Tuesday, December 22, 2009

Lawatan Prof. Dr. Rosli ke bangunan baru pusat pembelajaran Greenhill

22 Disember 2009

Tengahari tadi Prof. Dr. Rosli, naib Presiden OUM, telah datang ke Ipoh untuk melawat bangunan baru OUM iaitu Pusat Pembelajaran Greenhill bagi memastikan bangunan ini siap seperti yang dijangkakan bagi kegunaan pelajar dari Greentown pada semester Januari 2010.

Prof. Rosli sedang memberikan cadangan agar ruang legar dipercantikkan lagi

Prof. Rosli sedang menguji meja komputer di salah sebuah makmal komputer

Turut hadir sama ialah En. Firdaus, jurutera OUM serta En. Zuraidin, Pengurus bahagian IT, OUM. Prof. Rosli telah bertemu dengan semua juruperunding projek serta kontraktor yang terlibat dengan kerja pengubahsuaian.

Prof. Rosli sedang mempengerusikan mesyuarat dengan juruperunding dan kontraktor

Lawatan Prof. Rosli kali ini telah dapat merungkaikan segala masalah yang boleh melambatkan penyiapan bangunan ini. Semasa mesyuarat tadi, banyak perkara yang dibangkitkan telah diselesaikan dan diputuskan.

Prof. Rosli sedang memeriksa kaunter

Penyerahan kunci akan dibuat pada hari esok 23 Disember 2009 kontraktor akan memastikan semua kerja pembersihan dijalankan esok. Esok juga, kerusi meja pelajar yang ditempah dari KL akan sampai pada jam 9.00pg.

Ruang legar untuk pelajar

Pelajar PP Greentown yang selama ini menumpang di Kolej KPTM kini akan dapat menggunakan premis terbaru ini yang lebih selesa, canggih dan dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan.

Bilik komputer

Ramai pelajar yang telah mengetahui tentang bangunan ini menyambut baik dan menanti saat-saat yang telah lama mereka nanti-nantikan. Dijangkakan pelajar semester Januari 2010 akan dapat menggunakan bangunan ini mulai tutorial 1 iaitu pada 24 Januari 2010.

Sama-sama kita doakan agar segala proses persiapan bangunan ini dapat dijalankan dengan sempurna dan licin.

2 comments:

Idris Talu said...

Tahniah Dr Richard,

Nampaknya semua berjalan lancar. Dengan siapnya premis baru ini, akan meningkatkan lagi imej OUM Perak di mata orang Perak.

Concerted efforts antara pengurusan, tenaga pengajar (tutors) dan para pelajar semua akan memberi impak yang berkesan dalam misi dan visi OUM secara keseluruhannya.

Tahniah.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Terima kasih Tn. Hj. Masalah dengan kemudahan untuk pelajar dan tutor telah selesai sekarang.

Langkah seterusnya adalah untuk meningkatkan tahap prestasi pelajar kita. Dalam hal ini memang kita perlukan kerjasama dan usaha gigih dari semua pihak baik staf ataupun tutor-tutor kita.

Justifikasi terbaik kepada Tan Sri Presiden kita dalam meluluskan permohonan bangunan baru ini ialah melalui prestasi kita ini.