Jul 4, 2009
Semalam (Jul 3, 2009) saya terpaksa mengambil cuti sekerat hari sebab saya adakan satu kelas tutorial di kampong saya di Pulau Gadong, Klebang Besar, Melaka. Student saya adalah anak saya yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka di Mesjid Tanah.
Sharon, anak saya, sedang diberi bimbingan dan tunjukajar dalam matematik
Maklumlah, peperiksaan pertengahan semester 1 akan berlangsung dari 13 hingga 15 Julai. Kalau ayahnya tak tolong siapa yang dapat menolongnya.
Bandingkan seulas durian yang kami makan dengan buah oren
Setiba saya di Melaka, sayapun mengambil anak saya dari kolejnya dan kami sekeluarga bersama dengan keluarga kakak saya yang tinggal di Melaka terus ke Ujong Pasir iaitu di Perkampungan Portugis. Memang dari dulu lagi ikan bakar serta seafood di sini best dan tak pernah miss.
Medan ikan bakar di Kampung Portugis, Ujong Pasir, Melaka
Berbagai makanan kegemaran kami seperti ikan bakar siakap, otak-otak, sambal sotong, ayam goreng serta kupang. Juga tidak ketinggalan mee goreng ala Portugis. Habis makan aje, kami pun lepak di pantai sebentar. Bermacam-macam aktiviti dijalankan di sini termasuk upacara memperingati Michael Jackson. Video MJ ditayangkan untuk orang ramai di pentas khas.
Selepas itu kami pun balik ke kampung kami dan bermulalah kelas tiusyen matematik dari jam 10 malam hingga 12 malam. Sebagai ayah yang berpengalaman, tidak ada masalah untuk memberi bimbingan matematik.
Apa lagi kalau di kampung macam-macam buah-buahan ada. Kebetulan musim durian dan rambutan. Apa lagi pokok durian yang sepokok di halaman rumah menjadi penghibor kami dengan isinya yang cantik dan manis. Selepas menghentam 2 ulas, perut saya dah tak larat lagi. Kebetulan ada saudara saya di sebelah rumah ada membawa buah dukong yang fresh. Lanyak jugalah. Kalau orang Melaka "tak pa biar mampus" (bukan bermaksud mati tapi makan aje lah).
Bangunan OUM Melaka
Pada ke-esokan harinya jam 9.30pg, sayapun mengambil kesempatan untuk melawat OUM Melaka yang kebetulan mengadakan Hari Terbuka. Kali pertama saya ke OUM Melaka dengan bangunan barunya yang serba indah dan lengkap.
Bersama En. Zamani, Pengarah baru OUM Melaka
Setiba saya di sana saya di sambut pengarahnya En. Zamani, iaiu bekas tutor OUM Perak. Saya juga telah dibawa melawat premis OUM Melaka oleh Puan Khyrina iaitu Eksekutif OUM Melaka yang cukup peramah.
Saya juga sempat bertemu dengan Prof. Mohamad Yusoff, Dekan Fakulti IT&MC. Saya juag sempat berbual dengan Prof. Madya Dr. Lim dari Fakulti Pendidikan dan Bahasa. En. Repin, Naib Presiden, OUM juga turut hadir dan sempat saya berbual sebentar dengan beliau. Selepas preview bermula sayapun terpaksa meninggalkan OUM Melaka untuk balik ke Ipoh untuk membuat persiapan Hari Terbuka di OUM Perak pada 5 Julai.
Sebelm balik, kami sekeluarga singgah di Restoran Nyonya di Jonker Walk, Melaka bagi menjamu masakan orang baba dan nyonya pula. Ooh sedapnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment