Saturday, October 11, 2008

Warga Baru OUM Perak

Posted by Erna Oct 11, 2008

Keluarga OUM Perak terus berkembang dengan kemunculan dua insan kesayangan.

Adam Haziq Bin Norazmi, anak kepada Puan Zura, Penolong Pengarah, PPT IPIP/Tg. Malim

Adam Haziq Bin Norazmi telah selamat dilahirkan pada 3hb Oktober jam 8.10 malam di Ipoh Specialist Centre, Ipoh, Perak. Adam, dengan berat badan 3.18kg semasa dilahirkan, adalah anak sulung kepada Puan Zura iaitu Penolong Pengarah PPT IPIP/Tg. Malim.

OUM Perak turut menerima berita gembira apabila Puan Bisyaarah, iaitu salah seorang tutor IT OUM Perak telah selamat melahirkan anaknya, Nawwarah Binti Hairil, pada 4hb Oktober jam 4.57 petang di Pusat Rawatan Islam Al-Ridzuan. Berat badan Nawwarah semasa dilahirkan adalah 2.9kg.

Nawwarah Binti Hairil, anak kepada Puan Bisyaarah, tutor IT OUM Perak

Kedua-dua orang ibu dan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat wal-afiat. Pihak OUM Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berdoa semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.

1 comment:

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Tahniah kepada Puan Zura dan Puan Bisyaarah. Kami di OUM Perak amat gembira dengan berita kelahiran ini dan sentiasa mendoakan semoga ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.