Tuesday, September 1, 2009

E-Kamus untuk pelajar OUM - menyediakan peterjemahan dan menyemak ejaan dalam beberapa saat sahaja

1 Sept 2009

Pada pagi tadi telah diadakan satu taklimat mengenai e-kamus untuk Pengarah-pengarah OUM dari seluruh Malaysia yang telah berhimpun di OUM KL. Taklimat ini telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Mansor Fazil, Naib Presiden Kanan, OUM.

Menurut Prof. Mansor, beliau serta Tan Sri Presiden telah terserempak dengan perisian ini dalam satu pameran dan mendapati bahawa ianya amat mudah digunakan dan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Lantas, OUM telah membuat keputusan untuk berunding dengan pembekal e-kamus dan membeli lebih dari 5,000 keping CD e-kamus ini pada harga RM28 sekeping.

Memandangkan ianya amat berguna kepada pelajar OUM, maka OUM akan menjual pada pelajar OUM yang berminat pada harga RM20 sekeping sementara stok masih ada. Ini bermakna OUM akan memberi subsidi sebanyak RM8 sekeping.

CD ini akan mula dijual pada pelajar yang berminat mulai hari Sabtu ini iaitu 5 Sept 2009. Sekeping CD ini hanya boleh digunakan untuk 1 komputer sahaja. E-kamus ini amat mudah digunakan bagi menterjemah maksud perkataan dalam Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris dan sebaliknya dalam beberapa saat sahaja.

Laman web pembekal e-kamus

Perisian ini juga dapat membantu menyemak ejaan dan ini bermakna ianya bukan sahaja dapat membantu mencari makna bagi sesuatu perkataan tetapi juga menyemak ejaannya sekali.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 05-2546006 atau layari laman

www.e-kamus.com.my

4 comments:

maySinOng said...

kalau CD diberi secara percuma,jasa OUM amat dihargai..

kalau budak OUM smart internet,
translate.google.com hampir segala dlm perjuangan pembelajaran...

kalau OUM tolong dpt pakej broadband kos rendah & high speed... tak perlu CD tu, hanya laptop + internet, segala jadi...

Nescafe King said...

Saya telahpun menggunakan ekamus 5.02 ini dan saya dapati ianya produk yang menipu. Saya difahamkan ia tidak dapat kelulusan DBP dan apabila saya cuba mendapatkan penjelasan dari syarikat alaf teras ini, saya tidak dilayan. Perkhidmatan support syarikat ini juga menyedihkan. harap maklum

Alaf Teras said...

Pihak penerbit e-Kamus 5.02 sememangnya tidak terlibat langsung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).oleh sebab itu, e-Kamus 5.02 tidak mempunyai
sebarang pengiktirafan daripada pihak berkenaan. Walaubagaimanapun, pengguna
bebas untuk menggunakan kandungan kamus DBP yg telah dibina dengan program editor dan disesuaikan dengan enjin e-Kamus 5.02. Namun adalah ditekankan bahawa pihak penerbit sama sakali tidak bertanggugjawab ke atas semua kamus selain yg dibekalkan dalam cd asli iaitu Kamus Melayu-Inggeris (AT) dan Inggeris-Melayu (AT).

Pihak penerbit juga menyediakan talian teknikal sama ada melalui e-mail, sms dan telefon pada setiap hari Isnin-Jumaat, bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan rehat pada pukul 1.00 - 2.00 petang kecuali Jumaat jam 12.30
tengahari - 2.30 petang. Pejabat tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum. Harap maklum

MR Tarabas said...

kat mana nak beli rm20 jerkan