Oct 28, 2008 Posted by Richard Ng
Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Deepavali merupakan hari yang paling sibuk untuk saya dan keluarga saya. Sejak dari pagi lagi, kami berkunjung ke rumah kawan serta pelajar-pelajar OUM yang beragama Hindu.
Dari kiri: Sdra Alex Chan, Pengarah PP Perak, Richard Ng dan Dato' Marimuthu
Seawal 10.30pagi lagi kami bertolak ke rumah sahabat rapat saya iaitu bekas Senator dan Ketua MIC cawangan Gopeng iaitu YBhg Dato' N. Marimuthu. Anak Dato' Marimuthu iaitu Sdra Nadeson adalah teman sedarjah saya di Sekolah Menengah Raja Chulan Ipoh sejak dari Kelas Peralihan hinggalah ke Tingkatan 6. Kebetulan Sdra Alex Chan iaitu salah seorang pelajar OUM yang juga bekas ADUN Simpang Pulai turut hadir sama. Kami dihidangkan dengan berbagai juadah seperti kari kambing, kari ayam, tosai serta kuih-muih tradisional seperti muruku, nei muruku, dan lain-lain.
Selepas itu kami pun bertolak ke rumah alumni OUM Perak iaitu Sdri Tamilarasi untuk makan tengahari di Cannin Garden, Ipoh. Masakan sendirinya iaitu kari kambing dan ayam ternyata sedap. Sdri Tamila adalah teman sekelas isteri saya di OUM pada tahun 2004. Setelah besembang selama sejam, kami pun bergegas ke rumah seterusnya iaitu rumah Chief Inspector Ramasamy iaitu pelajar semester 2 OUM Perak yang terletak di Desa Taman Rishah di Farlim, Ipoh.
Pengarah Richard Ng bersama Inspektor Ramasamy
Patung Laughing Buddha yang dibeli oleh Sanggiri bagi menguatkan Qi fengshui rumahnya
Anak Inspektor Ramasamy iaitu Sanggari merupakan alumni OUM Perak dan juga bekas pelajar saya. Di sini kami dapati bahawa Sdri Sanggari amat gemar dengan Fengshui. Amat jarang sekali kami dengar masyarakat India mengamalkan Fengshui. Waktu di jam telah menunjukkan pukul 4ptg dan kami terus bergegas ke rumah seterusnya.
Pada jam 4.15ptg kami pun tiba di rumah Sdri Suguna iaitu salah seorang pelajar OUM Perak. Rumahnya terletak di Buntong, Ipoh iaitu 20 minit dari rumah Inspektor Ramasamy. Memang setiap tahun kami mengunjung rumah Suguna kerana masakan emaknya cukup sedap. Aap tidaknya, emaknya seorang pengusaha makanan. Kami dihidangkan dengan masakan kambing dan ayam berbagai rasa dan cara masakan yang unik. Walaupun perut kami tidak dapat menampung makanan lagi akan tetapi masakan yang enak ini tidak dapat kami lepaskan. Apa lagi jadikannya sebagai makan malam. Kami pun dah agak letih dan terpaksa meminta diri pada jam 6ptg.
Dari kiri: Pengarah PP Perak, Suguna, Isteri Pengarah dan ibu Suguna
Kami pun balik ke rumah untuk mandi dan rihat sebelum berkunjung ke rumah kawan lama kami iaitu Sdra Mahes di sebelah malam sehinggalah jam 10 malam. Banyak lagi jemputan yang kami terima yang tak sempat kami penuhi termasuk rumah tutor-tutor kami. Apapun kami ucapkan terima kasih dan kalau ada rezeki di lain kali akan kami pergi mengunjung. Selamat Hari Deepavali sekali lagi pada semua pelajar dan tutor kami yang beragama Hindu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment