Monday, December 12, 2011

Al-Fatihah ... Cikgu Rusnaini Bt Hashim

Posted by Puan Shahrul Murniza

Al-Fatihah



Tanggal 9 Disember 2011, OUM Perak telah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar SMP kohot 4 iaitu Allahyarhamah Cikgu Rusnaini Bt Hashim. Saya, Pn Zura & En Shah telah menziarahi keluarga arwah pada hari tersebut jam 8.00 malam.

Menurut ibu arwah, arwah telah ke Poliklinik Taqwa ,Ampang untuk membuat pemeriksaan susulan berikutan arwah akan menghadiri konvokesyen Ke-11 pada hari Ahad (11 Disember 2011).

Arwah dijangkakan melahirkan zuriat ke5 ini pada 17 Disember 2011, ketika sedang menanti giliran pemeriksaan arwah mengadu sakit dan menghembuskan nafas terakhir bersama-sama bayi dalam kandungan jam 2.15 petang di poliklinik tersebut.

Hajat Allahyarhamah Cikgu Rusnaini Bt Hashim untuk turut serta dalam Majlis Konvokesyen OUM ke11 untuk menerima ijazahnya tidak kesampaian. Pihak pengurusan OUM mengutus Salam Takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman…Amin.

No comments: