SMS yang dihantar oleh Pak Timbul pada saya setibanya di Kuala Lumpur selepas kunjungan sehari ke OUM Perak pada 8 Julai 2010 adalah seperti di bawah:
"Yang Terhormat Pak Richard,
Kami sudah tiba di KL dengan selamat. Kami ucapkan terima kasih atas sambutan yang hangat dan penuh kekeluargaan dalam kunjynagn kami ke Ipoh. Semoga Tuhan memberikan kurnia dan berkat bagi Bapak dan keluarga. Salam kami juga untuk teman-teman di learning center."
Bapak Timbul sedang menandatangani buku pelawat di PP Greenhill dan disaksikan oleh Richard Ng, Pengarah OUM Perak
Begitulah kepuasan yang dinyatakan oleh Pak Timbul yang melawat OUM Perak bersama keluarganya bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana sebuah pusat pembelajaran PJJ di luar kota KL beroperasi.
Pembentangan slaid oleh Pengarah OUM Perak untuk pengetahuan Pak Timbul.
Pak Timbul sedang melihat jadual waktu peperiksaan pertengahan semester
Kami sempat berkongsi pendapat bagaimana tahap pendidikan agak berlainan di negara-negara yang berlainan. Rata-rata Pak Timbul merasakan pelajar Malaysia amat bernasib baik kerana disediakan dengan berbagai kemudahan yang jauh lebih baik dari negara lain seperti Indonesia.
Sedikit cenderahati untuk pelawat OUM Perak
Pak Timbul amat kagum dengan sistem operasi OUM yang begitu mantap dan matang dalam mengendalikan program jarak jauh untuk warga kerja. Banyak yang dapat dipelajari dalam lawatannya ini yang akan dibawanya pulang ke negaranya untuk SEAMOLEC memikirkan strategi seterusnya bagi menggalakkan lebih ramai lagi pelajar Indonesia dan negara Asia Tenggara meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pendidikan. Sebagai Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam SEAMOLEC, sebuah pertubuhan di bawah SEAMEO, memang menjadi tanggung jawab beliau dalam memasarkan idea kepada negara-negara anggota SEAMEO agar dapat meningkatkan tahap pendidikan penduduk mereka.
Gambar kenangan. Dari kiri: Sharizal, Fahmi, Pak Timbul, Richard, Zura
Gambar kenangan di luar premis PP Greenhill
Beginilah suasana mesra layanan kami terhadap tetamu kita
Gambar kenangan di premis PP Perak, Jln Lim Bo Seng
Semasa lawatannya ke OUM Perak, pihak kami juga sempat membawa Pak Timbul dan keluarganya berkunjung ke berbagai lokasi bandaraya Ipoh dan melihat lebih dekat berbagai budaya dan kaum yang dapat hidup dengan harmoni di bawah payung 1Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dear Dr Richard dan semua teman-teman di Center,
Online report yang sangat baik: update, ada story dan gambar. Terima kasih Pak untuk menyempatkan diri menuliskannya di BLOG.
Banyak kesan yang dapat saya ambil hikmah selama berkunjung ke Perak, baik dari segi akademik maupun budaya lokal.
Semoga ke depannya Learning Centre lebih berjaya dan terus berjaya.
Salam, timbul
Pak Timbul,
Terima kasih kembali atas kunjungan Pak kelmarin. Kami amat senang sekali dengan kunjungan Pak Timbul serta keluarga ke learning center kami di Ipoh.
Semoga kita dapat menjalin hubungan baik demi pendidikan insan sejagat.
Salam dari kami semua di Ipoh
Post a Comment