Wednesday, August 10, 2011

Prebiu Program OUM di Perak untuk Ambilan Sept 2011



Kini peluang kedua untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti luas tersadai dengan program tawaran Open University Malaysia (OUM). Warga kerja yang telah bercita-cita untuk mengejar sekeping ijazah atau diploma kini mampu menjadi kenyataan tanpa meninggalkan kerja ataupun keluarga. Ini adalah kerana program yang ditawarkan OUM adalah dijalankan secara pendidikan jarak jauh dengan bantuan Internet dan Modul.



Pendaftaran untuk ambilan baru semester September 2011 adalah dibuka sekarang sehingga 23 Sept 2011. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan keterangan lanjut melalui prebiu yang telah disusunatur sepanjang bulan Ogos ini.

Peta lokasi PP Greenhill, Ipoh

Prebiu pertama akan diadakan pada 13 Ogos 2011 bertempat di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh yang beralamat di nombor 55, Persiaran Greenhill, Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi ialah 05-2490920 atau 05-2490922 (Puan Erna/Puan Ilah/En. Ahmad Fahmi). Prebiu akan diadakan dalam dua sesi: Sesi pagi bermula pada jam 10pg untuk program diploma dan ijazah sarjana muda manakala sesi petang bermula pada jam 2ptg untuk program pasca ijazah iaitu MBA/MEd dan PhD/DBA.

Tarikh prebiu pada bulan Ogos 2011

Pada 14 Ogos 2011 pula, prebiu akan diadakan di Taiping iaitu bertempat di Hotel Panorama. Prebiu akan bermula pada jam 10pg hingga 12tgh.

Pada 20 Ogos 2011, OUM akan mengadakan prebiu di Sitiawan iaitu bertempat di Hotel Crystal di mana prebiu akan bermula pada jam 10pg hingga 12tgh. Kemudian pada 21 Ogos 2011 prebiu akan diadakan di Teluk Intan iaitu bertempat di Hotel Anson.



Orang ramai yang berminat adalah dialu-alukan untuk hadir mendengar taklimat dari Pengarah OUM Perak iaitu Dr. Richard Ng. Beliau akan menjawab segala pertanyaan yang ada terutama bagaimana cara untuk mendaftar dan cara untuk belajar. Mereka yang berminat dan berkelayakan adalah diminta untuk membawa sijil serta salinan sijil bagi membuat perdaftaran serta merta. Pihak OUM akan mengeluarkan tawaran dengan serta merta.

Untuk layak mendaftar ke program diploma, pemohon perlu mempunyai sijil SPM dengan 3 kredit. Untuk program ijazah sarjana muda, pelajar perlu mempunyai sekurang-kurangnya STPM dengan 2 prinsip atau diploma atau sijil matrikulasi dengan CGPA melebihi 2.

Akan tetapi bagi pemohon yang berumur lebih dari 21 tahun pada bulan Januari 2011 dan berminat untuk mengikuti program pada peringkat ijazah sarjana muda,mereka juga boleh dipertimbangkan dengan syarat lulus peperiksaan kemasukan felksibel.



Antara program yang ditawarkan di OUM Perak termasuk:

a. Diploma Pengurusan
b. Diploma Pengurusan Sumber Manusia
c. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian
d. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan kepujian
e. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan kepujian
f. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan dengan kepujian
g. Ijazah Sarjana Muda Saikologi dengan kepujian
h. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan kepujian
i. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian
j. Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)

Slaid prebiu boleh dilihat di bawah:

Sept 2011 OUM Course Preview Slides


Slaid untuk program BOSHM adalah seperti di bawah:

Bachelor of Occupational Safety and Health Management


Kesemua program yang ditawarkan telah mendapat kelulusan MQA. Keterangan lanjut boleh diperolehi dari laman web www.oum.edu.my. Atau hubungi OUM Perak melalui telefon: 05-2546006 atau 05-2490920/05-2490922

No comments: