Monday, September 28, 2009

Jadual Waktu Baru Untuk Pelajar Senior Program BNS Semester Sept 2009

28 Sept 2009

Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang berbual dengan Matron Gan (kanan)

Semasa satu sesi dialog dengan pelajar-pelajar senior BNS OUM Perak di bilik persidangan Hospital Besar Raja Permaisuri Bainun, Ipoh tempoh hari, salah satu isu yang dibangkitkan ialah jadual waktu untuk semester Sept 2009.

Richard Ng sedang melayani pertanyaan pelajar program BNS

Pada awalnya jadual waktu ini telah ditetapkan pada setiap hari Sabtu mulai 3 Oktober 2009 bertempat di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng). Memandangkan sesi latihan praktikal renal dan oncology hanya dapat dijalankan di hospital ini pada hari Sabtu sahaja, maka pihk OUM Perak telah diminta untuk mengubah jadual waktu ini.

Setelah semakan dibuat mengenai bilik kuliah yang ada, maka pihak Pengurusan OUM Perak terpaksa menukar jadual ini kepada setiap hari Ahad mulai 18 Oktober bertempat di PPT Greentown iaitu berpusat di Kolej Polytech Mara. Tarikh-tarikh tutorial yang baru adalah seperti berikut:

Tutorial 1: 18 Oktober
Tutorial 2: 1 November
Tutorial 3: 15 November
Tutorial 4: 6 Disember


Perhatikan bahawa setiap tutorial adalah 2.5jam dan bukannya 2jam memandangkan kekurangan bilik kuliah dan bagi mengelakkan pertindihan dengan jadual peperiksaan semester Sept 2009 yang akan dijalankan pada bulan Disember.

Pelajar BNS senior dikehendaki menghantar tugasan selewat-lewatnya 30 November 2009. Harap maklum.

No comments: