



Pusat Pembelajaran Greenhill
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill
30450 Ipoh Perak.
Tel: Richard Ng, Pengarah OUM Perak (012-5256252)
atau Puan Siti Norjalilah, Pentadbir PP Greenhill (012-6638327)

Peta lokasi PP Greenhill adalah seperti berikut:



Pelajar baru perlu bawa perkara berikut semasa pendaftaran:

1. Kad Pengenalan asal
2. Dua keping gambar berukuran paspot
3. Surat tawaran jika ada
4. Sijil asal kelayakan masuk
5. Surat dari majikan
6. Yuran pendaftaran semester minimum RM700

Selepas pendaftaran disahkan, pelajar akan dibekalkan dengan modul subjek yang ditawarkan untuk persediaan awal sebelum kelas tutorial bermula.

Tarikh Pendaftran: 10 Januari, 2010

Masa: 8.30 pagi

Friday, January 1, 2010

2010 New Year Message from President/Vice-Chancellor


We will soon celebrate the dawn of another year with the hope that 2010 will bring good tidings for the University. It will be another challenging year ahead of us due to the uncertainty in the global economy which affects the nation’s well-being and also indirectly the higher education sector.

In times of crisis such as this, we should remain resilient and stay true to our values. The shared values that we embrace have served us well since we started to enroll students in August 2001. Since then, we have been witnessing a comparatively rapid growth in students’ enrollment as well as our academic programmes. At the same time, we are also proud that OUM is being recognised as a premier open and distance learning (ODL) institution.

We are hopeful that the coming year will bring the desired results of our recent initiatives. Being learner-oriented, we recognise the importance of offering marketable programmes that meet the changing needs of learners and industry. In this respect, we have introduced new programmes to attract a more diverse group of learners. The Master of Instructional Design and Technology (MIDT) programme, for example, has made it possible for OUM to attract learners from around the world as it is conducted totally online.

We are intensifying efforts to promote public awareness of our Recognition of Prior Learning (RPL) initiative which provides the means for those with previously low academic achievement to study at OUM. We were proud to note that almost 20% of our open market intake for 2009 was achieved through this flexible entry mode. We will continue to promote this initiative so that more working people will benefit.

Quality is central in our effort to provide quality programmes and services. To further improve teaching and learning, the Centre for Teaching, Learning and Assessment was set up to oversee continuous improvement in the teaching and learning processes. This is crucial because we must ensure that our learners undergo a rewarding learning experience. Besides recruiting highly qualified faculty members and tutors, the University is planning to acquire new premises as our learning centres; thus providing an enhanced learning environment for our learners. Currently, the University owns 14 such centres with two learning centres to be opened soon in Kuantan and Kuala Terengganu. We are also planning to have our own learning centres in Miri, Alor Setar and Batu Pahat in the next two years.

In our efforts to be a global player in ODL, the University will strengthen its existing international partnerships and at the same time, explore new opportunities in other countries. We are currently collaborating with an institution in Ghana and our partner in Vietnam, to offer academic programmes very soon. This will increase our international presence which we believe will augur well for the University.

Lastly, I would like for all of us to prepare ourselves for change and innovation as the circumstances that we will face in 2010 are more challenging. Nevertheless, as we welcome the New Year, let us inspire ourselves to strive for outstanding achievements in learning, discovery and service for the advancement of our society.

Please accept my best wishes and A Happy New Year.

Professor Emeritus Tan Sri Anuwar Ali

President/Vice-Chancellor

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010

Picture courtesy of Glenn Guan The Star

Wishing all Malaysians a very Happy and Prosperous New Year. May 2010 brings more success and happiness.

Tun Jeanne Abdullah's father dies

Dec 31 2009 (Bernama News)

PETALING JAYA: The father of Tun Jeanne Abdullah, wife of former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, died at his home in Subang Jaya near here at 6.50pm Thursday, said an aide to the former prime minister.

Abdullah and Jeanne posing in a group photograph with (seated from left) Jeanne’s father Matthew Danker, Kamaluddin, Kamaluddin’s wife Azreen Abdullah, (standing from left) Nadene, Nadiah, Khairy, Nori and other family members. Photo courtesy of Bernama

Matthew Danker, 90, leaves behind four children, Jeanne, Rodney, Davo and Susan and three grandchildren, Nadia, Nadene and Nigel.

Jeanne is the eldest in the family.

"He was a very good father and a very gentle person who never raised his voice. He was so patient and he taught us, brothers and sisters, to be close to each other, we are a very close-knit family," Jeanne told Bernama.

She said her father was also an excellent sportsman and among the sports he excelled in was rugby and cricket.

"My dad was truly an all-rounder in sports while at St John’s Institution," she added.

Danker was a stringer with the Malay Mail in the sixties.

The family is arranging for the funeral to take place on Saturday morning at the Assumption Church, near Assunta Hospital in Petaling Jaya.

We would like to convey our heartfelt condolence to the family of Tun Jeanne Abdullah, who is also the Chancellor of Open University Malaysia, on the demise of her loving father.

May his soul rest in peace

Imbasan Detik Manis 2009 OUM Perak

Tahun 2009 adalah tahun yang cukup manis buat warga OUM Perak. Berbagai peristiwa manis yang sempat kami rakamkan buat kenangan pembaca blog di ambang tahun 2010.

Lawatan YBhg Tan Sri Presiden OUM ke Perak

YBhg Tan Sri Anuwar (berdiri kiri) bersama Prof Mansor dan Prof Latifah semasa sesi dialog dengan pelajar di Perak

Peristiwa yang paling manis sekali ilah lawatan YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Anuwar Ali, Presiden and Naib Canselor Open University ke Perak pada 28 Februari 2009. Lawatan Tan Sri membawa rahmat kepada kami kerana hasil dari lawatan ini YBhg Tan Sri telah berkenan meluluskan pembelian bangunan kedua buat OUM Perak bagi menempatkan pelajar PPT Greentown.

Prof Rosli, Naib Presiden OUM (duduk baju biru) sedang memeriksa bilik komputer di bangunan baru PP Greenhill

Bangunan baru ini yang bertempat di Persiaran Greenhill berhampiran dengan Hotel Syuen telah dibeli dengan harga RM3.4 juta pada bulan Julai 2009. Kos pengubahsuaiannya ialah sebanyak RM1.8 juta dimana ia dilengkapi dengan segala kemudahan seperti kemudahan internet dan wifi serta dua buah makmal komputer baru.

PP Greenhill yang akan siap pada 7 Januari 2010

Bangunan ini telah 98% siap dan akan dibuka pada 10 Januari 2010 bagi membolehkan menjalankan sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru ambilan semester Januari 2010. Pusat ini akan dikenali sebagai Pusat Pembelajaran Greenhill.

Gambar kenangan malam Pra-Graduasi 2009 bersama YB zahir (duduk empat dari kiri), Prof. Kidin (kelima) dan Dato Hasbullah (keenam dari kiri)

Pihak OUM Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdra Azhari (kiri) yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis pra-graduasi

Tahun 2009 juga merupakan tahun di mana kali pertama kami adakan Majlis Makan Malam buat graduan OUM Perak. Seramai 180 orang graduan dan keluarga mereka telah hadir. Di antara graduan OUM Perak termasuk YB Dato' Hasbullah Osman, setiausaha politik YAB Timbalan PM Malaysia dan bekas ADUN Kerian, Mohd Salleh Mat Disa. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli Exco Pendidikan Tinggi Perak, YB Zahir Bin Dato' Khalid.

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain, Simpang Pulai

Pengarah OUM Perak Richard Ng sedang menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain

Sambutan Deeparaya telah diadakan tahun ini bagi meraikan pelajar-pelajar OUM serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ain, Simpang Pulai dan anak-anak dari Teresa Reading Shelter, Buntong. Pihak OUM juga telah menghulurkan sumbangan kepada kedua-dua organisasi ini hasil kutipan derma dari pelajar OUM serta sumbangan ikhlas OUM.

Para tutor dan pelajar OUM Perak semasa pertandingan Bowling

Aktiviti riadah yang sempat kami jalankan tahun ini ialah Sukan Bowling yang telah diadakan di Greentown Bowling Centre Ipoh di mana lebih dari 35 orang pelajar, tutor dan Staf OUM Perak telah mengambil bahagian.

Gambar bersama pengantin Erna dan Alan

Juga pada tahun 2009 adalah tahun perkahwinan antara staf kami Erna dan Alan. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hingga ke cucut cicit.

Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan untuk pelajar baru

Bengkel Kecemerlangan Matematik

Seperti tahun-tahun lepas pihak OUM Perak tidak ketinggalan dalam menganjurkan bengkel Matematik, bengkel peperiksaan serta bengkel kemahiran belajar bagi mencemerlangakn pelajar-pelajar OUM Perak.

Blog Matematik Pengurusan yang mencatatkan bilangan hit tertinggi dalam sehari menjangkaui 500

OUM Perak juga telah mewujudkan blog Matematik Pengurusan iaitu http://bbmp-1103.blogspot.com di mana kelip video telah dimuatkan bagi membolehkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini membuat ulangkaji. Blog ini telah mencatatkan bilangan hit tertinggi sehari sebelum peperiksaan iaitu menjangkaui 500.



Pihak OUM Perak juga telah menerima berita baik apabila program Ijazah Sarjana Muda Kejururwatan telah mendapat pengiktirafan penuh MQA.

Gambar kenangan di chalet semasa family day di Pulau Pangkor

Bersedia untuk snorkeling

Staf OUM Perak telah bekerja hampir setiap hujung minggu pada tahun 2008 bagi memberi perkhidmatan sokongan terbaik kepada semua pelajar serta tutor OUM Perak. Maka pada 1 Mei 2009, kami semua telah berpakat untuk mengadakan "retreat dan family day" di Pulau Pangkor selama 3 hari. Justeru, pada tiga hari inilah, pihak kami tidak menjawab sebarang panggilan telefon serta email daripada warga OUM.

Harapan kami untuk tahun 2010 adalah semoga kami dapat menambahbaik perkhidmatan kami kepada semua pelajar dan tutor OUM Perak agar pelajar-pelajar kami mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini adalah azam tahun baru kami dan dengan kerjasama semua pelajar, tutor dan staf, kami akan dapat memberikan yang terbaik Insya Allah.

Bagi pihak semua staf OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua pelajar, tutor serta pembaca blog OUM Perak.