Friday, October 31, 2008

Majlis Sambutan Deeparaya dan Kempen Derma Darah @ OUM Perak

OUM Perak akan mengadakan majlis makan tengahari sempena menyambut Hari Raya dan Deepavali pada 1 November 2008. Majlis ini akan bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 2.00 ptg bertempat di Jalan Lim Bo Seng. Bagi pihak semua staf OUM Perak, saya sebagai Pengarah OUM Perak ingin menyambut semua pelajar, tutor dan staf serta keluarga untuk hadir bagi meriahkan majlis ini.

Mesyuarat antara OUM Perak dan Kelab Rotary telah diadakan bagi membincangkan kempen derma darah. Duduk dari kiri: Mr. M. Karathu, Presiden Kelab Rotary Ipoh Selatan, Richard Ng, Pengarah OUM Perak, Thillai (wakil alumni OUM Perak) dan Henry (AJK Kelab Rotary Ipoh Selatan)

Gambar kenangan. Dari kiri: Thillai, Karathu, Murni, Richard, Henry dan Sharizal

Sempena dengan majlis ini pihak OUM Perak dan Kelab Rotary Ipoh Selatan dengan kerjasama Hospital Besar Bainun, Ipoh akan menganjurkan kempen derma darah bagi mengisi tabung darah yang berada pada tahap kritikal. Justeru, saya menyeru pada semua pelajar, tutor dan staf serta sahabat handai supaya tampil ke hadapan untuk memberi sumbangan anda kepada masyarakat.

Banner bagi mewarwarkan kempen derma darah

Sila wawarkan pada sesiapa yang ingin menderma darah supaya datang ke OUM Perak di Jalan Lim Bo Seng seawal jam 10.30pagi. OUM Perak dan Kelab Rotary ada menyediakan cenderahati dan sijil kepada semua penderma.

Dermalah darah anda untuk menyelamatkan nyawa

2 comments:

joseph said...

How was the response, richard? We have family day about 2 weeks ago and it was successfully organised. I was one of the AJK.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

It was good Joe. We are encouarged by the response from our students, tutors and also the public and will organize another one in 6 months time