5 Sept 2009
En. Muharam, pegawai BPG sedang memberikan taklimat
Sempena Sesi Pendaftaran pelajar baru untuk program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di OUM Perak, satu taklimat oleh Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) iaitu En. Muharam Gaya telah diadakan.
Sebahagian dari guru yang hadir semasa sesi pendaftaran
Tujuan taklimat ini adalah untuk mengingatkan guru-guru yang telah berjaya ditawarkan program 4 tahun ini di OUM akan peraturan serta pinjaman yang disediakan oleh kementerian.
Pelajar telah dinasihatkan supaya bersyukur dan bekerja kerja dan tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan. Seramai 95 orang guru dari seluruh Perak telah hadir untuk mendaftarkan diri setelah mengikuti program KDP 14 minggu dengan jayanya.
Berikut adalah klip video taklimat En. Muharam, pegawai BPG:
Klip Video 1:
Klip Video 2:
Kelas tutorial pertama akan bermula pada 3 Oktober 2009. Kaedah pembelajaran ialah dengan menggunakan "Blended Learning Pedagogy" yakni adunan kaedah pembelajaran sesi pertemuan bersemuka dengan tutor 5 kali satu semester, pembelajaran atas talian serta pembelajaran secara kendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment