Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan di OUM Perak, sata prebiu akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 24 Julai 2010
Tempat: Pusat Pembelajaran Greenhill (berhampiran Hotel Syuen)
Masa: 10.00pg - 12.00tgh (Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)
2.00ptg - 4.00ptg (Program Ijazah Sarjana dan Kedoktoran)
Peta lokasi adalah seperti berikut:
Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar
Syarat kemasukan (Bagi Program Diploma):
* Memiliki sekurang-kurangnya sijil SPM (3 kredit)
Syarat kemasukan (Bagi Program Ijazah Sarjana Muda):
* Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada 1 Januari 2010
* Memiliki sijil STPM (2 prinsip) atau Diploma yang diiktiraf MQA
* Memiliki sijil PMR atau SPM (perlu mengambil ujian kemasukan fleksibel)
Sesi taklimat pelajar OUM
Syarat kemasukan (Bagi Program Ijazah Sarjana):
* Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf MQA
* Memiliki STPM (1 prinsip) atau Diploma dan berumur tidak kurang dari 35 tahun pada 1 Januari 2010 (perlu mengambil ujian fleksibel)
Lebih dari 90,000 orang pelajar telah berdaftar dengan OUM sejak tahun 2001. Daripada jumlah ini seramai 22,000 orang pelajar telah tamat pengajian mereka dengan jayanya.
Kebanyakan program yang ditawarkan OUM telah mendapat pengiktirafan MQA dan JPA. OUM menawarkan satu kaedah pembelaran fleksibel di mana pelajar dapat belajar sambil bekerja sebabnya kuliah hanya diadakan pada hujung minggu.
Yuran OUM juga amat berpatutan dan dibayar mengikut semester serta bilangan subjek yang diambil. Pelajar yang layak juga boleh memohon pinjaman PTPTN. Bagi mereka yang berumur lahir pada atau sebelum 31 Ogos 1957 serta pelajar OKU akan diberi diskaun sehingga 75% daripada yuran tiusyen.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 05-2490920/05-2490922 atau hubungi En. Fahmi (019-4618519)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment