Tuesday, August 16, 2011

Prebiu Ambilan Sept 2011 Open University Malaysia - Sitiawan dan Teluk Intan



Open University Malaysia cawangan Perak dalam usaha untuk memberi peluang pengajian tinggi kepada warga kerja Perak akan mengadakan prebiu pada hujung minggu ini.

Prebiu pada 20 Ogos 2011 akan diadakan di Sitiawan mulai jam 10pg. Warga kerja yang berusia lebih dari 21 tahun pada 1 Jan 2011, mempunyai pengalaman bekerja serta memiliki sijil sekurang-kurang PMR dialu-alukan untuk hadir ke prebiu ini bagi mengetahui dengan lebih dekat akan peluang-peluang pengajian yang tersadai luas.

Prebiu di Sitiawan akan diadakan di Hotel Crystal, Sitiawan iaitu beralamat di No. 1, Jalan Lumut, Sitiawan, Perak. Peta lokasinya adalah seperti di bawah:

Peta lokasi Hotel Crystal, Sitiawan. Klik untuk melihat imej yang besar

Pada 21 Ogos 2011 pula, warga kerja berhampiran kawasan Teluk Intan dijemput hadir untuk mendengar taklimat peluang pengajian mulai jam 10pg bertempat di Hotel Anson, iaitu di Jalan Sekolah, berhampiran gedong The Store, Teluk Intan. Peta lokasinya adalah seperti di bawah:

Peta lokasi Hotel Anson, Teluk Intan. Klik untuk melihat imej yang besar

Mereka yang berminat dan ingin berdaftar adalah dinasihatkan untuk membawa salinan fotostat Kad Pengenalan, sijil kelayakan serta yuran pendaftaran RM30 (wang pos atau tunai) semasa menghadiri prebiu.

Pada minggu lepas, prebiu telah diadakan di Ipoh dan Taiping di mana lebih dari 25 orang telah berdaftar serta merta. Tarikh tutup pendafataran ialah pada 20 Sept 2011.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng (012-5256252) atau Eksekutif Pemasaran, En. Ahmad Fahmi (019-4618519 atau Pejabat OUM Perak 05-2546006 dan 05-2490920.

No comments: