Sunday, August 7, 2011

Product and Presentation Training @ OUM Perak

Pengarah OUM Perak, Richard Ng (kiri) sedang memberikan komen pada persembahan slaid Puan Murni

Sebagai langkah penambahbaikan kecekapan staf OUM Perak dalam memberikan maklumat kursus kepada pelanggan OUM, satu sidang latihan selama 9 jam telah dijalankan oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng.

Latihan tersebut telah dijalankan sebanyak 3 kali iaitu 3 jam seminggu pada 21 Julai, 28 Julai dan 3 Ogos 2011 di OUM Perak, Jalan Lim Bo Seng. Seramai 8 orang staf OUM Perak telah menjalani latihan tersebut. Antara staf OUM Perak yang terlibat dalam latihan ini ialah Puan Zura, Puan Ros, Puan Murni, Puan Erna, Sdra Fahmi, Sdra Shah, Sdra Wan Kamaruddin dan Sdra Yusri.

Puan Zura - program BOSHM

Dalam latihan ini, semua staf dikehendaki menyediakan slaid PowerPoint bagi satu produk pilihan iaitu program yang mempunyai permintaan ramai. Dalam slaid tersebut, staf dikehendaki menyentuh 3 perkara iaitu Features (Ciri-ciri), Advantages (Kelebihan) dan Benefits (kebaikan) bagi produk pilihan. Slaid mestilah disediakan dalam format yang diberikan supaya mengekalkan keseragaman dalam pembentangan kelak.

Puan Ros - program BBA

Puan Murni - program BNS

Pada akhir sidang latihan ini, semua staf telah boleh:

a. Mengetahui kaedah penyediaan slaid
b. Memahami pengetahuan tentang sesuatu produk
c. Mengetahui kebaikan dan kelebihan produk untuk pelanggan
d. Memahami cara untuk membentangkan kepada bakal pelanggan sama ada secara prebiu atau secara "walk-in".
e. Meningkatkan tahap penyampaian kepada pelanggan dan seterusnya memantapkan lagi pencapaian KPI mereka.

Puan Erna - program BIM

Sdra Fahmi - program MBA dan BIS

Selepas sesi latihan ini setiap staf telah menjadi pakar dalam sesuatu produk. Selain dari itu, mereka juga akan menjadi pakar rujuk produk di OUM Perak serta menjadi tuan punya pengetahuan pengetahuan tentang produk yang terlibat. Mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan pencapaian sasaran bilangan pelajar berdaftar di OUM Perak.

Sdra Shah - program BPSY)

Sdra Wan Kamaruddin - program DHRM

Berikut adalah staf dan produk yang telah dipertanggungjawabkan:

a. Puan Zura - Bachelor of Safety and Health Management (Hons) - BOSHM
b. Puan Ros - Bachelor of Business Administration (Hons)- BBA
c. Puan Murni - Bachelor of Nursing Sciences (Hons) - BNS
d. Puan Erna - Bachelor of Management (Hons) - BIM
e. Sdra Fahmi - Master of Business Administration (MBA) dan Bachelor of Islamic studies (Hons) - (BIS)
f. Sdra Sharizal - Bachelor of Psychology (Hons) - BPSCY
g. Sdra Wan Kamaruddin - Diploma in Human Resources Management - DHRM
h. Sdra Yusri - Diploma in Management - DIM

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan bahawa sidang latihan ini dapat meningkatkan produktiviti staf dan menaikkan tahap motivasi mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

No comments: