Thursday, December 9, 2010

Prebiu untuk program OUM ambilan Januari 2011 di Taiping dan Sitiawan


Pendaftaran untuk semua program Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah OUM bagi ambilan Januari 2011 sedang dijalankan.



Bagi memudahkan pemohon yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan OUM dan cara untuk mendaftar, pihak OUM Perak akan mengadakan sesi previu dan temuduga di dua tempat iaitu di Taiping pada 11 Disember 2010 dari jam 11pg hingga 2ptg dan di Sitiawan pada 12 Disember 2010 dari jam 10pg hingga 4ptg.

Keterangan lanjut previu adalah seperti berikut:

1. Taiping:



Tempat: Hotel Panorama, Jln Kota, Taiping
Tarikh: 11 Disember 2010
Masa: 11pg hingga 2ptg

Peta Lokasi Hotel Panorama, Taiping


2. Sitiawan:




Tempat: Hotel Crystal, Jln Lumut, Sitiawan
Tarikh: 12 Disember 2010
Masa: 10pg hingga 4ptg

Peta lokasi hotel Crystal, Sitiawan

Orang ramai yang berminat bolehlah datang berjumpa dengan kami dengan membawa sijil asal serta yuran pendaftaran sebanyak RM15 (pendaftaran online) dan RM25 (pendaftaran manual).

Bagi mereka yang tidak mempunyai syarat minimum dan ingin membuat ujian Flexible Entry, perlu membayar RM125.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Ahmad Fahmi 019-4618519 atau 05-2546006.

No comments: