Monday, December 27, 2010

Peperiksaan Akhir OUM Semester September 2010 tinggal beberapa hari lagi


Peperiksaan akhir OUM bagi semester September 2010 yang bermula dari 9 Disember tinggal beberapa hari lagi. Ia akan tamat pada 31 Disember 2010 dan para pelajar yang masih dalam program akan bercuti sehingga 15 dan 16 Januari 2011 bila mana mereka perlu berdaftar untuk semester Januari 2011 dan mengambil modul masing-masing.

Sepanjang tempoh peperiksaan tiada sebarang insiden yang besar berlaku kecuali satu atau dua perkara kecil timbul dan telah ditangani dengan baik.

Kelas tutorial pertama akan bermula pada 22 dan 23 Januari 2011 untuk pelajar baru ambilan 2011 dan pada 29 dan 30 Januari untuk pelajar senior.

Harus diingat bahawa peperiksaan gantian untuk subjek SBMA1103 akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill pada 8 Januari 2011 jam 2.30ptg.

Berikut adalah jadual waktu peperiksaan yang masih berbaki:

Jadual Peperiksaan 27 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 28 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 29 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 30 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)


Jadual Peperiksaan 31 Disember 2010: (Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar)

No comments: