Saturday, November 29, 2008

Hari Pendaftaran Pelajar SMP Ambilan Khas @ OUM Perak

Nov 29, 2008



Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar yang hadir

Seramai 210 orang pelajar yang terdiri daripada guru-guru yang sedang berkhidamat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia telah hadir untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) ambilan khas pada hari ini di Pusat Pembelajaran Perak.





Sebahagian pelajar program SMP sedang asyik mendengar taklimat yang diberikan

Pelajar-pelajar ini adalah sebahagian dari 5,000 orang guru yang ditawarkan di seluruh Malaysia bagi program SMP ini. Objektif program ini untuk menaiktaraf guru-guru yang sedang berkhidmat disamping menambha ilmu pengetahuan mereka supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.

Pelajar-pelajar ambilan khas ini sebelum ini telah mengikuti satu program khas KDP 14 minggu yakni kursus intensif yang melibatkan 7 subjek di Institut Perguruan. Mereka yang telah mengikuti program ini dengan jayanya akan mengambil dua subjek secara intensif pada bulan Disember 2008 sebelum dimasukkan dalam semester biasa pada Januari 2009.

Sementera menantikan giliran untuk mendaftarkan diri, pelajar disediakan dengan sarapan pagi

Pelajar-pelajar program ini adalah ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui skim Pinjaman khas. Melalui skim ini, pelajar yang berjaya mendapat CGPA lebih dari 2.75 hanya perlu membayar balik pinjaman sebanyak 25% sahaja dari jumlah penuh pinjaman yang bernilai RM15,600. Syarat bergraduat ialah CGPA minimum 2.0 dan lulus MUET pada tahap 2. Program ini yang mengambil masa 4 tahun mempunyai jumlah jam kredit sebanyak 120.

Kelas tutorial pertama program ini akan dijalankan serentak diseluruh Malaysia pada 13 Disember 2008.

No comments: