Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012



Kepada semua warga OUM Perak diucapkan "Selamat Tahun Baru 2012". Semoga tahun baru membawa azam baru dan didoakan semua beroleh kejayaan.

Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak - 31 Dis 2011

Gambarfoto para peserta sebelum pendakian bermula

OUM Perak mencatatkan sejarah apabila berjaya mengendalikan program Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak pada 31 Disember 2011.

Sesi temuramah bersama YB Dato' Ganesan sebelum pendakian bermula. Dari Kiri: En. Selvaraju, Dr. Richard Ng, Dato' Ganesan, Sdra Jayaganesh dan Sdra Nanda

Program dijalankan dengan kerjasama Pemuda MIC Tambun dibawah pimpinan Sdra Jayaganesh Selvaraju yang juga salah seorang pelajar OUM tahun 1. Lebih dari 80 orang telah menyertai pendakian bukit ini setinggi 500m.

Ucapan perlancaran program Pendakian Bukit Bangkong oleh YB Dato' Ganesan

Video Ucapan Perasmian Pendakian Bukit Bangkong oleh YB Dato' Ganesan:


Penyampaian Cenderahati kepada Dato' Ganesan

Program ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Dato' R. Ganesan. Dalam ucapannya, YB Dato' Ganesan mengucapkan syabas pada semua peserta kerana menyertai satu program kecerdasan badan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Open University Malaysia dan Pemuda MIC Tambun kerana telah berjaya menjalankan program ini.

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan ucapan aluan

Video Ucapan Pengarah OUM Perak:



Video Ucapan YB Dato' R. Ganesan:



Terdahulu dari itu, Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, telah memberi ucapan aluan kepada semua peserta dan menekankan pentingnya kita menjaga kesihatan badan. Beliau mengambil kesempatan memperkenalkan OUM kepada para peserta yang kebanyakannya datang dari kawasan berhampiran. Antara YB yang telah berjaya belajar di OUM termasuk YB Dato' Saarani, YB Dato' Hasbullah, YB Dato' Samsuddin Hassan dan mantan YB Salleh Mat Disa.

Persediaan sebelum pendakian

Pendakian bermula

Video Gambarfoto Sebelum Pendakian:



Sebahagian peserta program pendakian bukit

Video Permulaan Pendakian Bukit Bangkong:




Perjalanan turun bukit

Pendakian bermula pada jam 7.45 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kemuncak bukit. Cuaca pagi ini agak baik walaupun hujan renyai sekejap.

Sebahagian dari rintangan yang terpaksa diharungi peserta

Sebahagian dari para peserta yang berjaya sampai ke puncak bukit

Di puncak bukit, para peserta telah diberikan sesi senaman oleh Encik Selvaraju yang juga salah seorang veteran yang sentiasa mendaki bukit ini.

Gambarfoto kenangan para peserta yang telah berjaya mendaki Bukit Bangkong

Video Ucapan Penutup Pengarah OUM Perak:



Pada jam 9.00 pagi semua peserta telahpun sampa ke kaki bukit di mana 3 cabutan bertuah telah dijalankan. Para peserta mengambil gambar kenangan selepas itu dan program ini tamat pada jam 9.15 pagi.

Hadiah cabutan bertua pertama dimenangi Sdra Bala

Thursday, December 29, 2011

Aktiviti Riadah dan kecergasan Minda anjuran OUM Perak



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Sept 2011 akan tamat esok 30 Disember 2011. Maka selepasa ini pelajar akan berihat selama 3 atau 4 minggu sebelum semester Jan 2012 bermula.

Bagi mengisi masa lapang sementara menunggu tutorial pertama, OUM Perak telah menganjurkan 3 aktiviti riadah dan kecergasan minda seperti berikut:

1. Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Chemor, Perak 31 Dis 2011 mulai jam 7pg.









Semua pelajar serta sahabat handai dan keluarga dijemput untuk turut serta mendaki bukit ini setinggi 300m dari paras laut dan mengambil masa 30 hingga 45 minit untuk sampai ke kemuncaknya. Udara bersih pemandangannya juga indah. Peserta akan mendapat T' Shirt OUM secara percuma. Semua peserta mesti berkumpul di kaki bukit seawal 6.30pg.

Pendakian bukit ini dijalankan dengan kerjasama Pemuda MIC Tambun di bawah pimpinan Sdra Jayaganesh yang juga pelajar OUM Perak. Ia akan dirasmikan oleh YB Dato Ganesan, speaker DUN Perak.

2. Senamrobik di Polo Ground, Jln Tambun, Ipoh, Perak 7 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

3. Senamrobik di Taiping Lake Garden, Taiping, Perak 15 Jan 2012 mulai jam 7pg



Aktiviti senamrobik ini juga akan dikelolakan oleh Persatuan Kecerdasan dan Kesihatan Perak di bawah pimpinan Puan Jamunarani yang juga ahli Alumni OUM Perak. Peserta akan diberi T' Shirt OUM percuma.

Aktiviti dianjurkan OUM Perak dengan kerjasama Pemuda MIC Taiping dan Persatuan Kebajikan Sosial dan Sukan Taiping di bawah pimpinan Sdra M. Veeran yang juga Ketua Pemuda MIC Perak dan pelajar OUM Perak.

Wednesday, December 28, 2011

Memenuhi Hajat Terakhir Arwah Cikgu Rusnaini Bt Hashim

Gambar kenangan bersama suami, ibu dan 4 orang anak arwah Rusnaini Hashim

Awal pagi Sabtu 24 Disember 2011, Prof. Dr. Mansor, Naib Presiden Kanan OUM bersama Dr. Richard Ng, Pengarah OUM Perak, Prof. Madya Ramli Buyong Kahar, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Bahasa dan Bahasa, Dr. Tina Lim, Penolong Pengarah OUM Perak serta dua orang staf OUM Perak Puan Murni dan Sdra Sharizal telah bersiap sedia bertolak ke rumah Allahyarham Cikgu Rusnaini Bt Hashim bagi memenuhi hajat terakhirnya.

Di kediaman Allahyarham Rusnaini

Perjalanan kami yang bermula jam 8.45pg dari Ipoh disambut hujan renyai seolah-olah diselubungi suasana sayu dan pilu. Dalam minda kami terbayangkan betapa gembiranya arwah kiranya dapat menerima segulung ijazah hasil keringatnya selama 4 tahun belajar di Open University Malaysia. Allahyarham Rusnaini Bt Hashim adalah pelajar OUM dalam program Sarjana Muda Pengajaran.

Berbual dengan keluarga Allahyarham Rusnaini Hashim

Tepat jam 9.20 pagi rombongan kami dalam 3 buah kereta sampai di rumah arwah di Taman Raia, Kpg Kepayang yang terletak lebih kurang 12km dari Ipoh. Kami disambut oleh suami arwah iaitu Encik Affendi Bin Jamaluddin. Kami dijemput masuk ke ruang tamu. Di situ sedang menunggu kami ialah Ibu arwah serta 4 orang anaknya yang memang telah menjangka kedatangan kami.

Mendengar perbualan dari Ibu Allahyarham Rusnaini Hashim

Prof. Mansor memulakan perbualan dengan menyampaikan salam takziah dari Presiden OUM, YBhg Tan Sri Anuwar Ali yang baru sahaja pulang dari India. Kedatangan beliau ialah bagi memenuhi hajat terakhir arwah iaitu mendapat segolong ijazah yang telah lama diidamkannya. Prof. Mansor menasihatkan keluarga Allahyarham Rusnaini Hashim agar tabah menghadapi segala dugaan Ilahi.

Prof. Mansor sedang menjelaskan pada En. Affendi Jamaluddin tentang sijil Ijazah yang diperolehi Allahyarham Rusnaini Hashim

Dalam perbualan kami dengan Ibu arwah, katanya, arwah Rusnaini Hashim memang teringin sangat untuk menghadiri Majlis Konvokesyen ke 11 yang sesinya telah dijadualkan pada hari Ahad 11 Disember 2011. Allahyarham Rusnaini Hashim memang seorang yang rajin belajar dan tekun dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru sehingga dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2004.

Allahyarham Rusnaini Hashim menerima Anugerah Khidmat Cemerlang dari Dato' Zakaria, Pengarah Pendidikan perak

Arwah sedang mengandung anak kelima dan doktor telah menetapkan tarikh kelahiran 4 hari selepas konvo. Kata ibunya lagi, arwah memang kelihatan sihat pada pagi Jumaat 9 Disember 2011 dan ingin ke klinik untuk membuat pemeriksaan bagi mendapat kepastian dari doktor sama ada beliau dapat pergi ke konvokesyen. Pagi itu arwah memang sedang menonton televisyen bersama keluarganya. Tidak ada sebarang tanda-tanda arwah tidak sihat.

Ijazah Sarjana Muda Pengajaran kebanggan Allahyarham Rusnaini Hashim

Selepas suaminya selesai sembahyang Jumaat, suaminya menghantar arwah ke klinik. Pemeriksaan dokto menunjukkan arwah memang sihat dan mengesahkan arwah dapat menghadiri konvo. Tapi apakan daya, kuasa Ilahi, hajat arwah tidak kesampaian apabila arwah tiba-tiba tidak sedarkan diri di klinik dan terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 2.30ptg bersama kandungannya.

Prof. Mansor sedang menyampaikan cek sumbangan dari OUM kepada En. Affendi Jamaluddin

Sebagai memenuhi hajat terakhir arwah Prof. Mansor mewakili OUM menyerahkan sijil Ijazah Sarjana Muda Pengajaran kepada suami arwah untuk dijadikan kenangan serta sebagai pendorong kepada 4 orang anaknya yang masih kecil. Prof. Mansor turut menyampaikan cek sumbangan dari OUM bagi meringankan beban keluarga arwah.

Selepas menjamu makanan dan minimum yang disediakan keluarga arwah, pihak kami bertolak balik ke Ipoh dan Prof Mansor bertolak ke KL pada jam 10pg.

Sebagai Pengarah OUM Perak saya amat bangga dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh pihak Pengurusan Tertinggi OUM pada pelajar kami. Semoga roh Allahyarham Rusnaini Hashim dicucuri rahmat.

Friday, December 23, 2011

Lawatan Prof. Mansor ke OUM Perak

Kehadiran Prof Mansor ke OUM Perak di Jalan Lim Bo Seng

Prof. Mansor hadir untuk melihat cara pengendalian peperiksaan di OUM Perak

Petang tadi 23 Disember 2011, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM, telah membuat lawatan ke Perak bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana OUM Perak telah menjalankan peperiksaan akhir semester Sept 2011.

Perbualan ringkas di antara Prof. Mansor dan Dr. Richard Ng serta Dr. Tina Lim

Dalam lawatan petang tadi, beliau juga sempat bertemu dengan 3 orang wakil pelajar OUM yang ingin berjumpa dengannya bagi mengucaplan terima kasih bagi pihak pelajar kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi pelajar terutama dalam hal berkaitan penyediaan tugasan.

Prof. Mansor sedang memberi penjelasan mengenai hasrat OUM untuk menambahbaik perkhidmatan untuk semua pelajar OUM

Semasa pertemuan dengan wakil pelajar, Prof. Mansor telah memberi nasihat pada pelajar agar memokus pada pelajaran mereka supaya menjadi graduan yang berkualiti. Beliau juga menasihatkan mereka supaya mempunyai sikap yang positif jika ingin berjaya.

Di pihak OUM pula, beliau memberi jaminan bahawa OUM akan sentiasa menambahbaik sistem sokongannya supaya pelajar sebagai pelanggan OUM akan menerima kualiti yang terbaik. Prof. Mansor juga mahukan pelajar supaya sentiasa memberikan maklumbalas kepada pihak pengurusan OUM supaya tindakan penambahbaikan dapat disediakan.

Puan Jamunarani menyerahkan kad Terima Kasih kepada Prof. Mansor

Pada pertemuan tersebut Puan Jamunarani mewakili pelajar OUM telah menyerahkan kad "Terima Kasih" kepada Prof. Mansor sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

Makan malam bersama Prof. Dr. Mansor Fadzil

Pada sebelah malamnya Prof. Mansor telah hadir dalam jamuan makan malam bersama semua staf OUM Perak di Restoran Simpang Tiga. Prof. Mansor menasihatkan semua staf agar sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar-pelajar OUM.

Program Kecergasan anjuran OUM Perak pada 31/12/2011, 7/1/2012 dan 15/1/2012

Open University Malaysia (OUM) Perak akan menganjurkan satu siri program kecergasan buat warga Perak. Menurut Pengarahnya, Dr. Richard Ng, aktiviti seperti ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya menjaga kecergasan dan kesihatan badan. Ini adalah kerana badan yang sihat akan dapat menghasilkan minda yang cergas.

Tiga aktiviti telah diatur pada 31 Disember 2011, 7 Januari 2012 dan 15 Januari 2012.

Pada 31 Disember 2011 (Hari Sabtu), OUM Perak dengan kerjasama Pemuda UMNO, MIC dan MCA akan menganjurkan aktiviti Pendakian Bukit Bangkong di Tanah Hitam, Chemor, Perak mulai jam 7.00pg.

Bukit Bangkong terletak kira-kira 18km dari Ipoh melalui Tambun dan Tg. Rambutan. Ia juga boleh dicapai melalui pekan Chemor dan belok ke Tanah Hitam. Peta lokasinya adalah seperti di bawah:



Ia terbuka kepada semua pelajar OUM serta orang ramai. Peserta Pendakian mestilah berkumpul di kaki bukit mulai jam 6.30pg untuk berdaftar dan mengambil T' Shirt masing-masing yang akan diberi percuma.

Butiran lanjut mengenai Bukit Bangkong ini adalah seperti berikut:

Perkataan Tanah Hitam seketika dahulu cukup sinonim dengan ancaman komunis. Anggota komunis bermaharajalela di sini dan mengancam penduduk yang tinggal dipersekitaran kawasan ini.

Selepas perjanjian perletakan senjata di Baling, ancaman komunis telah berhenti dan kini kawasan ini menjadi satu kawasan tarikan penduduk berhampiran untuk menjalankan aktiviti kecergasan di hujung minggu khasnya.

Menurut penduduk di sini dianggarkan seramai 400 hingga 500 pengunjung mendaki bukit setinggi 311m ini pada hari biasa dan angka ini meningkat sehingga lebih 1000 orang pada hujung minggu. Udaranya yang bersih dan pemandangan hijau yang indah menjadi daya tarikan. Para pengunjung juga boleh membeli sayur-sayuran segar yang ditanam di sini.

Bukit Bangkong terletak lebih kurang 12km di utara OUM Perak dan dijangka akan menjadi satu destinasi tarikan bagi mereka yang dahagakan aktiviti riadah.

Sila baca berita seterusnya:

Healthy living in Chemor

Non-governmental organisation Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia wants to help the residents in the Chemor area to lead a healthy lifestyle by organising hikes up Bukit Bangkong in Tanah Hitam, Perak.

Its secretary R. Ramaitharan said about 350 people hiked up to the summit of the hill during the “Health Hikers: Get Your Feet Moving Today!” event held on Sunday.

He said the cool weather and the mist-shrouded hill made the event enjoyable.

Once a hotbed for communist activities, Bukit Bangkong in Tanah Hitam, Perak, is now a popular exercise and recreational spot.

“Some first timers up the hill said the trek to the summit was great,” said Ramanitha-ran.

Ramanitharan said more hiking events with smaller groups would be held every Monday, Wednesday and Saturday.

The NGO would also invite speakers to give talks on health and tips on hiking every Tuesday and Thursday.

Hikers descending Bukit Bangkong, a popular recreation and exercise spot in Tanah Hitam.

Prihatin Malaysia has been actively involved in the promotion of hiking to schoolchildren in and around Ipoh since 2005.

Key members of Prihatin Malaysia are avid hikers and mountaineers, having scaled almost all major mountains

The association can be contacted at 05-2916535 or email info@prihatinmalaysia.org.

Bukit Bangkong, 311m-high, once a hotbed for communist activities, has been po-pular with local hikers since 2002.

Residents committee chairman Tang Seng Fatt said the idea of using the hill for recreation cropped up when some villagers met over Chinese tea in a coffee shop.

“We enjoy the fresh air and the panoramic view at the summit. Hikers can even buy fresh vegetables from farmers while on the hill,” he said.

He said about 400 people hike up the hill on weekdays and the number would increase to about 1,000 on weekends,

Sunday, December 18, 2011

Tips Persediaan Peperiksaan Akhir BBMP1103 - Semester Sept 2011



Peperiksaan akhir untuk subjek BBMP1103 semester Sept 2011 akan diadakan pada 22 Disember 2011 dari jam 12.00tgh hingga 2.30ptg.

Format peperiksaan adalah seperti berikut:

Bahagian A:

5 soalan pendek - jawab semua (1 soalan = 4 markah)

Bahagian B:

3 soalan panjang - jawab 2 sahaja (1 soalan = 20 markah)

Bahagian C:

2 soalan panjang - jawab 1 sahaja (1 soalan = 20 markah)

Berikut adalah slaid bengkel kecemerlangan peperiksaan yang telah dijalankan tempohari sebagai panduan calon yang bakal menghadapi peperiksaan nanti:

Nota: Bahan yang disediakan di sini adalah PERCUMA dan tidak dibenarkan untuk digunakan untuk tujuan komersial

Topik Fokus 1 - Compound Interest




Topik Fokus 2 - Differentiation



Topik Fokus 3 - Application of Differentiation



Topik Fokus 4 - Integration




Topik Fokus 5 - Application of Integration



Topik Fokus 6 - Partial Differentiation



Topik Fokus 7 - Application of Partial Differentiation & Critical Point + M Test



Topik Fokus 8 - Lagrange Multiplier



Topik Fokus 9 - Consumer's Surplus



Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan.

Monday, December 12, 2011

Jadual Peperiksaan Akhir Semester September 2011 @ OUM Perak



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Sept 2011 akan bermula pada hari Khamis ini iaitu 14 Disember 2011 dan tamat pada 30 Disember 2011.

Seperti biasa, di Perak dua buah pusat peperiksaan akan digunakan. Pusat peperiksaannya ialah di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh dan Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng, Ipoh. Peta lokasinya ialah seperti berikut:

Peta lokasi PP Greenhill, Ipoh (Sila klik untuk melihat imej yang besar)

Peta lokasi PP Perak Jln Lim Bo Seng

Calon-calon peperiksaan dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan OUM dan menyemak perkara-perkara berikut:

1. Pastikan tarikh dan masa peperiksaan subjek anda seperti yang tercatat dalam slip menduduki peperiksaan

2. Pastikan pusat peperiksaan yang betul (baca pengumuman terkini dalam MyVLE sehari sebelum peperiksaan dijalankan)

3. Print slip menduduki peperiksaan dan bawa semasa peperiksaan. Calon yang tidak membawa slip menduduki peperiksaan tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.

4. Hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula untuk menyemak tempat duduk masing-masing

5. Beg tangan, kotak pencil, handphone, nota, modul dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan peperiksaan.

Pihak pengurusan OUM Perak mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" pada semua calon peperiksaan dan semoga berjaya menjawab soalan masing-masing.

Calon-calon peperiksaan adalah dinasihatkan untuk menyemak jadual waktu rasmi di MyVLE serta pusat lokasi peperiksaan sehari sebelum peperiksaan dijalankan.

Berikut disertakan jadual peperiksaan akhir semester September 2011:

14 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

15 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

16 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

17 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

18 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

19 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

20 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

21 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

22 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

23 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

27 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

28 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

29 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

30 Disember 2011:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar