Sebagai persediaan peperiksaan, OUM Perak telah menjalankan bengkel kecemerlangan peperiksaan pada 5 Disember untuk beberapa subjek terpilih di Pusat Pembelajaran Greenhill di Ipoh.
Lebih dari 100 orang pelajar telah hadir mengikuti bengkel bagi subjek Matematik Persediaan, Pengenalan kepada Statistik. Perakaunan serta Learning Skill for Open and Distance Learners.
Bengkel ini ditaja sepenuhnya oleh OUM di mana pelajar akan disediakan dengan bahan pengajian serta sarapan pagi dan minum petang. Ianya telah dikendalikan oleh beberapa orang tutor yang berpengalaman.
Peperiksaan percubaan juga telah dijalankan bagi membolehkan pelajar membuat persediaan rapi. Peperiksaan percubaan ini juga membolehkan pihak OUM Perak membantu pelajar dalam menyediakan analisis markah ujian serta strategi menghadapi peperiksaan.
Dengan adanya bengkel diharap pelajar OUM Perak akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang
No comments:
Post a Comment