Friday, December 10, 2010

AAOU 2010 Conference in Hanoi



The following video clips show the slide presentation by Richard Ng at the AAOU 2010 Conference in Hanoi held from 26th Oct to 28th Oct 2010.

Video Clip Part 1:




Video Clip Part 2:



Video Clip Part 3:




Video Clip Part 4:


Thursday, December 9, 2010

Prebiu untuk program OUM ambilan Januari 2011 di Taiping dan Sitiawan


Pendaftaran untuk semua program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah OUM bagi ambilan Januari 2011 sedang dijalankan.



Bagi memudahkan pemohon yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan OUM dan cara untuk mendaftar, pihak OUM Perak akan mengadakan sesi previu dan temuduga di dua tempat iaitu di Taiping pada 11 Disember 2010 dari jam 11pg hingga 2ptg dan di Sitiawan pada 12 Disember 2010 dari jam 10pg hingga 4ptg.

Keterangan lanjut previu adalah seperti berikut:

1. Taiping:



Tempat: Hotel Panorama, Jln Kota, Taiping
Tarikh: 11 Disember 2010
Masa: 11pg hingga 2ptg

Peta Lokasi Hotel Panorama, Taiping


2. Sitiawan:




Tempat: Hotel Crystal, Jln Lumut, Sitiawan
Tarikh: 12 Disember 2010
Masa: 10pg hingga 4ptg

Peta lokasi hotel Crystal, Sitiawan

Orang ramai yang berminat bolehlah datang berjumpa dengan kami dengan membawa sijil asal serta yuran pendaftaran sebanyak RM15 (pendaftaran online) dan RM25 (pendaftaran manual).

Bagi mereka yang tidak mempunyai syarat minimum dan ingin membuat ujian Flexible Entry, perlu membayar RM125.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Ahmad Fahmi 019-4618519 atau 05-2546006.

Wednesday, December 8, 2010

Peperiksaan Akhir Semester Sept 2010 Bermula 9 Disember 2010


Peperiksaan akhir bagi semester September 2010 akan bermula pada 9 Disember 2010 sehingga 31 Disember 2010. Kepada semua pelajar OUM Perak, kami ucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan". Semoga dimudahkan segala yang susah.

Disertakan di sini jadual waktu peperiksaan sebagai panduan pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar diingatkan supaya sentiasa merujuk kepada jadual waktu yang disediakan piahk OUM di myVLE untuk mengetahui perkembangan terkini atau sebarang perubahan yang mungkin timbul.



Di OUM Perak, peperiksaan akan diadakan di dua lokasi iaitu di PP Perak, Jln Lim Bo Seng dan di PP Greenhill. Pastikan pelajar menyemak jadual sehari sebelum peperiksaan. Kiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Zura di talian 05-2546006 atau Puan Siti di talian 05-2490920.

Jadual Peperiksaan 9 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 10 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Jadual Peperiksaan 12 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Jadual Peperiksaan 13 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Jadual Peperiksaan 14 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 15 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)



Jadual Peperiksaan 16 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 17 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 18 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 19 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 20 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 21 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 22 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 23 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 26 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 27 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 28 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 29 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 30 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 31 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

Penambahbaikan Perkhidmatan Untuk Pelajar OUM Perak

Pada tanggal 2 Disember, OUM Perak telah menerima 12 unit komputer baru bagi menggantikan komputer yang telah rosak atau lama dan tidak berfungsi seperti yang dikehendaki.

Sdra Kamaruddin dan Puan Erna sedang sibuk memasang komputer baru ini di PP Greenhill

Kakitangan OUM Perak sedang sibuk memasang komputer baru ini di pusat sumber di PP Perak

Komputer ini adalah bertujuan bagi menggantikan semua komputer dalam Pusat Sumber, bilik makmal komputer dan juga untuk tujuan E-CRM di PP Perak dan PP Greenhill. Justeru, pelajar OUM Perak dapat menggunakan komputer baru ini yang ada dalam pusat sumber ataupun bilamana ingin menggunakan perkhidmatan E-CRM.

Sdra Hamid sedang menguji komputer baru ini bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik

Komputer baru yang telah dipasang di pusat sumber di PP Perak Jalan Lim Bo Seng

Harapan kami di OUM Perak adalah semoga dengan penambahbaikan ini, pelajar OUM Perak akan sentiasa diberi perkhidmatan terbaik untuk keselesaan mereka ketika belajar di OUM Perak.

Komputer baru ini untuk membolehkan pelajar menggunakan khidmat E-CRM yang dipasang di PP Greenhill

Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi OUM induk yang sentiasa prihatin dan memberi penekanan ke tasa perkhidmatan terbaik buat pelajar-pelajar OUM.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah dari OUM Perak

Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Menyambut Maal Hijrah" kepada semua pelajar, tutor dan staf OUM yang beragama Islam.

Sunday, December 5, 2010

Persediaan Peperiksaan Akhir Semester Sept 2010

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari OUM akan menduduki peperiksaan akhir semester bermula dari 9 Disember 2010 hingga 31 Disember 2010.

Pengarah OUM Perak, Richard Ng sedang mengendalikan bengkel bagi subjek OUMH1103

Sebagai persediaan peperiksaan, OUM Perak telah menjalankan bengkel kecemerlangan peperiksaan pada 5 Disember untuk beberapa subjek terpilih di Pusat Pembelajaran Greenhill di Ipoh.

Pelajar disediakan dengan berbagai tips peperiksaan

Lebih dari 100 orang pelajar telah hadir mengikuti bengkel bagi subjek Matematik Persediaan, Pengenalan kepada Statistik. Perakaunan serta Learning Skill for Open and Distance Learners.

Sebahagian dari pelajar yang sedang mengikuti bengkel subjek perakaunan

Bengkel ini ditaja sepenuhnya oleh OUM di mana pelajar akan disediakan dengan bahan pengajian serta sarapan pagi dan minum petang. Ianya telah dikendalikan oleh beberapa orang tutor yang berpengalaman.

Pelajar SBST 1103 sedang mengikuti bengkel yang dikendalikan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng

Peperiksaan percubaan juga telah dijalankan bagi membolehkan pelajar membuat persediaan rapi. Peperiksaan percubaan ini juga membolehkan pihak OUM Perak membantu pelajar dalam menyediakan analisis markah ujian serta strategi menghadapi peperiksaan.

Dengan adanya bengkel diharap pelajar OUM Perak akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang

Wednesday, December 1, 2010

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran OUM diiktiraf JPA

Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian (A6530) telah mendapat pengiktirafan JPA bagi pelajar yang bergraduat mulai 18.1.2010. Sila lihat paparan di bawah yang dipetik dari laman web JPA:

http://pengiktirafan.jpa.gov.my/Sijil/frmSijilIPTA.asp?Bidang=D0000&Negara=M01&Institusi=M0100011&strID=33587

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar:


Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Prasekolah) dengan Kepujian (A6476) telah mendapat pengiktirafan JPA bagi pelajar yang bergraduat mulai 8.12.2009. Sila lihat paparan di bawah yang dipetik dari laman web JPA:

http://pengiktirafan.jpa.gov.my/Sijil/frmSijilIPTA.asp?Bidang=D0000&Negara=M01&Institusi=M0100011&strID=33588

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar: