Komputer ini adalah bertujuan bagi menggantikan semua komputer dalam Pusat Sumber, bilik makmal komputer dan juga untuk tujuan E-CRM di PP Perak dan PP Greenhill. Justeru, pelajar OUM Perak dapat menggunakan komputer baru ini yang ada dalam pusat sumber ataupun bilamana ingin menggunakan perkhidmatan E-CRM.
Harapan kami di OUM Perak adalah semoga dengan penambahbaikan ini, pelajar OUM Perak akan sentiasa diberi perkhidmatan terbaik untuk keselesaan mereka ketika belajar di OUM Perak.
Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi OUM induk yang sentiasa prihatin dan memberi penekanan ke tasa perkhidmatan terbaik buat pelajar-pelajar OUM.
No comments:
Post a Comment