Baru-baru ini Pusat Darah Negara (PDN) telah memaklumkan mengenai tahap simpanan darah di PDN agak kritikal pada masa kini. Selaras dengan itu satu Kempen Derma Darah & Majlis Deeparaya anjuran bersama OUM Perak dan Kelab Rotary Ipoh Selatan (KRIS) dengan kerjasama Hospital Taiping telah berlangsung pada 1 November 2008 dengan jayanya di premis PP Perak di Jalan Lim Bo Seng. Turut menghulur bantuan adalah AJK Alumni OUM Perak
Dengan tema ‘GIVE BLOOD SAVES LIVES’ , kempen ini telah berjaya menarik lebih dari 28 orang untuk menderma darah yang terdiri dari orang ramai, pelajar, tutor serta kakitangan PP Perak. Ramai lagi yang telah tampil ke hadapan untuk menderma darah tetapi malangnya kena reject. PP Perak telah menyediakan cenderahati kepada penderma-penderma darah bagi menghargai jasa mereka. Program ini merupakan salah satu aktiviti sosial OUM bagi manabur bakti kepada masyarakat.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Pusat Pembelajaran Perak, Richard Ng. Beliau mengucapkan terima kasih kepada tetamu kehormat, En M. Karathu, iaitu Presiden Kelab Rotary Ipoh Selatan (KRIS) yang sudi hadir bagi melancarkan Kempen Derma Darah dan Dr Kamisah wakil dari Hospital Taiping yang sama-sama menjayakan kempen tersebut.
Kempen derma darah diadakan serentak dengan Jamuan Deeparaya. Lebih dari 150 orang pelajar, tutor serta orang ramai dan para tetamu telah dihidangkan dengan pelbagai makanan Raya dan makan tradisional Deepavali. Antaranya termasuk Putu Mayam dan Muruku serta sate, rendang ayam, nasi himpit, lemang dan bihun sup. Walaupun pada hari tersebut berlangsungnya peperiksaan Pertengahan Semester namun sambutan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan amat menggalakkan.
2 comments:
congratulation to OUM Perak again!!
this make me hard to leave this campus...
looking for next capaign at Taiping... i'll make sure it is much more better than this!!:D
OUM BOLEH!!!!
Thanks to you too May Sin for your support. Hope we make it a success in Taiping.
This is the kind spirit we want from all our students, staff and tutors:
"Cakap serupa bikin"
Post a Comment