Wednesday, August 3, 2011

Peperiksaan Akhir Semester Mei 2011 bermula pada 6 Ogos 2011



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Mei 2011 bermula pada hari Sabtu ini iaitu 6 Ogos 2011.

Pusat peperiksaannya ialah di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh dan Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng, Ipoh. Peta lokasinya ialah seperti berikut:

Peta lokasi PP Greenhill, Ipoh (Sila klik untuk melihat imej yang besar)

Peta lokasi PP Perak Jln Lim Bo Seng

Calon-calon peperiksaan dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan OUM dan menyemak perkara-perkara berikut:

1. Pastikan tarikh dan masa peperiksaan subjek anda seperti yang tercatat dalam slip menduduki peperiksaan

2. Pastikan pusat peperiksaan yang betul (baca pengumuman terkini dalam MyVLE sehari sebelum peperiksaan dijalankan)

3. Print slip menduduki peperiksaan dan bawa semasa peperiksaan. Calon yang tidak membawa slip menduduki peperiksaan tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.

4. Hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula untuk menyemak tempat duduk masing-masing

5. Beg tangan, kotak pencil, handphone, nota, modul dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan peperiksaan.

Pihak pengurusan OUM Perak mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" pada semua calon peperiksaan dan semoga berjaya menjawab soalan masing-masing.

Berikut disertakan jadual peperiksaan akhir semester Mei 2011:

Sabtu 6 Ogos 2011:



Ahad 7 Ogos 2011:



Isnin 8 Ogos 2011:



Selasa 9 Ogos 2011:



Rabu 10 Ogos 2011:



Khamis 11 Ogos 2011:



Jumaat 12 Ogos 2011:



Sabtu 13 Ogos 2011:



Ahad 14 Ogos 2011:



Isnin 15 Ogos 2011:



Selasa 16 Ogos 2011:



Rabu 17 Ogos 2011:

Cuti Nuzul Quran

Khamis 18 Ogos 2011:



Jumaat 19 Ogos 2011:



Sabtu 20 Ogos 2011:



Ahad 21 Ogos 2011:



Isnin 22 Ogos 2011:



Selasa 23 Ogos 2011:



Rabu 24 Ogos 2011:



Khamis 25 Ogos 2011:

No comments: