Sunday, December 26, 2010

Senamrobik di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Jln Tambun, Ipoh

Para peserta sedang mengikut rentak irama yang dimainkan

Pada pagi Kerismas, 25 Disember 2010, sambil rakyat Malaysia bercuti, sekumpulan staf dan pelajar OUM Perak telah menyertai Senamrobik anjuran Majlis Bandaraya Ipoh dan Pertubuhan Kesihatan Perak.

Tepat jam 7.30pg, lebih dari 200 para peserta dari seluruh lapisan masyarakat baik yang muda ataupun tua dari berbilang kaum telah berkumpul di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz untuk mengambil bahagian dalam aktiviti senamrobik.

Pondok disediakan khas untuk OUM membuat promosi program

Sesi pertama telah dimulakan oleh jurulatih senamrobik dari MBI iaitu Cik Jamuna yang juga salah seorang pelajar OUM Perak. Dengan mengikut rentak irama lagu rancak, semua peserta telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar mengikut arahan dari jurulatih.

Aktiviti senamrobik memang dijalankan pada setiap hari Sabtu. Akan tetapi senamrobik kali ini adalah yang paling istimewa sekali sebabnya ialah ianya adalah hari Sabtu terakhir untuk tahun 2010.

Cabutan bertuah serta peraduan meneka biji kacang dalam botol serta bilangan biji betik turut diadakan. Para peserta yang bertuah akan diberikan hadiah hamper serta hadiah basikal.

Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah

Pengiraan biji betik sedang dijalankan oleh pegawai Persatuan Kesihatan Perak

Penyertaan OUM adalah atas jemputan MBI. Kami diberi satu ruang untuk mempromosikan program kami. Sdra Ahmad Fahmi, telah mengorbankan hari cuti untuk turut serta membantu dalam menjayakannya. Ramai peserta yang hadir telah menunjukkan minat dalam program OUM.

Para peserta sedang dilayan oleh Sdra Fahmi

Antara pelajar yang kelihatan hadir ialah Matron Zabidah, Tangarajie, Faizah dan Tina Leong. Turut hadir, Pengarah OUM Perak, Richard Ng. Menurut pengarah OUM Perak, aktiviti seumpama ini amat baik untuk pelajar serta staf OUM Perak bukan sahaja ianya dapat meningkatkan tahap kecerdasan kita, tetapi juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan mendekatkan OUM dengan masyarakat. Beliau mahu melihat lebih ramai pelajar dan staf OUM terlibat dalam aktiviti seperti ini muali tahun 2011.



Aktiviti ini yang bermula pada jam 7.30pg tamat pada jam 10.00pg.

No comments: