

Petang tadi 23 Disember 2011, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM, telah membuat lawatan ke Perak bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana OUM Perak telah menjalankan peperiksaan akhir semester Sept 2011.

Dalam lawatan petang tadi, beliau juga sempat bertemu dengan 3 orang wakil pelajar OUM yang ingin berjumpa dengannya bagi mengucaplan terima kasih bagi pihak pelajar kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi pelajar terutama dalam hal berkaitan penyediaan tugasan.

Semasa pertemuan dengan wakil pelajar, Prof. Mansor telah memberi nasihat pada pelajar agar memokus pada pelajaran mereka supaya menjadi graduan yang berkualiti. Beliau juga menasihatkan mereka supaya mempunyai sikap yang positif jika ingin berjaya.
Di pihak OUM pula, beliau memberi jaminan bahawa OUM akan sentiasa menambahbaik sistem sokongannya supaya pelajar sebagai pelanggan OUM akan menerima kualiti yang terbaik. Prof. Mansor juga mahukan pelajar supaya sentiasa memberikan maklumbalas kepada pihak pengurusan OUM supaya tindakan penambahbaikan dapat disediakan.

Pada pertemuan tersebut Puan Jamunarani mewakili pelajar OUM telah menyerahkan kad "Terima Kasih" kepada Prof. Mansor sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

Pada sebelah malamnya Prof. Mansor telah hadir dalam jamuan makan malam bersama semua staf OUM Perak di Restoran Simpang Tiga. Prof. Mansor menasihatkan semua staf agar sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar-pelajar OUM.
No comments:
Post a Comment