Pada 24hb Julai yang lepas, OUM telah mengadakan prebiu di kebanyakan lokasinya di seluruh Malaysia. Prebiu ini membolehkan orang ramai terutamanya warga kerja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan secara lebih terperinci dan seterusnya mendaftarkan diri untuk kemasukan Semester September 2010.
Tinjauan prebiu di Kuala Lumpur mendapati lebih dari 100 orang hadir sejak jam 9pg lagi untuk mendengar taklimat dari beberapa orang ahli akademik yang turun padang untuk membantu unit pemasaran KL yang diterajui oleh Saudara Yon Rosli. Turut hadir sama untuk memberi sokongan ialah YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM serta Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil.
Di Ipoh, sambutan prebiu juga agak memberangsangkan dimana lebih dari 50 orang telah hadir bagi mendengar taklimat dari Tutor Kanan OUM Perak, iaitu Tuan Hj. Idris dan dibantu oleh Saudara Ahmad Fahmi, eksekutif kanan OUM Perak.
Bagi mereka yang masih berminat untuk belajar di OUM bagi ambilan semester September 2010, masih lagi dibuka permohonan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web www.oum.edu.my.

Bagi program ijazah sarjana muda, pemohon mesti mempunyai kelayakan minimum STPM (1 prinsip) ata Diploma. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan minimum ini boleh juga diterima masuk dengan syarat lulus ujian kelayakan fleksibel.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi OUM Perak Jln Lim Bo Seng di talian 05-2546006 atau OUM Perak Persiaran Greenhill di talian 05-2490920.