Posted by Hamdan Hasan In Learner Connexxion 45th Issue
Suara Pelajar:
En. Richard Ng, Pengarah OUM Perak telah mengusahakan sesuatu yang diluar jangkaan demi untuk membantu para pelajar memahami subjek Pengurusan Matematik dengan baik. Beliau telah membuat video yang dipos ke YouTube dan boleh dilayari di http://bbmp-1103.blogspot.com/.
Blog Matematik Pengurusan yang telah dilayari sebanyak 2255 kali dalam tempoh 2 bulan
Saya rasa ianya satu usaha yang baik dan berkemungkinan besar pada masa yang terdekat ini, para pelajar tidak perlu lagi membawa modul ke kelas tetapi hanya membawa laptop dan CD sahaja. Ini akan menjimatkan belanja pihak OUM dan juga dapat mengurangkan kos pembelajaran pelajar.
Saya berharap pihak atasan melihat usaha En. Richard ini sebagai sesuatu yang perlu diambil contoh oleh tenaga pengajar yang lain.
Terima kasih.
Hamdan Hasan
PPT Greentown
==================================
Terima kasih saudara Hamdan.
Menurut En. Richard, laman ini telah mendapat sambutan yang sangat baik dengan bilangan hits setakat Tutorial 3 sebanyak 4350. Beliau menjangkakan jumlah ini akan melebihi 5,000 pada Tutorial ke-5.
En. Richard yakin cara ini dapat memberi perangsang kepada para pelajar dan berharap laman ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek ini pada peperiksaan akhir nanti.
Walaupun begitu, satu masalah yang mungkin dihadapi ialah sewaktu memuat turun video ini kerana ia memerlukan komputer bermemori tinggi iaitu tidak kurang dari 1GHz.
Sekian, terima kasih.
Editor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment