

Tahniah kepada pasukan Sepanyol kerana menjadi Juara Piala Dunia FIFA 2010 sekali gus menjadi negara kedua selepas memenangi Piala Eropah. Sepanyol juga menjadi negara Eropah pertama menajdi juara bola sepak empata tahun sekali ini, di luar benua Eropah.

Gol tunggal Sepanyol dijaringkan pada minit ke 116 oleh Andres Iniesta yang juga mememangi anugerah "Man of the Match". Pertandingan akhir kali ini adalah yang paling kotor sekali apabila 14 kad kuning dan 1 kad merah dilayangkan oleh Pengadil dari England, John Howard.

Diego Forlan dipilih sebagai pemaing terbaik piala dunia ini dengan memenangi anugerah Golden Ball. Thomas Muller menjadi penjaring terbanyak dengan 5 gol sekali gus memenangi anugerah Golden Boot dan juga Young Player. Ikas Casellas memenangi anugerah Golden Gloves sebagai penjaga gol terbaik.

Apapun impian ramai peminat bola sepak menjadi kenyataan apabila mereka mengimpikan Sepanyol menang. Tilikan Sotong Paul juga menjadi kenyataan sekali gus membuatkan tilikannya 10o peratus tepat.
Juara - Sepanyol
Naib Juara - Holland
Tempat ke 3 - Germany
Tempat ke 4 - Uruguay
Gambar-gambar di atas adalah gamabar ehsan ESPN dan BBC
No comments:
Post a Comment