

Seramai 3,468 orang graduan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen OUM yang ke 11 yang telah dijalankan dari 10 hingga 11 Disember 2011. Mereka menerima ijazah daripada YAB Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM pada hari pertama dan YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro-Canselor OUM pada hari kedua.



Majlis ini telah dijalankan di Dewan Merdeka PWTC seperti konvokesyen yang lepas. Para graduan hadir bersama keluarga masing-masing membanjiri PWTC pada tingkat 4 di mana majlis ini dilangsungkan.


Majlis dimulakan dengan perarakan akademik dan perarakan besar. Selepas itu lagu NegaraKu diikuti lagu OUM dimainkan.
Presiden dan Naib Canselor OUM memulakan majlis dengan ucapan aluan serta memohon izin Canselor untuk menganugerahkan ijazah-ijazah kepada para graduan.

Pada majlis kali ini, 3 orang graduan PhD dalam pendidikan berjaya menerima ijazah mereka. Antaranya ialah Dr. Siti Maziha yang telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak para graduan sekalian.

Terdahulu dari itu, YBhg Tan Sri Dato Arshad Ayub telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang pengurusan bagi mengenang jasanya dalam bidang pendidikan jarak jauh.



Majlis konvokesyen ini telah dijalankan dalam empat sidang dengan dua sidang setiap hari.


No comments:
Post a Comment