Friday, July 2, 2010

Peperiksaan Pertengahan Semester Mei 2010


Peperiksaan Pertengahan Semester Mei 2010 OUM akan bermula pada hari Isnin 5 Julai sehingga 8 Julai, 2010.

Bagi pelajar-pelajar OUM Perak, pusat peperiksaan bagi semua subjek akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill. Bagi calon yang tidak pasti lokasinya, sila lihat peta lokasi di bawah.

Peta lokasi PP Greenhill. Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Calon-calon peperiksaan diingatkan supaya mencetak slip menduduki peperiksaan bawa bersama dengan Kad Pengenalan dan Kad Matrik semasa menghadiri peperiksaan. Calon yang tidak membawa slip menduduki peperiksaan mungkin tidak dibenarkan menduduki peperiksaan sama sekali.

Pastikan anda hadir 30 minit lebih awal bagi mendapatkan parking yang lebih selesa dan hampir pada pusat peperiksaan. Semua calon adalah diingatkan supaya menyemak jadual peperiksaan dalam LMS sehari sebelum menduduki peperiksaan. Sebagai rujukan anda, disertakan di sini jadual peperiksaan pertengahan semester Mei 2010:

5 Julai 2010:
Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

6 Julai 2010:
Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

7 Julai 2010:
Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

8 Julai 2010:
Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Calon-calon juga diingatkan supaya mematuhi peraturan peperiksaan OUM sepanjang menduduki peperiksaan. Membawa nota ke dewan peperiksaan adalah satu kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan.

Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan anda.

No comments: