Wednesday, November 5, 2008

Seminar Kejurulatihan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Perak 2008

Posted by Richard Ng - Nov 5, 2008

Pengarah PP Perak sedang memberikan taklimat kepada para peserta

Saya telah dijemput untuk memberi taklimat program OUM iaitu Bachelor of Sports Science (Hons) dalam satu Seminar Kejurulatihan Bola Sepak anjuran Unit Sukan Jabatan Pendidikan Perak pada 4 November 2008 bertempat di Dewan Bankuasi Carsem Ipoh. Seramai 400 peserta yang terdiri dari guru-guru sekolah Perak yang terlibat sebagai jurulatih bola sepak telah hadir.

Sebahagian dari para peserta seminar kejurulatihan bola sepak

Seminar sehari ini telah dirasmikan oleh YM Raja Abd Rahman Bin Raja Amran iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Dua orang penceramah terkenal iaitu Sdra Mohd Shah Abdul Manan (Ketua Jurulatih MSS Perak) dan Sdra M. Karathu (Pengarah Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Perak) telah dijemput untuk memberikan taklimat kepada para peserta.

Slaid analisis Pertandingan Akhir Bola Sepak Piala Dunia 2006 antara Perancis dan Itali yang dibentangkan oleh Sdra M. Karathu

Video aksi bola sepak piala dunia 2006

Dalam sesi taklimat program OUM, saya sebagai pengarah PP Perak telah memperkenalkan kepada para peserta mengenai latar belakang OUM serta program yang ditawarkan untuk guru-guru sekolah melalui skim SMP. Saya juga telah mengambil kesempatan untuk menerangkan program Bachelor of Sports Science (Hons) dan kebetulan tema untuk ambilan Jan 2009 OUM adalah sukan iaitu "Driving Champions to Academic Excellence."

Sdra M. Karathu sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta seminar dan diperhatikan oleh Tuan Syed A Rahman Bin Syed Mansor (kiri) iaitu Penyelia Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Gambar kenangan bersama AJK dan Urusetia seminar.

Gambar jamuan ringan selepas seminar tamat. Dari Kiri: Tuan Syed, M. Karathu, Richard Ng dan Zainal Anuar

Seminar yang bermula pada jam 8.00pagi tamat pada jama 4.30ptg dengan penyampaian sijil penyertaan oleh Sdra M. Karathu.

2 comments:

R.Suguna said...

Hi DR,

sooner u also will be like M.Karathu.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Ha ha Suguna. Saya mana ada masa nak jadi coach. But Karathu is one of the most successful coaches in Malaysia