Thursday, November 27, 2008

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) ke OUM Perak

Pendaftaran untuk pelajar SMP di OUM Perak akan berlangsung pada hari Sabtu 29 November 2008 bermula pada jam 8.30pagi. Seramai 210 orang pelajar di kalangan guru-guru yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia akan berdaftar serentak beserta dengan sejumlah 5000 orang pelajar di seluruh Malaysia. Pelajar yang ditawarkan ini adalah dari kalangan dari mereka yang telah pun tamat pengajian KDP 14 minggu di Institut Perguruan di seluruh negara.

Para pelajar dalam program ambilan khas ini akan mengikuti satu program intensif yang akan bermula pada bulan Disember ini.

Pendaftaran akan dijalankan di dewan OUM Perak yang beralamat di No. 71, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh Perak. (tel: 05-2546006). Lokasi dewan ini adalah seperti tertera di bawah:

Klik pada gambar untuk membesarkannya

No comments: