Sunday, September 6, 2009

Sesi Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru Ambilan Sept 2009

6 Sept 2009

Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak ambilan Sept 2009 telah menyaksikan seramai 188 orang pelajar telah hadir untuk mendaftar diri. Daripada angka ini 95 orang pelajar berdaftar untuk program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) dan 93 orang lagi untuk berbagai program lain.

Pelajar telah diberi taklimat oleh Pengarah OUM Perak iaitu Richard Ng mengenai latar belakang Open University Malaysia (OUM) serta peraturan yang digunapakai semasa belajar di OUM. Sesi pendafataran yang bermula dengan ucapan Tan Sri Presiden OUM dan bacaan doa pada jam 8.30pg tamat pada jam 11.30pg dengan bacaan ikrar serta nyanyian lagu patriotik.

Pelajar seterusnya menjelaskan yuran masing-masing dan mengambil modul serta beg OUM. Pelajar baru juga dinasihatkan supaya menghadiri Bengkel Kemahiran Belajar yang disediakan OUM bagi menyediakan pelajar menghadapi cabaran sebagai seorang pelajar jarak jauh dan terbuka. Bengkel akan dijalankan pada 13 Sept 2009 dari pukul 8.30pg hingga 12.30tgh.

No comments: