Tuesday, January 10, 2012

Pendaftaran Untuk Ambilan Jan 2012 Open University Malaysia (Perak)



Pendaftaran untuk ambilan semester Januari 2012 sedang dijalankan. Program yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan, IT, Saikologi, Pengajian Islam, Pendidikan, Pendidikan awal kanak-kanak serta Keselamatan di tempat kerja.



Bagi memudahkan orang ramai yang berminat untuk belajar di OUM dijemput hadir ke previu yang akan diadakan pada 14 Jan 2012 jam 10pg (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan 2ptg (program Ijazah Sarjana MBA dan MED serta PhD, DBA dan EDD) bertempat di Pusat Pembelajaran Greenhill (sila lihat peta lokasi di bawah).

Peta Lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak:

Sila klik untuk membesarkan imej

Previu juga akan diadakan di Majung, Perak iaitu di Lead View Hotel, No. 2479, Taman samudera, Jalan Lumut, Manjung, 32040 Perak pada 15 Jan 2012 dari jam 10 pagi hingga 4 petang. (Sila lihat peta lokasi di bawah).

Peta Lokasi Lead View Hotel, Manjung, Perak:

Sila klik untuk membesarkan imej

Orang ramai berpeluang berjumpa dengan Pengarah OUM Perak untuk bertanyakan semasa menghadiri previu. Bagi mereka yang berminat bolehlah membawa sijil kelayakan untuk dipertimbangkan. Mereka yang layak akan diberi Surat Tawaran pada hari yang sama.

Program Diploma yang ditawarkan OUM dapat dilihat di pautan berikut:

http://www.oum.edu.my/oum/v2/studyOUM004a.html

Syarat kemasukan ke program Diploma:

a) Lulus SPM/SPVM dengan 3 kredit ATAU

b) Lain-lain kelayakan yang diiktiraf kerajaan.


Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan OUM dapat dilihat di pautan berikut:

http://www.oum.edu.my/oum/v2/studyOUM004a.html

Syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda:

Kemasukan Biasa:

a) Lulus SPM/SPVM with 2 jam kredit ; DAN
b) Lulus STPM/HSC dengan sekuran-kurangnya 2 prinsip atau yang diiktiraf
c) Lulus Diploma yang diiktiraf MQA; atau
d) Lulus dengan sijil Matrikulasi

Kemasukan Fleksibel:

a) Berumur sekurangnya 21 tahun pada 1 Januari 2012 (tahu memohon); DAN

b) Memiliki sijil PMR atau kelayakan lain yang diiktiraf DAN
c) Memiliki pengalaman kerja DAN / ATAU ilmu pengetahuan yang relevan

Sila bawa semua sijil kelayakan semasa hadir untuk pendaftaran segera. Yuran pendaftaran adalah RM30 untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan RM50 untuk program Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 25 Jan 2012. Taklimat dan bengkel kemahiran belajar akan dijalankan pada 28 Jan 2012.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi OUM Perak: 05-2546006 atau Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng HP: 012-5256252 atau layari laman web www.oum.edu.my

Iklan dalam Akhbar Sin Chew Jit Poh: http://www.box.com/s/vk05z5tc627vpgao9pzd#/shared/vk05z5tc627vpgao9pzd/1/185488413/1395809661/1

Iklan dalam Akhbar The Sun: http://www.box.com/s/vk05z5tc627vpgao9pzd#/shared/vk05z5tc627vpgao9pzd/1/185488413/1395809217/1

Iklan dalam Akhbar Tamil Nesan: http://www.box.com/s/vk05z5tc627vpgao9pzd#/shared/vk05z5tc627vpgao9pzd/1/185488413/1395808525/1

Monday, January 9, 2012

OUM Perak anjurkan Program Senamrobik 2012 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Ipoh



OUM Perak mengambil langkah ke arah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan Program Senamrobik 2012 untuk warga Ipoh.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Jln Tambun, Ipoh pada 7 Jan 2012 dari pukul 7.30pg hingga 8.30pg.



Pengambilan Kemeja T percuma dari OUM



Sebahagian dari lebih 200 peserta di gelanggang senamrobik

Ini merupakan hari Sabtu pertama bagi tahun 2012 dan program ini diharap akan menjadi "Kick-Start" kepada semua warga Ipoh untuk mula menjalankan hidup yang sihat secara bersenam setiap minggu.

Klip video senamrobik:



Pihak pengurusan dan pemasaran OUM Induk telah bersetuju menaja kemeja 'T' untuk semua peserta senamrobik. Pihak OUM Perak menjangkakan seramai 150 orang peserta akan hadir. Akan tetapi pada hari tersebut lebih dari 200 orang telah hadir dan ada yang kecewa tidak mendapat kemeja tersebut. Apapun mereka turut menyertai senamrobik di bawah pimpinan jurulatih Puan Jamunarani yang juga graduan OUM Perak.

Klip Video Senamrobik:



Para peserta telah berkumpul di taman ini sejak 7pg lagi. Setiap peserta diberikan satu borang untuk diisi bagi menuntut kemeja 'T' serta melayakkan diri untuk 3 cabutan bertuah yang disediakan oleh OUM.



Di antara para peserta yang hadir termasuk pelajar dan staf OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, yang turut mengambil bahagian dalam senamrobik telah memberi ucapan ringkas semasa sesi senamrobik ini.

Klip video Ucapan Pengarah OUM Perak:



Beliau mengucapkan "Selamat Tahun Baru" pada semua warga Ipoh yang hadir dan menasihatkan semua supaya mengamalkan hidup sihat dengan menjadikan amalan ini azam tahun baru. Beliau juga memperkenalkan OUM kepada para peserta dan menjemput mereka yang berminat untuk belajar di OUM. Selepas itu, cabutan bertuah telah dibuat untuk 3 peserta yang bertuah.





Selepas tamat sesi senamrobik, satu sesi gambarfoto telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Pasukan Senamrobik dari Persatuan Kecergasan Perak serta pelajar dan staf OUM Perak telah berkumpul di Restoran Wanggey di Greentown Ipoh untuk sarapan pagi sebelum bersurai.



Acara senamrobik anjuran OUM Perak akan diteruskan di Taiping Lake Garden pada 5 Februari 2012 jam 7 pagi. Seminggu sebelum ini iaitu pada 31 Dis 2011, OUM Perak telah menganjurkan pendakian Bukit Bangkong di Tanah Hitam, Perak yang disertai lebih dari 80 orang.

Sunday, January 8, 2012

Pendaftaran dan Pengambilan Modul Pelajar Senior OUM Perak Semester Jan 2012 berjalan dengan lancar



Seramai 916 orang pelajar senior OUM Perak telah hadir mendaftar dan mengambil modul dalam operasi dua hari pada 7 dan 8 Jan 2012.

Proses pendaftaran dan pengambilan modul berjalan dengan amat lancar kali ini kerana pelajar telah mengikut prosidur yang telah ditetapkan oleh pihak OUM Perak. Operasi berjalan dengan baik dan teratur juga disebabkan oleh adanya kaunter Bank Islam kali ini di OUM Perak bagi membantu pelajar membuat bayaran tunai.



Kebanyakan pelajar juga telah membawa slip pengambilan modul serta resit bayaran dan ini memudahkan lagi proses pengambilan modul.



Pihak OUM Perak juga telah menyediakan lebih banyak kaunter penyemakan bayaran serta mengambil lebih staf sambilan bagi membantu mengagihkan modul. Syabas pada semua pelajar serta kakitangan OUM Perak yang telah menjayakan proses pendaftaran ini.



Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang belum hadir untuk mendaftarkan diri bagi semester Jan 2012. Mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan kadar segera supaya tidak menjejaskan pengajian mereka.

Pelajar yang bayar awal akan diberikan diskaun dan ini dapat menjimatkan kos pengajian pelajar.

Friday, January 6, 2012

Pengambilan Modul Untuk Semester Januari 2012



Pelajar-pelajar OUM bagi semester Januari 2012 boleh mengambil modul masing-masing mulai 7 Jan 2012 bagi mereka yang telah berdaftar untuk Module Collection Pertama sahaja.

Bagi melicinkan proses pengambilan modul, OUM Perak telah menetapkan tarikh berikut:

7 Januari 2012 dari pukul 8.30pg hingga 3.30ptg - Pelajar Program SMP sahaja

8 Januari 2012 dari pukul 8.30pg hingga 3.30ptg - Pelajar Lain dari program SMP

Modul boleh diambil di OUM Perak, Jln Lim Bo Seng sahaja.



Berikut adalah prosedur yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti untuk pengambilan modul:

a) Para pelajar yang menyempurnakan pendaftaran online dan mengesahkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (Module Collection Pertama) akan menerima modul semasa hari pengambilan modul.

b) Slip pendaftaran kursus (UKR03) yang dicetak oleh pelajar selepas menyempurnakan pendaftaran modul akan digunakan sebagai rujukan samada pelajar telah mendaftar online dalam tempoh yang diberikan atau sebaliknya. Ia akan disemak semasa pelajar datang ke lokasi pengambilan modul

c) Pelajar yang membuat pendaftaran online untuk Module Collection Kedua akan mendapat modul selepas tarikh Tutorial pertama pusat pembelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun modul berbentuk softcopy boleh diakses dalam MyVLE.

d) Pelajar yang membuat pendaftaran online selepas tarikh yang ditetapkan, modul tidak akan disediakan dan diberikan, pelajar diminta merujuk kepada MyVLE sahaja.

e) Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam MyVLE.

Pastikan anda telah membuat bayaran minimum yang dikehendaki sebelum mengambil modul. Bayaran boleh dibuat melalui Bank Islam, CIMB Clicks, Kad Kredit ataupun Tunai (7 dan 8 Jan 2012 di Kaunter Bank Islam, di OUM Perak).

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012



Kepada semua warga OUM Perak diucapkan "Selamat Tahun Baru 2012". Semoga tahun baru membawa azam baru dan didoakan semua beroleh kejayaan.

Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak - 31 Dis 2011

Gambarfoto para peserta sebelum pendakian bermula

OUM Perak mencatatkan sejarah apabila berjaya mengendalikan program Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak pada 31 Disember 2011.

Sesi temuramah bersama YB Dato' Ganesan sebelum pendakian bermula. Dari Kiri: En. Selvaraju, Dr. Richard Ng, Dato' Ganesan, Sdra Jayaganesh dan Sdra Nanda

Program dijalankan dengan kerjasama Pemuda MIC Tambun dibawah pimpinan Sdra Jayaganesh Selvaraju yang juga salah seorang pelajar OUM tahun 1. Lebih dari 80 orang telah menyertai pendakian bukit ini setinggi 500m.

Ucapan perlancaran program Pendakian Bukit Bangkong oleh YB Dato' Ganesan

Video Ucapan Perasmian Pendakian Bukit Bangkong oleh YB Dato' Ganesan:


Penyampaian Cenderahati kepada Dato' Ganesan

Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Dato' R. Ganesan. Dalam ucapannya, YB Dato' Ganesan mengucapkan syabas pada semua peserta kerana menyertai satu program kecerdasan badan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Open University Malaysia dan Pemuda MIC Tambun kerana telah berjaya menjalankan program ini.

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan ucapan aluan

Video Ucapan Pengarah OUM Perak:



Video Ucapan YB Dato' R. Ganesan:



Terdahulu dari itu, Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, telah memberi ucapan aluan kepada semua peserta dan menekankan pentingnya kita menjaga kesihatan badan. Beliau mengambil kesempatan memperkenalkan OUM kepada para peserta yang kebanyakannya datang dari kawasan berhampiran. Antara YB yang telah berjaya belajar di OUM termasuk YB Dato' Saarani, YB Dato' Hasbullah, YB Dato' Samsuddin Hassan dan mantan YB Salleh Mat Disa.

Persediaan sebelum pendakian

Pendakian bermula

Video Gambarfoto Sebelum Pendakian:



Sebahagian peserta program pendakian bukit

Video Permulaan Pendakian Bukit Bangkong:




Perjalanan turun bukit

Pendakian bermula pada jam 7.45 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kemuncak bukit. Cuaca pagi ini agak baik walaupun hujan renyai sekejap.

Sebahagian dari rintangan yang terpaksa diharungi peserta

Sebahagian dari para peserta yang berjaya sampai ke puncak bukit

Di puncak bukit, para peserta telah diberikan sesi senaman oleh Encik Selvaraju yang juga salah seorang veteran yang sentiasa mendaki bukit ini.

Gambarfoto kenangan para peserta yang telah berjaya mendaki Bukit Bangkong

Video Ucapan Penutup Pengarah OUM Perak:



Pada jam 9.00 pagi semua peserta telahpun sampa ke kaki bukit di mana 3 cabutan bertuah telah dijalankan. Para peserta mengambil gambar kenangan selepas itu dan program ini tamat pada jam 9.15 pagi.

Hadiah cabutan bertua pertama dimenangi Sdra Bala

Thursday, December 29, 2011

Aktiviti Riadah dan kecergasan Minda anjuran OUM Perak



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Sept 2011 akan tamat esok 30 Disember 2011. Maka selepasa ini pelajar akan berihat selama 3 atau 4 minggu sebelum semester Jan 2012 bermula.

Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu tutorial pertama, OUM Perak telah menganjurkan 3 aktiviti riadah dan kecergasan minda seperti berikut:

1. Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor, Perak 31 Dis 2011 mulai jam 7pg.









Semua pelajar serta sahabat handai dan keluarga dijemput untuk turut serta mendaki bukit ini setinggi 300m dari paras laut dan mengambil masa 30 hingga 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Udara bersih pemandangannya juga indah. Peserta akan mendapat T' Shirt OUM secara percuma. Semua peserta mesti berkumpul di kaki bukit seawal 6.30pg.

Pendakian bukit ini dijalankan dengan kerjasama Pemuda MIC Tambun di bawah pimpinan Sdra Jayaganesh yang juga pelajar OUM Perak. Ia akan dirasmikan oleh YB Dato Ganesan, speaker DUN Perak.

2. Senamrobik di Polo Ground, Jln Tambun, Ipoh, Perak 7 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

3. Senamrobik di Taiping Lake Garden, Taiping, Perak 15 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik ini juga akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

Aktiviti dianjurkan OUM Perak dengan kerjasama Pemuda MIC Taiping dan Persatuan Kebajikan Sosial dan Sukan Taiping di bawah pimpinan Sdra M. Veeran yang juga Ketua Pemuda MIC Perak dan pelajar OUM Perak.