Sunday, August 29, 2010

Salam Merdeka dari OUM Perak



Tanggal 31 Ogos 2010 akan menyaksikan warga Malaysia di seleruh dunia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan negara kita yang ke 53. Selaras dengan tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu "1 Malaysia Menjana Transformasi", marilah kita sama-sama merealisasikan impian Perdana Menteri kita dengan slogan "1 Malaysia"nya untuk melihat seluruh rakyat jelata menggembeling tenaga bagi menjana transformasi ke arah kemakmuran dan kebahagiaan kita bersama tanpa mengira kaum dan agama.

Merdeka Merdeka Merdeka ... gambar ehsan Malaysiakini

Tinggal hanya 10 tahun lagi bagi negara kita menuju ke arah Wawasan 2020. Justeru, tema ini amat bertepatan sekali mengajak kita supaya bersedia untuk mengorak langkah ke arah sebuah negara yang maju.

Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Disertakan di sini klip video lagu-lagu patriotik untuk sama-sama kita nyanyikan serta imbas maksud yang tersirat.

Klip Video Lagu Tanggal 31:



Klip Video Keranamu Malaysia:

Thursday, August 26, 2010

Sesi Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru OUM ambilan semester September 2010

Ogos 26, 2010

Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak

Pihak OUM Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan berbagai kursus ambilan semester Mei 2010.

Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

Seramai 100 orang pelajar dijangka akan hadir pada hari Ahad 5 September 2010 untuk mendengar taklimat mengenai OUM sebelum sesi pendaftaran dijalankan. Pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda dikehendaki hadir pada jam 8.30 pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.

Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui pautan berikut:

http://onlineapps1.oum.edu.my/quality/login_db_accept.asp

Taipkan nombor kad pengenalan anda dan klik "Check Status".

Jika anda berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM, anda akan dapat melihat skrin seperti di bawah:


Pastikan anda cetak surat tawaran dan segala borang yang dikehendaki. Lengkapkan borang ini dan bawa bersama anda semasa sesi pendaftaran bagi melicinkan proses pendaftaran anda.

Bagi mereka yang melihat skrin seperti di bawah:


Sila hubungi kami di OUM Perak melalui talian: 05-2546006 atau 05-2490920 untuk keterangan dan semakan lanjut.



Taklimat serta pendaftaran akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill iaitu pusat pembelajaran terbaru OUM Perak. Alamat pusat pembelajaran ini ialah No. 55 - 57, Persiaran Greenhil, 30450 Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi kiranya terdapat sebarang kemusykilan ialah: 05-2490290 atau 05-2490292. Sila hubungi Pentadbir kami iaitu Puan Siti Norjalilah atau Puan Erna. Peta lokasi pusat ini adalah seperti di bawah.

Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill

Pelajar baru dinasihatkan untuk membawa bersama anda perkara berikut semasa membuat pendaftaran:

1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran serta semua dokumen yang diperlukan
3. Sijil kelayakan asal
4. Yuran pengajian minimum RM700

Semua pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda diingatkan supaya hadir pada jam 8.30pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.

Sesi taklimat dan pendaftaran untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dijangka tamat pada jam 12.30tgh.

Bagi mereka yang berminat untuk belajar di OUM untuk sesi ambilan semester September 2010, tarikh tutup permohonan ialah pada 3 September. Anda juga boleh hadir pada 5 September untuk membuat pendaftaran secara "walk-in" dengan syarat anda layak dan anda ada membawa segala dokumen yang diperlukan beserta dengan pembayaran minimum RM700.

Bagi mereka yang memiliki sijil SPM atau PMR dan berumur tidak kurang dari 21 tahun pada 1 Januari 2010, anda dikehendaki menduduki satu ujian kemasukan "Flexible Entry" terlebih dahulu. Keterangan lanjut ujian ini ada di sini: http://capl.oum.edu.my/v3/index.php?op=view&m=6&page=83

Jalur Gemilang lambang patriotisme — Lee Lam Thye (Malaysian Insider)

August 26, 2010



26 OGOS — Sambutan bulan kemerdekaan telah bermula pada minggu lalu. Inilah masanya untuk rakyat Malaysia berbilang bangsa memaparkan semangat patriotik dan kasih sayang terhadap negara.

Bukan dengan cara paksaan, tetapi secara sukarela menyambut hari kemerdekaan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, apatah lagi negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53.

Pada ketika negara merayakan sambutan kemerdekaan, inilah masa yang sesuai untuk seluruh rakyat menunjukkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan perasaan penuh bangga dan ikhlas.

Menyemai kebanggaan pada bendera merupakan salah satu ciri penting dalam pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bendera kebangsaan kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme yang dapat membantu usaha-usaha ke arah mempromosikan dan mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dalam sebuah negara kita yang berbilang kaum, agama dan budaya ini.

Jalur Gemilang melambangkan kesetiaan, kesatuan dan patriotisme. Jadi, penting untuk kita menanam semangat dan nilai-nilai nasionalisme serta patriotisme ini dalam kalangan generasi muda.

Salah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita patriotik dan bersemangat nasionalisme adalah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera.

Menganjurkan kempen “Cintakan Bendera Kita” di sekolah dan dalam kalangan anak-anak muda mustahak bagi memberikan mereka kefahaman tentang kepentingan bendera kebangsaan dan maksud di sebaliknya. Ia tidak seharusnya diadakan hanya sempena sambutan hari kemerdekaan, malah sepanjang tahun.

Bagi generasi muda, hari kebangsaan membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan. Ia melambangkan pengorbanan serta kebanggaan dengan apa yang telah dicapai selama ini.

Agak membimbangkan apabila kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar tempatan tidak lama dulu menunjukkan walaupun kebanyakan generasi muda terutama yang lahir selepas 1957 mempunyai semangat patriotik, namun mereka masih tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan.

Bagi mereka, hari kemerdekaan hanya satu lagi cuti am iaitu hari di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah. Hanya segelintir benar-benar memahami maksud hari kemerdekaan ini.

Oleh itu, lebih banyak usaha harus dilakukan untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka, menghargai serta menghayati erti sebenar kemerdekaan.

Setelah memperkatakan mengenai bendera kebangsaan dan pentingnya ia sebagai simbol negara, mengibar Jalur Gemilang bukanlah satu-satunya cara menunjukkan semangat patriotik kepada negara.

Rakyat Malaysia boleh memaparkan semangat patriotik mereka dalam kehidupan seharian, dalam pemikiran, percakapan dan tindakan bagi membela dan mempertahankan kepentingan negara.

Rakyat Malaysia juga boleh mempamerkan semangat patriotik mereka dengan menyumbangkan pendapat dalam apa yang mereka rasakan baik dan sihat untuk negara.

Menyatakan perasaan melalui saluran yang betul merupakan satu hak yang seharusnya diamalkan oleh semua rakyat Malaysia yang patriotik, yang cintakan negara dan inginkan yang terbaik untuk negara.

Dalam pada kita memperingati 53 tahun ulang tahun kemerdekaan negara, kita hendaklah mengimbas kembali segala usaha kita dalam membina negara pada zaman silam dan bersedia mengharungi cabaran-cabaran yang datang.

Rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang bangsa dan agama berbeza seharusnya memperbaharui azam mereka untuk membina sebuah negara yang harmoni, bersatu padu dan progresif.

Sambutan hari kemerdekaan sepatutnya menjadi tenaga perpaduan yang boleh membawa rakyat berbilang kaum bersatu padu ke arah satu matlamat sekali gus merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Setelah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali mesti terus berusaha ke arah mencapai gagasan 1 Malaysia dengan persefahaman dan perkongsian matlamat seluruh rakyat Malaysia, tanpa melihat kepada perbezaan agama, kaum dan budaya untuk menikmati hidup yang harmoni di bumi Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia seharusnya mempunyai elemen utama seperti persefahaman yang sama, hormat menghormati serta kepercayaan di antara satu sama lain di dalam masyarakat majmuk, di samping menjunjung Perlembagaan dan Rukun Negara.

Marilah kita memastikan setiap rakyat Malaysia berganding bahu bagi membina perpaduan melalui penghayatan gagasan 1 Malaysia. Kita harus mula menyuarakan dalam satu suara yang merangkumi semua kumpulan etnik.

Marilah juga kita memberikan komitmen dalam mempromosikan gagasan 1 Malaysia berpaksikan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mengira kaum, warna kulit atau fahaman politik. — Utusan Malaysia

* Tan Sri Lee Lam Thye ialah Pemegang Amanah Yayasan 1 Malaysia.

Tuesday, August 24, 2010

Konvokesyen ke 9 OUM


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Pihak OUM dengan sukacitanya menjemput anda untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Ke 9 (MK9) yang akan diadakan mulai Sabtu, 20 November 2010 hingga Selasa, 23 November 2010 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda hanya akan dibenarkan hadir ke MK9 sekiranya:-

* Tiada bayaran/yuran tertunggak (Sila jelaskan tunggakan sebelum 5 November 2010, sekiranya ada)

* Memulangkan semua buku yang telah dipinjam

* Membayar Yuran Konvokesyen

Tarikh Semakan:

Mulai 30 Ogos 2010 bagi pelajar yang telah menyempurnakan pengajian pada Semester Januari 2010

Mulai 20 Oktober 2010 bagi pelajar yang telah menyempurnakan pengajian pada Semester Mei 2010

Semak Status: Sila klik di sini

Jadual Pengambilan Pakaian: Sila klik di sini

Sijil Ijazah/Diploma Dan Transkrip Akademik Rasmi

1. Cetakan nama di dokumen Graduan adalah berdasarkan kepada rekod sedia ada. Sebarang pembetulan hendaklah dimaklumkan kepada pihak Unit Rekod dan Operasi (no tel: 03- 27732430/ 2428/ 2429 atau melalui faks ke talian 03-2697 8795) sebelum 15 September 2010.

2. Sijil Ijazah/Diploma dan Transkrip akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi pemulangan pakaian akademik iaitu setelah Graduan menjelaskan semua bayaran tertunggak dan memulangkan pakaian akademik

3. Pengambilan Melalui Wakil

* Permohonan rasmi boleh dibuat dengan menulis kepada Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan), Unit Penilaian dan Peperiksaan, Registri, Open Universiti Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

* Surat tersebut hendaklah ditandatangani oleh oleh seorang saksi, terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A atau Pesuruhjaya Sumpah.

* Sila lampirkan salinan dokumen pengenalan diri bersama dengan surat tersebut dan diserahkan kepada Petugas OUM.

* Pihak OUM berhak untuk menolak permohonan tersebut jika didapati ianya tidak lengkap.

4. Penghantaran Melalui Pos

* Penghantaran melalui pos akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM 10.00 (Semenanjung) dan RM 15.00 (Sabah & Sarawak)

* Atas sebab-sebab keselamatan, skrol dan transkrip akan diposkan ke Pusat Pembelajaran graduan yang terdekat

5. Pengambilan oleh wakil dan penghantaran melalui pos amat tidak digalakkan. Justeru OUM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan dokumen berkenaan.

6. Graduan dinasihatkan supaya menyimpan sijil ijazah/diploma dengan selamat kerana sijil gantian tidak akan dikeluarkan.

Kad Jemputan Tetamu Graduan

1. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk 2 orang tetamu ke dalam dewan. Kad Jemputan ( 2 keping) akan diedarkan kepada Graduan semasa sesi Pengambilan Pakaian Akademik.

2. Para Graduan diingatkan supaya dapat memastikan para tetamu mereka mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Kad Jemputan.

3. Tetamu Graduan yang lain boleh menyaksikan upacara Majlis Konvokesyen melalui CCTV yang akan disediakan oleh pihak OUM di luar Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Pertanyaan

1. Majlis Konvokesyen, Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik Rasmi

* Unit Penilaian dan Peperiksaan di talian 03-27732626, 2757 dan 2764

2. Pengambilan/Pemulangan Pakaian Akademik

* En. Mahfar A. Rahman 03-27732078
* Pn. Siti Yusna Mohd Yunos 03-27732438
* Pn. Khairani Ab. Razak 03-27732788
* En. Mohd Nasir Selamat 03-27732322

3. Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran Tertunggak

* Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

o Encik Syahrul Effendi Bin Sulaiman 03-27732036
o Cik Norafizah Binti Omar 03-27732282

* Open Market

o Puan Ahazawiyah Binti Bahrom 03-2773203
o Puan Muzliati Binti Ahmad Murad 03-27732343

* Sarjana

o Puan Parameswary A/p Raja Manikam 03-27732472
o Puan Haslinda Binti Haron 03-27732422

4. Unit Pengurusan Konvokesyen

* Laila Sukma Ngah 03-27732080
* Suhaimi Jamaluddin 03-27732752
* Norlin Mohd Nordin 03-27732249

Sunday, August 22, 2010

OUM kini 10 tahun

Petikan dari Portal OUM:

In conjunction with the University’s 10th anniversary celebrations, OUM Today speaks to the top management and people at the grassroots to trace its rapid rise over the years. Here is OUM’s story.

It all began with an idea mooted by Royal Prof Ungku Aziz, which was later articulated in a working paper The Way Forward presented to the Malaysian Business Council by the then Prime Minister Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad in 1991.

OUM operates from Technology Park Malaysia during its earlier days

But the establishment of the country’s first open and distance learning university only materialised in 2000, following the formation of Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) in the late 1990s. The establishment of METEOR saw the beginning of a strategic relationship among the 11 public universities which were instrumental in contributing funds and resources to set up METEOR.

Staff sorting out students' applications at the University's office in Akademi Pengajian Islam

In the early days, METEOR operated from the Chancellory in Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. The staff was skeletal, the physical infrastructure basic. Later, it moved to Technology Park Malaysia in Bukit Jalil, KL. Following the approval of the University’s constitution in August 2000, the first batch of students was accepted in August the following year.

Soft launch of OUM in 2001

Between 2000 and 2001, the University operated from its new location at Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, and in 2002, moved to its permanent campus in Jalan Tun Ismail.

From then on, things looked up for the University as it started on its journey of expansion, growing from a small entity into a respectable institution. Today, it is the premier ODL institution in the country. Within a short span of 10 years, the cumulative student enrolment swelled from 753 in 2001 to 94,000 in 2010. From a skeletal staff of 26, the number is now more than 600.

The toil and sweat of its pioneers have not been for nothing. Over the past 10 years, the University has chalked up many successes and left its mark in several parts of the world as it strives to be a global education provider.

The first assembly at the main campus

OUM now has students all over the country, gathering in 48 learning centres nationwide, usually during weekends. The University also offers programmes for international learners through its learning centres in Yemen, Bahrain, Maldives, Ghana, Sri Lanka and Hungary.

Clearly, OUM has come a long way since those early, struggling years. The University has achieved much during its decade of existence, all of which would not be possible without the dedication and commitment of its management and staff.

What of the next decade? The future beckons. The University hopes to continue harnessing its strengths and leveraging on technology to give it the competitive edge as it moves boldly into the future.

Thursday, August 19, 2010

Warga OUM Perak menyambut berita gembira di bulan Ramadhan Al-Mubarak



Ahad lepas 15 Ogos 2010, warga OUM Perak telah menerima satu berita gembira di mana Puan Zura, eksekutif kanan, telah selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua. Dengan kehadiran Ammar Haqim, 3.5kg, pada jam 6.15ptg, warga OUM Perak kian bertambah besar.

Kami amat bersyukur kerana ibu serta anak berada dalam keadaan sihat. Kepada keluarga Puan Zura, kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Wednesday, August 18, 2010

Perancangan Bijak ke Arah Kejayaan

Sesi Semester September 2010 kian menjelang tiba walaupun masih ada lagi pelajar OUM yang masih mengambil peperiksaan akhir semester Mei sehingga 27 Ogos 2010. Hari pendaftaran dan pengambilan modul di OUM Perak telah ditetapkan pada 22 Ogos untuk pelajar BPG dan 29 Ogos untuk pelajar lain.

Sebahagian dari pelajar OUM Perak yang hadir semasa hari pendaftaran dengan penuh semangat

Seperti biasa pada hari pendaftaran pelajar dikehendaki menjelaskan yuran semester mereka yang mana jumlahnya bergantung kepada bilangan subjek serta tahun pengajian. Bagi kebanyakan pelajar OUM yang akan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi dan kebetulan bertembung dengan semester September pula kali ini, maka perancangan yang bijak perlu dibuat dari segi kewangan mereka.

Suasana Majlis Konvokesyen OUM

Masalah kewangan sering menjadi salah satu faktor di mana ramai pelajar memohon untuk menangguh pengajian mereka. Ini berlaku kerana tidak ada perancangan yang bijak dilakukan dalam hal mengurus kewangan. Jangan kerana masalah ini cita-cita kita untuk mendapatkan segulung ijazah tidak kesampaian.

Salah satu sesi tutorial yang dijalankan di OUM Perak

Walau bagaimanapun, OUM memang sentiasa peka dan prihatin akan masalah pelajar. Justeru, berbagai kaedah pembayaran disediakan. Di OUM, pelajar boleh membiayai yuran mereka melalui kaedah berikut:

a. Pinjaman PTPTN
b. Pengeluaran KWSP
c. Simpanan
d. Pinjaman Bank
e. Tajaan

Pelajar juga boleh memilih untuk membuat bayaran melalui kaedah berikut:

a. Tunai
b. Cek dibayar atas nama UNITEM
c. Kad Kredit
d. Secara Online
e. Melalui Bank Islam

Pelajar yang ingin membuat pinjaman PTPTN mestilah memenuhi syarat berikut:

a. Berumur tidak melebihi 45 tahun
b. Program pembelajaran Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
c. Kemasukan secara langsung iaitu sijil STPM atau Diploma

Laman web PTPTN

Pelajar boleh membuat permohonan secara online melalui laman web: www.ptptn.gov.my. Biasanya pinjaman ini mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan untuk mendapatkan kelulusan.

Bagi pelajar yang mempunyai simpanan akaun 2 KWSP yang mencukupi bolehlah membuat permohonan memlalui pejabat KWSP yang berhampiran. Pelajar dikehendaki mendapatkan surat tawaran dan pengesahan dari OUM dengan membuat permohonan melalui e-CRM yang terdapat dalam myVLE mereka.

Bagi pelajar yang bercadang untuk membayar melalui simpanan sendiri adalah dinasihatkan untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya RM400 sebulan. Simpanan yang mencukupi bila dibayar sebelum hari Tutorial pertama akan diberi diskaun sebanyak 10%. Sila lihat Jadual di bawah:

Sila klik pada jadual untuk melihat imej yang besar

Bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan seperti berikut:

Contoh: 1 (Pilihan 3 subjek) = RM1,845.00*.

Bayar RM700 semasa pendaftaran dan baki sebanyak RM1,145.00 dibayar secara ansuran setiap bulan sebelum tamat semester.

Contoh: 2 (Pilihan 2 subjek) = RM1,270.00*.

Bayar RM700 semasa pendaftaran dan baki sebanyak RM570.00 dibayar secara ansuran setiap bulan sebelum tamat semester.

Contoh: 3 (Pilihan 1 subjek) = RM695.00*

Bayar sepenuhnya semasa hari pendaftaran dan terima diskaun sebanyak 10% iaitu penjimatan sebanyak RM69.50

Apapun, buatlah perancangan terbaik bagi diri anda agar kita tidak berputih mata.

Untuk keterangan lanjut sila berjumpa dengan Pengarah ataupun Pentadbir OUM Perak.

==========================

Maklumat terbaru mengenai Pinjaman PTPTN dari Sdra MIOR NOORIZHAM FAIRUZ BIN MIOR AZHAM (OUM Induk)

Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN telah mengarahkan pelajar agar membuat permohonan pinjaman PTPTN hanya melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my berkuatkuasa 16 Jun 2010.

Kategori pelajar atau pemohon yang terlibat dan perlu untuk membuat permohonan baru di laman web tersebut adalah seperti berikut :

1. Permohonan baru (pelajar yang belum dan tidak pernah memohon).

1. Pelajar yang telah membuat permohonan baru pinjaman PTPTN online bermula 16 Jun 2010.

1. Permohonan semula bermula 16 Jun 2010 yang disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif”.

Pelajar boleh menggunakan semula nombor PIN yang sama bagi tujuan tersebut. Sekiranya nombor PIN terdahulu tidak boleh diguna semula, pelajar perlu mendapatkan nombor PIN yang baru di mana-mana cawangan BSN.

KATEGORI PELAJAR YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN ARAHAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Tawaran Pinjaman PTPTN bertarikh 22 Jun 2010 dan sebelumnya.

1. Pelajar yang pernah menerima atau telah mendapat bayaran pertama daripada PTPTN.

1. Permohonan yang ditolak disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif” daripada program BITN, BHM & BTRM (sehingga diberitahu kelak).

Sebarang masalah berkaitan sistem permohonan pinjaman PTPTN onlne, sila hubungi PTPTN hotline di talian 03 – 2092 7788.