Thursday, December 30, 2010

Peperiksaan Akhir OUM pada 31 Disember dijalankan seperti biasa


Harimau Malaysia muncul juara semalam pada julung kalinya dalam tempoh 14 tahun. Walaupun tewas 2-1 di tangan Indonesia, namun kemenangan pertama perlawanan akhir timbal balik pada 26 Disember lalu di mana Malaysia mencatat 3 - 0 ke atas Indonesia sudah cukup untuk membolehkan Malaysia menjadi juara berdasarkan agregat 4-2.

Wajah-wajah wira negara

Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan kemenangan bersejarah Malaysia termasuk Perdana Menteri kita semalam. Sebaik sahaja tamat perlawanan, Perdana Menteri membuat pengumuman cuti umum pada 31 Disember 2010 bagi meraikan kejayaan Malaysia.

PM Dato' Seri Najib bersama penyokong Malaysia


Safee Sali dengan piala bola emasnya

Pemain Malaysia Safee Sali muncul sebagai pemenang kasut emas setelah menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan menjaringkan 5 gol. Apapun penjaga Gol Khairul Fahmi telah diberi pujian oleh penyokong Malaysia sebagai pemain terbaik Malaysia. Secara keseluruhan, pasukan Harimau Muda di bawah jurulatih K. Rajagobal telah berjaya membawa balik semangat bola sepak tanahair era kegemilangan Super Mokh, Towkay Chin Aun, Iron Man Santokh Singh dan Spiderman Arumugam.

Tahniah dan syabas kepada pasukan Harimau Malaysia.

Jadual Peperiksaan pada 31 Disember 2010

Walau bagaimanapun, peperiksaan akhir semester Sept 201o OUM yang telah dijadualkan pada 31 Dis akan berjalan seperti biasa.

Di kesempatan ini saya bagi pihak OUM Perak mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua pelajar, staf dan tutor OUM khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

No comments: