Friday, September 9, 2011

Jemputan untuk menyertai Pendakian Merdeka Bukit Kledang - 10 Sept 2011

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Sept 2011
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: kaki bukit, Bukit Kledang.

Peta lokasinya adalah seperti berikut:

Klik untuk membesarkan imej

Aturcara sambutan:

1. Berkumpul di kaki bukit - 6.45pg
2. Pendaftaran peserta dan agih makanan, minuman dan bendera - 7pg - 7.30pg
3. Senamrobik - 7pg - 7.30pg
4. Ucapan aluan dan kata nasihat Pengarah OUM Perak - 7.30pg
5. Penyampaian cenderahati kepada Persatuan Kecergasan Perak
6. Pendakian Bukit - 7.45pg - 8.30pg
7. Pemasangan alat dan banner - 8.30pg - 8.45pg
8. Nyanyian Lagu NegaraKu
9. Lafaz Ikrar Rukun Negara
10. Ucapan Patriotik Pengarah OUM Perak
11. Nyanyian Lagu Patriotik:
a) Tanggal 31
b) Jalur Gemilang
c) Berjaya
d) KeranaMu
e) Wawasan 2020
12. Bersurai - 10pg

Thursday, September 8, 2011

Ambilan September 2011 Open University Malaysia - Jemputan Prebiu



Pada warga kerja yang masih mencari-cari kursus yang ingin diambil bagi menaik-taraf kerja, Open University Malaysia (OUM) cawangan Perak akan mengadakan satu prebiu khas seperti berikut:

Tarikh: 11 Sept 2011
Tempat: OUM Perak, No. 55, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak
Tel: 05-2490920 atau 05-2490922
Masa: 10pg - 12tgh - program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan 2.00ptg hingga 4.00ptg - program pasca ijazah

Peta lokasi tempat prebiu adalah seperti berikut:

Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej

Program-program yang ditawarkan di OUM Perak adalah seperti berikut:

Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:

* Bachelor of Business Administration (Hons)
* Bachelor of Management (Hons)
* Bachelor of Accounting (Hons)
* Bachelor of Human Resources Management (Hons)
* Bachelor of Nursing Sciences (Hons)
* Bachelor of Islamic Studies (Hons)
* Bachelor of Occupational Safety & Health Management (Hons)
* Bachelor of Psychology (Hons)
* Bachelor of Early Childhood Education (Hons)
* Diploma in Management
* Diploma in Human Resources Management

Program Pasca Ijazah:

* Master of Business Administration
* Master of Education*
* Doctor of Business Administration



Syarat Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda:

* Lulus STPM dengan 2 prinsip atau
* Lulus Diploma dengan CGPA > 2.0 atau
* Lulus Matrikulasi atau
* Lulus program Foundation

Syarat Kemasukan ke program Diploma:

* Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran

Walau bagaimanapun warga kerja yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja, berumur tidak kurang dari 21 tahun dan memiliki sijil PMR boleh memohon masuk terus ke program Ijazah Sarjana Muda dengan syarat lulus ujian Fleksibel.

Sila bawa semua sijil-sijil kelayakan untuk pendaftaran serta merta.

Bagi mereka yang sudah bersedia untuk berdaftar, bolehlah berbuat demikian secara online:

Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma - klik di sini

Program Pasca Ijazah - klik di sini

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web: www.oum.edu.my atau datang sendiri ke pejabat kami di:

Pusat Pembelajaran Perak
71, Jln Lim Bo Seng, 30300, Ipoh, Perak
Tel: 05-2546006

atau

Pusat Pembelajaran Greenhill
55, Persiaran Greenhill, 30450, Ipoh, Perak
Tel: 05-2490920 atau 05-2490922

Wednesday, September 7, 2011

Pengambilan Modul Untuk Semester Sept 2011

Kepada semua pelajar senior OUM Perak:

Modul untuk semester Sept 2011 boleh diambil mulai 8 Sept 2011 di PP Perak, Jln Lim Bo Seng. Sila bawa bersama anda resit bayaran serta slip mengambil modul. Pihak OUM Perak tidak menyediakan perkhidmatan mencetak slip lagi.



Walaupun pelajar boleh mengambil modul seperti yang dinyatakan di atas, pihak kami amat memerlukan kerjasama semua pelajar supaya dapat mengambil modul seperti berikut:

Pelajar SMP - 10 Sept 2011 (Sabtu)- 8.30pg hingga 4.30ptg

Pelajar Lain - 11 Sept 2011 (Ahad) - 8.30pg hingga 4.30ptg.

Hanya pelajar yang telah mendaftar sebelum 9 Ogos 2011 (iaitu Pengambilan Pertama) sahaja yang boleh mengambil modul. Sila semak slip masing-masing.

Pelajar juga boleh datang mengambil modul selepas dari tarikh tersebut di atas dari hari Selasa hingga Jumaat jam 8.30pg hingga 5.30ptg.

Sambutan Kemerdekaan ke 54 anjuran OUM Perak

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



OUM Perak dengan kerjasama Persatuan Kecergasasan Perak, Alumni OUM Perak dan Persatuan Pelajar OUM Perak akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan ke 54 di Bukit Kledang, Menglembu, Ipoh pada 10 September 2011.

Nyanyian Lagu Patriotik di Bukit Kledang pada tahun 2008

Semua pelajar OUM Perak serta keluarga dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan. Kali terakhir sambutan ini diadakan ialah pada tahun 2008.

Turut serta pada tahun 2008 ialah mantan ADUN Simpang Pulai yang juga pelajar OUM Perak iaitu Sdra Alex Chan

OUM Perak telah pada kali pertama pada tahun 2007 telah menganjurkan Pendakian Merdeka bersama dengan Lions Club of Perak Silver State.

Kumpulan pendaki pada 4 Ogos 2007

Objektif pendakian bukit ini ialah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kemerdekaan yang kita kecapi sejak 31 Ogos 1957. Di samping itu ia juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan staf OUM Perak serta merapatkan kiat dengan masayarakat. Pendakian ini juga dapat memupuk semangat patriotik serta menaikkan taraf kesihatan kita.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Sept 2011
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: kaki bukit, Bukit Kledang.

Peta lokasinya adalah seperti berikut:

Klik untuk membesarkan imej

Aturcara sambutan:

1. Berkumpul di kaki bukit - 6.45pg
2. Pendaftaran peserta dan agih makanan, minuman dan bendera - 7pg - 7.30pg
3. Senamrobik - 7pg - 7.30pg
4. Ucapan aluan dan kata nasihat Pengarah OUM Perak - 7.30pg
5. Penyampaian cenderahati kepada Persatuan Kecergasan Perak
6. Pendakian Bukit - 7.45pg - 8.30pg
7. Pemasangan alat dan banner - 8.30pg - 8.45pg
8. Nyanyian Lagu NegaraKu
9. Lafaz Ikrar Rukun Negara
10. Ucapan Patriotik Pengarah OUM Perak
11. Nyanyian Lagu Patriotik:
a) Tanggal 31
b) Jalur Gemilang
c) Berjaya
d) KeranaMu
e) Wawasan 2020
12. Bersurai - 10pg

Monday, September 5, 2011

Selamat Pengantin Baru --> Sharizal dan Ida Zurina



Warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada staf OUM Perak iaitu Sdra Sharizal Bin Mohd Yunus.

Majlis Perkahwinan di antara Sharizal dan pasangannya Ida Zurina Binti Hassan Basri telah disempurnakan semalam 4 September 2011. Lebih dari 1,000 orang sanak saudara dan sahabat handai telah hadir bagi menyerikan majlis ini.



Turut hadir, staf-staf OUM Perak dan juga Pengarahnya, Dr. Richard Ng.

Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan dikekalkan hingga ke cucu cicit piut.

Tahniah dari kami OUM Perak.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari OUM PeraK


Kepada semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak diucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin". Kepada yang kunjung mengunjung, berhati-hati di jalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat. Kepada yang lain diucapkan "Selamat Bercuti dan Beristirihat". Semoga anda semua ceria di sisi keluarga tersayang.

Operasi OUM Perak akan ditutup dari 29 Ogos hingga 1 Sept 2011 (bergantung kepada tarikh Hari Raya).

Pudu Sentral ganti Pudu Raya
Nama baru mencerminkan imejnya
Hari Raya kian menjelma
Semoga bahagia disisi keluarga

Negara Aman Rakyat Sejahtera
Slogan 1 Malaysia Satukan Rakyat
Jangan lupa periksa kereta
Pandu cermat jiwa selamat

Tuesday, August 16, 2011

Prebiu Ambilan Sept 2011 Open University Malaysia - Sitiawan dan Teluk Intan



Open University Malaysia cawangan Perak dalam usaha untuk memberi peluang pengajian tinggi kepada warga kerja Perak akan mengadakan prebiu pada hujung minggu ini.

Prebiu pada 20 Ogos 2011 akan diadakan di Sitiawan mulai jam 10pg. Warga kerja yang berusia lebih dari 21 tahun pada 1 Jan 2011, mempunyai pengalaman bekerja serta memiliki sijil sekurang-kurang PMR dialu-alukan untuk hadir ke prebiu ini bagi mengetahui dengan lebih dekat akan peluang-peluang pengajian yang tersadai luas.

Prebiu di Sitiawan akan diadakan di Hotel Crystal, Sitiawan iaitu beralamat di No. 1, Jalan Lumut, Sitiawan, Perak. Peta lokasinya adalah seperti di bawah:

Peta lokasi Hotel Crystal, Sitiawan. Klik untuk melihat imej yang besar

Pada 21 Ogos 2011 pula, warga kerja berhampiran kawasan Teluk Intan dijemput hadir untuk mendengar taklimat peluang pengajian mulai jam 10pg bertempat di Hotel Anson, iaitu di Jalan Sekolah, berhampiran gedong The Store, Teluk Intan. Peta lokasinya adalah seperti di bawah:

Peta lokasi Hotel Anson, Teluk Intan. Klik untuk melihat imej yang besar

Mereka yang berminat dan ingin berdaftar adalah dinasihatkan untuk membawa salinan fotostat Kad Pengenalan, sijil kelayakan serta yuran pendaftaran RM30 (wang pos atau tunai) semasa menghadiri prebiu.

Pada minggu lepas, prebiu telah diadakan di Ipoh dan Taiping di mana lebih dari 25 orang telah berdaftar serta merta. Tarikh tutup pendafataran ialah pada 20 Sept 2011.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng (012-5256252) atau Eksekutif Pemasaran, En. Ahmad Fahmi (019-4618519 atau Pejabat OUM Perak 05-2546006 dan 05-2490920.